Bab 7

6.7K 421 15
                                    

Iris mengetuk pintu bilik bersebelahan dengan biliknya beberapa kali. Tak lama pun tunggu, penghuni bilik itu membuka pintu. Tersembul Aryan yang memakai denim short pant dan juga baju T putih supreme. Rambut yang kemas digayakan dengan brushed up hairstyle ala-ala Adam Levine. Iris jatuh cinta lagi.

"Awak, jom makan," ajak Iris dengan ceria.

Mereka berjalan beriringan menuju ke restoran hotel. Mereka memilih untuk makan di restoran Hanaya memandangkan yang Aryan nak sangat makan makanan jepun. Entah lah, mengidam agaknya.

"Welcome to Hanaya Sushi Train. Order, sir and madam," sapa pelayan perempaun berbangsa cina selepas meletakkan dua keping kad menu di atas meja.

"Hanaya's speacial bento, Nigiri Matsu and for dessert, rockmelon sorbet," Aryan memesan dengan pantas. Tak buka pun menu. Dah hafal. 

"Oyako don set and aburi wagyu beef. Matcha Ice cream for dessert," Iris memesan selepas Aryan memesan.

"Do you want us to send the dessert after having meal or sent if it ready?" Tanya pelayan berbangsa cina itu.

"After," Aryan berkata sepatah. Tak banyak cakap pula si Aryan ni. Selalunya, dia yang kecoh.

"Okay, thank you," pelayan cina itu beredar selepas mengucapkan terima kasih.

"Awak diam je kenapa ni?" Tanya Iris pelik.

"Mana ada apa-apa. Biasa je lah," balas Aryan lalu bersandar dan mengeluarkan phonenya.

"Awak ni serigala .'jadian eh?" Tanya Iris dengan wajah serius. Berkerut Aryan dengar. Apa punya soalan tu.

"Kenapa pula?" Tanya Aryan pula.

"Tak ada lah. Kalau malam je, bad mood. Tak faham lah. Macam mana lah kehidupan dah kahwin nanti," Iris berkata seraya mengeluh.

"Kau jangan nak mengarut lebih-lebih sangat. Tak apa, cuma aku fikir pasal nikah esok. Kalau aku tak tau nak lafaz depan tok kadi macam mana? Nerve wrecking lah," Aryan jujur membuatkan Iris tergelak.

"Tau pun awak. Tadi tunang pun saya macam nak pengsan. Giliran awak esok," Iris berkata mengejek.

"Dia ni kan. Cuba lah bantu sikit bakal suami kau yang macam nak botak fikir pasal akad nikah esok," Aryan dengan wajah buntu.

"Tau pun botak. Selama ni saya lawan debat dengan awak, tak sempat pergi Yu Nam Hari Care tau," Iris berkata lalu merampas phone Aryan.

"Tak apa lah. Kalau kau botak pun aku terima," kata Aryan lalu cuba merampas phonenya semula. Kalau Iris on phone dia, mati lah. Duduk dalam cengkerang seminggu tak keluar.

Iris mengelak dan terus berdiri untuk melihat apa yang Aryan nak sangat sembunyikan. Ada perempuan lain ke. Senang je, esok batal pernikahan. Aryan bangun dan menghampiri Iris yang sudah mnekan butang on pada telefon pintarnya. Tersengih Iris.

"Bagi balik lah. Ini yang aku tak suka," Aryan kembali duduk dan menyembamkan mukanya ke atas meja. Malu!

"Alah, tak apa lah. Apa salahnya. Sweet juga kan awak ni," Iris memulangkan semula phone Aryan.

"Calar image aku," kata Aryan perlahan lalu mengambil phonenya dan dimasukkan ke dalam poket.

"Letak gambar kita selfie tadi jadi screen lock pun nak calar image ke? Relax lah. Saya letak gambar kita photo shoot jadi wallpaper phone dan laptop," Iris jujur untuk menenangkan hati Aryan.

Belum sempat Aryan balas, pelayan tadi sampai dengan makanan yang dipesannya. Selepas mengucapkan terima kasih, mereka membaca doa dan memulakan santapan.

Bloody MarriageWhere stories live. Discover now