Part Fifty Seven

85K 4.2K 348
                                    

Afgan - Tanpa Bahasa

"Ell, Iman nak cakap sikit? Okay listen. Apa yang jadi tadi bukan yang macam Ell sangka tau, Iman lansung tak tolak dia. Dia jatuh sendiri and kalau Ell nak tahu buktinya ada pada Nina..." Terang Iman cuba membuat Elleana mengerti apa yang baru berlaku tadi.

"Nina? Hahaha tiba-tiba Nina terlibat pulak. Apa ni? Kalau awak dah salah, jangan nak libatkan orang lain. Dah lah, saya nak tidur!" Ujar Elleana menarik mukanya lalu naik ke katil tidak mahu berbahas tentang perkara tadi lagi.

Itulah kau dah tahu dia tak akan terima alasan, yang pergi terangkan lagi buat apa?

Ell, walaupun awak marahkan saya... saya dapat rasa, awak rindukan saya kan? Goodnight wife.

×××××

"Saya tak sedap hatilah. Rasa macam ada something je dengan Ell. Kita pergi tengok dia nak?" Ajak Wana mula mengerdipkan kelopak matanya berulangkali merayu kepada Fariz.

"Err--- saya rasa tak elok kita kacau suami isteri berehat hari cuti. Haa isnin ni dorang datang, kita tanyalah." Cadang Fariz menyuapkan aiskrim ke dalam mulutnya.

"Sepanjang awak kenal saya, ada tak sikap saya yang buat awak benci?" Tanya Wana tiba-tiba menguji fikiran Fariz yang sudah sedia kosong.

Salah jawab boleh mengundang padah!

"Benci? Tak pernah ada yang saya benci pasal awak, awak serba serbi cukup. Saya yang buta tak nampak kewujudan awak selama ni."

Eee Fariz ni geram je aku tau, nasib baik belum kahwin. Kalau dah kahwin aku picit picit pipi kau!

"Amboi typical lelaki, manis je mulut tu. Kita sama-sama buta tak nampak kita berdua saling melengkapi satu sama lain. Kan?" Wana menambah pula baru perasan sesuatu. Ye mereka saling memerlukan selama ini namun tetap saja tertarik dengan orang lain, langsung tak pernah beri peluang hati masing masing untuk mengenali dengan lebih dekat.

"Waa ayat awak lagi manis! Eh saya rasa nak register sebagai pesakit kencing manislah. Duduk dengan awak pun pandang muka manis awak, duduk dengan awak tak sah tak makan makanan manis dan duduk dengan awak saya bertambah kencing manis tengok senyuman awak. Ahh i'm dying..." Usik Fariz mula mengada menambah malu Wana yang sudah sedia malu menuturkan ayatnya tadi.

Wana menepuk bahu lelaki itu sambil ketawa mengekek-ngekek. Fariz memang tak pernah kalah susun ayat 'kencing manis' dia tu.

×××××

Pagi itu Elleana keluar dari bilik malas mahu mengejut suaminya, jika mereka bersua sudah pastinya perkara semalam diungkit. Seharusnya Iman meminta maaf diatas kesalahannya, ini tidak masih mahu menidakkan lagi tindakannya semalam. Elleana mendekati Nina yang masih bermain LEGO membina istana buat pasangan raja dan sang ratu katanya. Elleana mengeluarkan telefonnya memberi peluang Nina berborak dengan ibunya melepaskan rindu. Nina hanya mengangguk mengatakan keadaan disini cukup baik malah dipujinya cara Iman dan Elleana menjaga dia. Pandai menipu tau Nina ni, tapi tak pulak dia cerita Iman marah dia semalam... nak cover atau Iman dah ugut? Suspicious sangat!

"Kak Ell, kenapa Kak Ell buat abang nangis? Akak tak sayang Abang Iman? Abang Iman kan hero akak? Cikgu cakap tak baik tuduh tanpa bukti tau." Tanya Nina bertubi-tubi menguji minda pagi Elleana. Dia menelan air liur memikirkan mahu menjawab apa kepada Nina. Matanya terarah kepada mainan LEGO Nina, baru dia teringat saat pergaduhan tecetus semalam mainan itu bersepah di lantai dan juga... tangga!

Iman menangis? Kesiannya... Apalah kau ni Ell, terang-terang dia sanggup buat apa saja demi kau. Senang-senang je kau tengking dia. Apa aku dah buat ni?

Cinta Untuk MrGarangWhere stories live. Discover now