Bab 1

13.7K 478 4
                                    

"Welcome to Amour Wedding Center. Ya, apa boleh saya bantu?" Iris menyambut pelanggannya seperti biasa. Membuka pintu dan selepas itu mengajak mereka ke arah customers discussion room. Suruh tea lady buatkan air untuk pelanggan.

"Saya Raisha Delisha dan ini bakal tunang dan suami saya, Aryan Nawfal," Raisha mengenalkan dirinya kepada wedding planner yang terkenal di Malaysia.

"Ouh, saya Iris Adelia. Jadi semestinya datang sini untuk menggunakan perkhidmatan saya sebagai wedding planner kan," Iris boleh mengagak kedatangan pasangan seperti ini untuk apa. Lagipun dah namanya wedding center, tak akan lah dia orang datang untuk minum kopi pulak. Fikir ni kedai kopi Pak Mail.

"Obviously, I nak buat majlis tunang sehari sebelum majlis perkahwinan. I nak guna dua hall Grand Millennium Hotel. Hall pertama I nak kecil sahaja untuk buat majlis pertunangan dekat situ. Untuk persandingan pula I nak guna main hall," Raisha memutarkan rancangannya.

Iris hanya mencatat segala perkara penting di dalam Samsung Galaxy Note 10.1nya. Sesekali matanya melihat ke arah pasangan Raisha yang tidak lagi membuka mulutnya. Sengau ke? Pandai-pandai kau je. Handsome. Ini mesti anak orang kaya kalau sampai nak guna Grand Millennium Hotel. Kan bagus kalau aku yang kahwin dengan dia. Lelaki idaman ke? Hurm, entah lah. Agaknya lah. Eh, tunang orang. Buat dosa je kau, Iris. Dia orang sama padan. Yang lelaki handsome, yang perempuan cantik. Tapi cantik lagi kalau tutup peha tu. Wuish, dah nak kahwin minah oi. Buat tayangan perdana pula dia.

"Theme and date?," Iris bertanyakan perkara yang lebih penting dari venue.

"Biy, you setuju tak kalau kita punya tema keseluruhan barat?" tanya Raisha menggedik. Nak kena cari mangkuk tandas kejap lagi ni.

"Anything for you," jawab Aryan kononnya romantik. Konon je lah. Ini mesti kes sayang namate. Eh, tak sengau rupanya.

"Date 4 December. Three month from now," Raisha memberitahu Iris tarikh berlangsungnya majlis.

"Jadi, kita nak bincang tentang tema sekarang ke?" Tanya Iris kerana kebiasaannya pelanggan akan membincangkan tema pada perjumpaan kedua pula kerana wedding planner akan siapkan beberapa hasil kerja seperti folio untuk dipersembahkan kepada pelanggan.

"Kalau you ada bahan sekarang apa salahnya," jawab Raisha.

"Untuk masa ni, pihak kami memang tak ada bahan langsung. Cik dan pasangan boleh datang lusa," Iris menerangkan bahawa tiada apa yang boleh ditujukkan kepada Raisha.

"Okey, boleh I dapatkan kad you tak?" pinta Raisha. Nampak macam office worker kerana dengan gaya professionalnya.

"Boleh," Iris mengeluarkan dua keping kad dari drawer mejanya lalu dihulurkan sekeping pada Raisha manakala sekeping lagi untuk Aryan.

"Thanks, we will get going first. So, we will come by next week. I'll call you before we arrive," Aryan menamatkan perjumpaan dengan ucapan terima kasih dan mengikat temu janji kali kedua. Iris bersalaman dengan Raisha manakala Aryan hanya menghadiahkan senyuman kepadanya sebelum kedua pasangan itu berlalu keluar dari Amour Wedding Center.

Wahai hati, kenapalah banyak-banyak lelaki, tunang orang jugalah yang kau minat? Kau faham tak yang dia tu nak kahwin? Biasa lah tu kalau minat. Lumrah.

~///~

Kereta jenama Proton Iriz diparkir betul-betul di depan garaj. Maklumlah, along hadiahkan kereta sempena untung lebih bulan lepas. Siap kau kereta dengan pemandu sama nama. Pandai cari kereta. Kecil dan senang untuk orang yang tak selalu membawa penumpang memandunya. Anak dara lagi ni.

Bloody MarriageWhere stories live. Discover now