Part Sixty

100K 4.4K 56
                                    

Andra, Sempurna

"Papa hujung minggu boleh buat majlis kecil-kecilan? Iman dah bersedia nak bagitahu semua orang pasal Elleana."

Wajah Iman ditatap aneh oleh papanya sehingga berkerut kening.

"Boleh Iman, nanti papa uruskan. Yang penting, bawak Ell keluar cari baju. Jangan lupa ambik kereta dengan basikal korang senang sikit nak bergerak." Ujar Dato Hamid setuju dengan rancangan Iman. Lagi pula dia sendiri mahu kenalkan menantunya kepada rakan bisnes.

Yes!

"Kak Ell!" Nina berlari mendapatkan Elleana. Tubuh gadis itu didakap erat.

"Hey Nina kenapa nangis ni?" Tanya Elleana hairan menundukkan tubuhnya menyapa Nina.

"Kenapa Kak Ell pergi haritu? Kenapa tinggalkan Nina? Abang Iman menangis teruk tau. Nina dengan abang makan kat luar sebab tak ada orang nak masak..." Luah Nina sedu sedan. Jujur Nina luah, tiada satu pun yang tersimpan.

Iman menangis teruk? Hish betul ke? Tak dapat bayangkanlah...

"Kak Ell dengan abang nak pergi mana? Kenapa tak duduk sini dah?" Tanya Nina lagi setelah ternampak basikal abangnya diletakkan dalam bonet kereta.

"Nina, abang dengan Kak Ell duduk rumah lain tapi Nina jangan risau abang mesti selalu balik sini. Okay?" Jelas Iman memegang kedua bahu adiknya mahu Nina faham.

Nina mula mencebik mahu merajuk. Wajah abangnya tak mahu dipandang lagi.

"Nina, kalau Nina nak ikut jomlah tapi--- tak ada papa dengan ibu tau. Nina sanggup tinggalkan ibu?" Tanya Elleana memujuk Nina berbekalkan kuasa psikologinya. Nina memandang ibunya sejenak lalu tersengih. Dia berlari ke arah Makcik Yani.

"Nina taknak ikut. Nanti Nina rindu ibu!" Ujar Nina teruja.

Iman mula masuk ke dalam kereta usai memasukkan basikalnya ke bonet belakang. Elleana pula terpaksa mengayuh basikalnya memandangkan hanya satu basikal saja muat. Melihat bonet kereta terbuka, Elleana ketawa tak sudah. Dah macam lori angkut besi buruk!

"Apa gelak-gelak ni? Jangan suka sangat. Sekarang kita lumba, siapa sampai rumah dulu dia kena tunaikan permintaan orang yang menang. Deal?"

Tunaikan permintaan? Ish. Kalau dia menang buatnya suruh aku masak yang pelik-pelik ke?

"Tak aci lah! Awak naik kereta, saya kayuh basikal." Cebik Elleana merasa tidak adil. Bagaimana mungkin basikal mengalahkan kereta? Lainlah kereta pancit!

"Sekarang bukan masalah kereta ke basikal ke, siapa cepat dia menang! Satu, dua, tiga!" Iman terus memecut laju hilang dari pandangan gadis itu. Elleana hanya berdiam diri disitu sejenak namun mengenangkan hadiah pemenang yang boleh meminta apa saja, dia tercabar lantas mula mengayuh laju.

Perangai punya suami. Dia tinggalkan aku kat sini!

Termengah-mengah Elleana cuba mengayuh basikalnya meredah panas terik mahu mengalahkan lelaki itu, dia gunakan jalan singkat seperti yang beritahu maksu dengan harapan dia akan sampai dahulu. Setelah sampai saja di depan rumah maksu, pintu pagar dilihatnya masih terkunci. Mata Elleana melilau memandang sekeliling kawasan rumah, kereta Iman juga tiada.

Takkan dia belum sampai? Laju kot dia bawak kereta tadi?

"Yay! Menang---"

"Ehem-ehem!" Suara berdehem mengejutkan Elleana daripada belakang. Iman mesti baru sampai ni!

"Ish! Pergi mana?" Tanya Elleana memukul bahu Iman spontan akibat terlalu terkejut.

"Saya ada je kat lorong situ, cukup lama untuk menyaksikan awak perasan yang awak dah menang." Sindir Iman membuatkan Elleana membulatkan matanya, bibir diketap geram.

Cinta Untuk MrGarangWhere stories live. Discover now