Part Twenty Nine

97.2K 4.8K 370
                                    

"Yay! Merdeka!" Wana dan Elleana melaung sebaik saja keluar dari kelas sudah mahu pulang. Pelajar lain juga turut bersorak gembira memandangkan cuti sekolah akan bermula. Iman menutup mukanya sedikit sambil kepala digelengkan.

Ya Allah isteri siapa ni? Malunya.

"Bukannya dah habis SPM, beriya lebih korang ni." Sindir Iman sepanjang berjalan turun ke tempat meletak basikal.

"Alaa Hilman, janganlah marah." Wana mula bertukar suara jadi manja. Meluatlah juga dibuatnya.

"So cuti awak pergi mana Hilman? Holiday?" Tanya Wana ingin tahu aktiviti lelaki itu.

"Erm tak lah kot. Holiday ni tak best mana pun. Saya--- balik kampung je. Mandi air terjun, memancing, panjat pokok lagi best." Iman mula membayangkan keseronokan yang akan dia kecapi tidak lama lagi sekaligus mengingatkan senarai aktiviti kepada Elleana yang turut berjalan di belakang dengan nada berkias.

"Awak Elleana? Jalan-jalan mana?" Tanya Fariz pula membuatkan Elleana kusut memikirkan apa yang harus dia jawab.

"Saya--- balik kampung. Rumah arwah maktok, melawat makngah." Jujur Elleana hanya jawapan itu yang terlintas di fikiran buat masa ini.

Kebetulan pulak dua orang ni nak balik kampung. Jangan-jangan kampung yang sama? Hish! Taklah Fariz. Shuhhhh otak jahat!

×××××

"Hahahaha kau bawak kemeja bagai ni nak buat apa? Kau sedar tak kita pergi kampung bukan overseas." Elleana gelak terbahak-bahak apabila Iman melemparkan baju yang masih kemas tergantung dengan hanger ke atas katil.

"Alaa habis aku nak bawak baju apa?" Iman duduk di atas katil buntu tidak tahu baju seluar mana yang harus dibawanya.

"Macam ni lah, kau cari beg kecik letak segala berus gigi, perfume, deodorant, apa-apa jelah alat penting kau then letak semua satu beg tu. Senang." Elleana memberi cadangannya supaya lelaki itu mengumpulkan dahulu alatan penting. Iman menepuk dahinya langsung tidak teringat semua alatan kebersihannya itu. Untung saja ada Elleana!

Iman segera bangun dan ke bilik air mengambil berus gigi miliknya berserta ubat gigi kemudian dia beralih pula ke meja solek memasukkan minyak wangi dan deodorant. Semuanya sudah kemas dia zipkan lantas berjalan ke arah beg pakaiannya yang disatukan dengan pakaian Elleana. Iman terlihat satu bungkusan dalam kertas putih lantas dia ambil mahu periksa.

"Eh, benda ni pun nak bawak sekali ke?" Tanya Iman sambil menggoncangkan benda dalam bungkusan tadi tanpa mengetahui isi di dalamnya.

Tuala wanita aku? Iman!

"Takpayah. Letak balik! Lain kali jangan gatal nak sentuh barang perempuan!" Bentak Elleana segera berlari merampas barangnya tadi lalu dia selitkan dibawah beg.

Eleh, tanya je pun. Kena marah pulak.

"Abang dengan Kak Ell nak pergi mana kemas-kemas ni?" Nina menegur selepas menolak pintu bilik mereka.

"Abang nak tinggalkan Nina. Asyik tengok kartun je." Jawab Iman dengan sengaja mahu mengusik adiknua.

"Alaa Nina nak ikut." Nina menarik tangan Iman berulangkali merayu mahu dibawa bersama.

Kedengaran suara Makcik Yani melaungkan nama Nina dari luar. Elleana membuka pintu bilik mereka luas memberitahu Nina ada di bilik memujuk Iman. Melihat ibunya ada di luar Nina terus berjalan lemah keluar, wajahnya sudah bersedia menggambarkan kesedihan untuk merayu kepada ibunya barangkali boleh ikut Abang Iman bersama. Makcik Yani sudah kenal benar perangai Nina, jika muncung dengan mata bulat begitu pasti ada yang dia mahukan.

Cinta Untuk MrGarangWhere stories live. Discover now