Bab 15

4.2K 264 16
                                    

FROM: Im    >> I dah tahu siapa yang buat semua ni. I nampak depan mata I sendiri. Esok kita meet. I akan bagitahu you

Iris bangun pagi terus dia mengambil tuala dan membersihkan dirinya. Selepas solat, tangannya pantas mendail nombor Iman selepas membaca mesej dari Iman. Beberapa kali tidak berjawab. Akhirnya talian di sambung jua.

"Hello, Im. I ingat...." kata-kata Iris mati apabila seorang perempuan bercakap dengannya.

"Im dah tak ada," kata perempuan itu lalu menangis teresak. Iris terkelu.

"Im pergi mana?" Tanya Iris seperti orang bodoh yang tak mampu nak memahami kiasan itu.

"Dia...dia dah meninggal," kata perempuan itu dengan esakannya. Telefon bimbit Iris terlepas dari tangan.

Tidak, Iman ada semua bukti yang aku nak. Iman dah tahu siapa yang buat hubungan aku dan Aryan begini. Tapi, kenapa? Kenapa semua ni terjadi. Lutut Iris makin lemah sebelum dia jatuh melutut di tepi katil sambil menangis.

~///~

Iris melawat kubur Iman. Dia mendoakan agar apa yang Iman nampak masuk di dalam mimpinya. Dia doakan juga yang semua ini hanya mimpi. Dia, tak sanggup!

Iris pulang ke rumah hampir senja. Selepas solat maghrib dan Isyak, Iris terus baring di atas katilnya. Pintu biliknya diketuk perlahan. Iris dengan malas bangun dan membuka pintu. Tiada siapa. Iris mula rasa seram sejuk, Iris menutup pintu kembali. Terus dia melulu ke meja sebelah katil untuk mengambil Yassin. Belum sempat Yassin di capai, dirinya sudah terapung. Dia dapat rasakan ada tangan yang menyekiknya. Tetapi, tiada apa yang Iris nampak.

"Kau akan kalah. Kalau kau nak bahagia dengan suami kau, mari datang sujud aku," hanya suara sahaja yang bergema. Iris istighfar di dalam hati. Dia tidak akan ternoda dengan kata-kata iblis itu. 

Dirinya dihempas di atas katil kuat. Sakit belakang badannya akibat di hempas kuat. Tiba-tiba dadanya terasa dihimpat kuat. Nafasnya sudah tidak teratur. Senak! Ayat kursi tak terkeluar dari mulutnya. Tak tahu kenapa.

Perempuan yang berkebaya putih seperti yang pernah dilihatnya menindih dadanya dengan tangan mencekik kuat leher Iris. Deringan dari telefon bimbit Iris melenyapkan jelmaan tadi. Tercungap-cungap Iris. Dia terus bangun dari pembaringan. Telefon bimbit di capai. Nama pemanggil Abang Adam tertera pada skrin telefon. 

"Assalamualaikum. Kenapa?" Tanya Iris setelah panggilan itu di terima. Suaranya cuba dikawal sebaik mungkin.

"Waalaikumsalam. Ayah ajak pergi dinner esok kalau tak ada apa-apa," balas Adam.

"Ouh, nanti adik tanya Aryan macam mana," balas Iris.

"Okey. Kirim salam Aryan. Assalamualaikum," kata Adam sebelum mematikan talian.

"Waalaikumsalam," balas Iris perlahan. Dia memandang keadaan sekeliling biliknya. Takut-takut perempuan tadi menjelma lagi. Mulut Iris terkumat kamit membaca tiga kul sebelum tangannya meraih kitab suci Allah di lampu meja sebelum memeluknya erat.

Iris terjaga pada tengah malam. Terasa rumahnya dinaiki air. Banjir ke? Allah! Terus dia bangun untuk mengemas barang-barang penting. Bag yang diisi barang diangkat lalu dia turun ke tingkat bawah. Belum sempat pintu rumah dibuka, otaknya mencerna. Iris terduduk di hadapan pintu.

"Allah! Kenapa dengan aku ni!" Iris mengeluh kuat. Mana ada banjir!

~///~

Iris senyum pada Aryan yang baru pulang ke rumah. Aryan hanya buat tidak layan.

