Part Eighteen

92.9K 5.1K 36
                                    

"Sorrylah, aku balik lambat sebab ada latihan dengan Cikgu Hadif. Aku dah bagitahu papa tadi." Ujar Elleana terus masuk bilik air memandangkan Iman tidak merespon seolah dia tidak wujud disitu.

Papa suami kau ke aku suami kau?

"Sampai bila kau nak diam macam ni dengan aku?" Jerit Elleana daripada bilik persalinan sambil memakai baju namun tiada satu suara pun yang menyahut, Iman tetap diam.

Pintu kaca tingkap ditolak lancar supaya terbuka. Iman keluar mengambil angin sambil matanya terpejam rapat. Telefon bimbitnya dikeluarkan lantas tangan ligat bermain game Zombi Plant walaupun dia muat turunkan permainan itu untuk Nina. Kebosanan yang melanda membuatkan dia memilih untuk berbuat begitu seolah dia sibuk, dia tidak mahu mendengar sepatah bebelan pun daripada Elleana.

"Apa salah aku? Kau cakaplah! Kalau aku salah, aku minta maaf banyak-banyak-banyak. Okay?" Rayu Elleana menyentuh lengan Iman tanpa segan silu. Hidupnya mulai sunyi sejak lelaki ini tidak lagi ceria, boleh gila dibuatnya!

Iman meninggalkan balkoni dan terus keluar daripada bilik mereka sesudah pintu dihempas dengan kuat. Elleana menepuk dahinya runsing memikirkan apa lagi yang harus dia lakukan untuk memperbaiki hubungan mereka seterusnya mengembalikan Iman yang suka menyakat dalam hari harinya persis biasa lagi.

"Nina, apa ni tengok drama melayu dewasa. Sini remote abang tukar cerita kartun." Iman terus menukar tv3 kepada Disney Channel.

"Eh biarlah Nina layan drama melayu dewasa sedangkan ada 'orang dewasa' ni layan Zombi Plant kot." Sindir Elleana mengambil tempat duduk di sebelah Nina sambil menaikkan kening. Cis urusan game dia gunakan untuk tembak aku!

Iman terus meninggalkan ruang tamu dan masuk ke bilik semula. Buku latihan Sejarah diselaknya kasar seperti tiada hati mahu belajar namun dipaksanya juga demi untuk mengelak daripada Elleana. Perasaan menyampah membuak-buak tatkala melihat wajah gadis itu, dengan Cikgu Hadif tidak habis habis memanggil Elleana. Itu Elleana, ini Elleana!

"Iman, jom tidur kat atas katil dengan aku..." Elleana sengaja memancing Iman dengan berbaring cantik posisi mengiring atas katil.

"Cepatlah. Taknak ke? Tawaran tamat tempoh malam ni je tau." Elleana ketawa kecil mengenangkan perangai sengalnya yang terpaksa dibuat buat demi untuk Iman.

Elleana meredupkan matanya apabila melihat lelaki itu berjalan ke arahnya, merapati namun hanya bantal di tempat itu diambil kasar oleh Iman. Dia membuat keputusan mahu tidur di sofa lagi membiarkan gadis itu sendirian di katil. Elleana mencebik mengenangkan dia ditolak mentah begitu saja biarpun setelah menurunkan ego. Jual mahal betul! Kau pun pergi bagi tawaran macam tu, buat malu je.

"Goodnight Iman, walaupun kau tak layan aku. Aku tahu kau sayang aku. Kan?" Bisik Elleana sambil menutup lampu disisi katilnya.

Matanya terkebil-kebil memandang kipas berpusing tidak boleh melelapkan mata. Badannya digerakkan ke kanan dan ke kiri namun tetap juga tidak selesa. Elleana bangun semula lantas berjalan perlahan ke arah sofa, kepalanya menjengah Iman yang kelihatan sudah nyenyak dibuai mimpi. Wajah suaminya yang ditenang dia tenung lama, teringat saat saat Iman mengusiknya sebelum tidur. Aku rindukan perangai kau yang lama Iman...

Iman sampai bilalah kau taknak cakap dengan aku ye? Geram pun ada. Nak tumbuk tapi sayang...

Elleana kembali ke katil usai menyelimuti Iman denga selimut miliknya. Kepalanya kembali teringatkan Abang Arif, arwah suka juga merajuk lebih lagi jika Elleana selalu merahsiakan sesuatu. Walaupun perkara kecil tetap dianggap besar dan bermakna buat lelaki itu. Abang Arif sememangnya lelaki yang dia tidak akan lupakan dalam hidupnya.

Cinta Untuk MrGarangWhere stories live. Discover now