Bab 25

4K 272 35
                                    

Pintu pagar rumah banglo mewah itu berkunci. Tiada siapa berada dalam rumah. Ustaz Halim memandang Aryan.

"Kita panjat je lah, ustaz," cadang Aryan.

"Rumah ni tak ada alarm ke?" Tanya Ustaz Halim. Mahu nanti riuh rumah ni dengan alarm yang berbunyi.

"Alarm memang ada. Tapi, kita panjat je. Kalau ada yang tanya saya pandai-pandai lah terangkan," balas Aryan.

"Habis tu macam mana nak masuk dalam rumah? Tak akan nak pecah masuk juga." Ustaz Halim mula risau.

"Tak ada pilihan, ustaz. Kalau bukan sekarang, bila lagi?" Balas Aryan.

"Kita buat je lah macam Aryan cakap, Ustaz. Kita tak boleh terus berlengah," sokong Mail.

"Saya ni bukan muda. Mana nak larat panjat pagar tinggi macam ni." Akhirnya, Ustaz Halim beritahu sebab utama. Malu lah tu dah tua.

"Macam ni lah, ustaz. Saya dengan Mail masuk dulu lepas tu buka kan pintu dengan tutup alarm," cadang Aryan.

Lambat-lambat Ustaz Halim mengangguk setuju. Ah, apa nak jadi, jadilah. Mereka tiada pilhan. Masa pun singkat.

Mail mulakan panjatan. Penggera mula berbunyi bingit sehinggakan pengawal keselamatan dari rumah berhadapan keluar menjengah.

Aryan mengangkat tangan menyapa. Bukannya dia tak kenal Pak Hasnol, pengawal keselamatan banglo Datuk Zainal. Pak Hasnol lantas mendekati mereka.

"Kenapa ni, Encik Aryan?" Tanya Pak Hasnol pelik.

"Ni, Tan Sri dengan Puan Sri bercuti. Semua orang dicutikan sekali. Saya ni ada mesyuarat besar esok. Nak pergi ambil dokumen kat dalam. Nak masuk tak ada kunci. Terpaksa lah panjat ni. Penting dokumen tu," bohong Aryan. Ah, dokumen sangat. Dah lah lama tak masuk office.

"Ah, kenapa tak cakap awal-awal. Saya ada kunci. Tan Sri ada bagi dahulu kalau-kalau ada kecemasan boleh gunakan," beritahu Pak Hasnol.

"Alhamdulillah. Syukur Allah permudahkan. Terima kasih, Pak Hasnol," ucap Aryan lega. Tak ada nanti dia pergi balai sebab pecah masuk rumah keluarga sendiri.

Pak Hasnol lantas beredar ingin mengambil kunci.

"Ustaz," panggil Mail dengan matanya melirik ke balkoni tingkat atas rumah itu.

Ustaz Halim hanya mengangguk faham. Dia pun nampak Nur Nadia di atas tu. Memandang ke bawah dengan pandangan penuh dendam kepada Aryan. Ada sesuatu yang berlaku antar Aryan dan Nur Nadia. Tapi, apa dia?

Pak Hasnol kembali dengan segugus kunci.

"Sini, Encik Aryan." Pak Hasnol menyerahkan kunci itu.

"Terima kasih," balas Aryan hormat.

Mereka lantas masuk ke dalam rumah dengan membuka pintu pagar dan membuka pintu utama rumah itu. Penggera yang memekik lantas dimatikan.

"Ustaz, ada bau lah," kata Mail sambil menutup hidungnya.

Aryan terasa pelik. Bau apa? Bau pewangi bunga kemboja adalah.

"Kita kena cari bau tu, Mail," beritahu Ustaz Halim. Bau bangkai. Pasti.

"Selamat datang," ucap Nur Nadia dari belakang mereka.

Lantas mereka bertiga berpaling. Cantik. Itu yang dapat dilihat pada Nur Nadia. Seperti biasa, kebaya putih dan juga sanggul tinggi yang mempunyai bunga melati segar di atasnya. Wajahnya putih berseri. Alis mata yang cantik. Senyuman yang menawan. Seperti pengantin. Pengantin?

"Kau patut berkahwin dengan siapa?" Tanya ustaz Halim sebaik dia sedar yang pakaian Nur Nadia tak ubah seperti pangantin dari negara jiran, Indonesia.

Bloody MarriageWhere stories live. Discover now