Part Fifty Three

86.3K 4.7K 227
                                    

"Bangun Ell... cakap taknak tidur konon." Sindir Iman yang awal lagi sudah terjaga.

Aku tertidur! Bubur tu!

Elleana terus bangun melihat dulang berisi bubur semalam namun meja kosong saja.

"Dah aku nak mandi,"

Oh jadi kau makanlah bubur semalam eh? Bagus. Dengar cakap.

"Sedap tak bubur semalam?" Laung Elleana dari luar bilik air sengaja mengusik Iman.

"Diamlah!" Balas Iman malu.

Sementara menunggu Iman mandi, Elleana menerpa ke arah bola kaca muzik yang dia letakkan atas meja belajar. Muzik berbunyi serentak patung couple di dalam bola kaca itu turut berpusing, comel betul. Patung pengantin itu pasti merujuk kepada dia dan Iman. Eee romantik sangat!

Eh buku apa ni? Cara---

"Oi Ell kau buat apa tu?!" Tengking Iman bergegas merampas buku rahsianya. Kenapa boleh letak sepah sepah ni Iman! Cuai!

"Alaa tengok je pun. Kedekut!" Elleana mencebik masuk ke bilik air menghempas pintu geram.

Fuh... hampir kantoi. Kalau Ell tahu ni, tujuh hari tujuh malam pun belum tentu hilang malu aku silap silap sampai anak tujuh pun dia bahan aku!

"Papa cakap esok makngah, maksu datang sini buat persiapan untuk majlis tahlil arwah. Aku haraplah si gatal tu tak datang sekali." Iman mempamerkan muka menyampah. Entah kenapa Iman begitu geram dengan sepupu Elleana itu.

"Aku lagi suka Abang Afi ada, boleh borak dengan dia. Best!" Ujar Elleana sengaja mengusik suaminya. Iman terus memandang Elleana dengan muka bengis.

Suka? Baru luahkan perasaan dah cari lain? Cepat betul hati kau berubah?

Iman membelek buku rahsianya kembali saat Elleana masih dalam bilik persalinan memakai baju sekolah. Usahanya perlu ditingkatkan lagi supaya Elleana hanya sayang kepadanya seorang. Biar Ell tergila-gilakan suami sendiri!

Cara Memikat Isteri

Berjauhan dengan isteri selalu?!

Gila ke apa nak aku jauh daripada Ell? Ish!

Apabila anda menjauhkan diri daripada isteri secara automatik dia akan merindukan anda. Perasaan rindu akan dilepaskan jika adanya anda disisinya. Saat itu ambil lah kesempatan mengusiknya. Jangan selalu berjauhan kerana takut ada yang mampu isi kekosongan jiwanya.

Ish susah kot. Jauh dari Ell? Tak layan dia lah maknanya? Usik pulak?

Point itu dilaksanakan sejak dari sekolah lagi sehingga Elleana merasa Iman asyik menyisihkannya, sengaja Iman berborak dengan pelajar perempun lain. Saat gadis itu bertanyakan soalan Matematik sengaja Iman mempedulikannya. Entah mengapa begitu cepatnya Iman boleh berubah. Takkan sebab sebut nama Abang Afi kot...

"Iman... jom borak. Bosan." Rengek Elleana berpaut pada lengan suaminya.

"Malas. Aku--- err aku nak tengok drama." Iman terus mengelak lalu keluar dari bilik persis layanan di sekolah tadi.

Sejak bila layan drama? Bukan tak suka ke. Erm...

"Cerita apa ni Nina?" Tanya Iman duduk di sofa sebelah Nina.

"Hati perempuan. Eh abang tak boleh tengoklah! Perempuan je boleh." Usik Nina menghalau abangnya.

Perangai heroin dengan Ell lebih kurang. Tapi--- Ell taklah melampau macam tu. Ahh bosanlah!

Bunyi pintu bilik dibuka oleh Iman lantas lelaki itu duduk di katil. Elleana terus menerpa ke arah Iman membawa buku latihan Matematik. Ada soalan yang dia mahu lelaki itu jelaskan.

Cinta Untuk MrGarangWhere stories live. Discover now