"Awak, ayah ajak dinner kat rumah dia," kata Iris. Aryan pusing memandangnya. Pandangan mata Aryan lain. Seperti itu bukan Aryan.

"Aku tak akan jejakkan kaki dekat rumah orang beriman," kata Aryan lalu berlalu naik ke tingkat atas. Iris termpempam. Huh? Kenapa dengan Aryan ni. 

Iris perasan yang Aryan sekarang perangainya semakin pelik. Tak nampak lagi Aryan solat mahupun menjalankan tanggungjawab sebagai muslim. Mana pergi Aryan yang sebenar. Kenapa semuanya harus seberat ini hidupnya.

Iris berlalu ke biliknya. Beberapa pakaian dimasukkan ke dalam bagasi. Dia mahu menetap di rumah ayahnya beberapa hari. Duduk rumah ini buat kepalanya sakit. Berhantu! Kunci kereta Iriznya dicapai. Ketika dia melintasi bilik Aryan, kelihatan Aryan sedang membuka baju. Iris buat tidak tahu. Malas dia mahu meminta izin dengan orang yang tidak ambil tahu pasalnya.

Setibanya di tingkat bawah, Iris terkejut. Hampir sahaja dia terjerit. Dadanya diusap perlahan. Pekluh dingin jatuh dari dahi. Kelihatan Aryan sedang menonton TV. Tapi, bukan ke Aryan dekat atas tadi? Allah! Betullah rumah ni berhantu. Iris cuba buat tidak tahu. Dengan tangan yang terketar-ketar, dia membuka pintu rumah. Belum sempat dia melangkah keluar, Aryan bersuara.

"Jangan ingat kalau kau keluar dari rumah ni, kau terlepas," Aryan seperti memberikan peringatan. iris tarik nafas dalam sebelum keluar. Dengan langkah yang laju dia menuju ke ekretanya sebelum meninggalkan rumah itu. Apa maksud Aryan tadi? Argh! Keliru.

~///~

"Eh? Aryan mana?" Tanya Afiq pelik. Iris senyum.

"Dia outstation. Kerja bertingkat katanya," tipu Iris. Afiq senyum.

"Ouh, jom lah. Ayah dah tunggu," ajak Afiq sebelum menutup pintu dan mengikut Iris menuju ke dining room.

Iris sedikit melupakan masalah yang dihadapinya dengan keceriaan keluarganya. That's what family be. Selepas makan, semua anak beranak iu melayan movie. Habis movie, supper pula. Iris mengeluh dengan senyuman. Lama tak spend time dengan family macam ni.

Iris berbaring di atas katil. Mulutnya terkumat-kamit membaca bismillah lima. Lama-lama matanya kian berat. Dia terlena.

Tidurnya terganggu padatengah malam dengan bunyi lebah yang sangat bising. Matanya yang kelat cuba dicelikkan. Kelihatan beribu-ribu ekor lebah berterbangan di syiling biliknya. Terus dia duduk dari pembaringan. Bila diperhatikan betul-betul, lebah itu semakin hilang. Matanya cuba difokuskan betul-betul. Kesemua lebah itu hilang. Allah! kenapa aku berkhayal teruk macam ni? Iris menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk.

Pili air dibuka. Mukanya dibasuh beberapa kali. Iris terkelu. Menggeletar tangannya. Air yang keluar dari pili itu pekat bewarna merah. matanya memandang cermin. Mukanya basah dengan air pekat bewarna merah itu.

Aryan. Pantulan dari cermin. Aryan dibelakangnya tersenyum sinis. Pucat muka Iris. Matanya dilarikan di tempat lain.

"Aku dah kata, yang kau tak akan terlepas walau mana kau pergi," kata jelmaan Aryan yang berada di belakangnya. Bila matanya kembali melihat cermin, jelmaan Aryan lambat-lambat bertukar kepada perempuan yang berkebaya putih yang selalu menjelma di hadapannya.

Dengan perasaan takut, Iris keluar dari tandas. Keluar sahaja dari tandas, matanya menangkap tubuh seseorang yang dirinduinya. Ibu! lantas tubuh itu dipeluk erat. Rindunya dia dengan ibu. Sudah bertahun ibu meninggalkannya.

"Aku boleh bagi balik ibu kau kalau kau sembah aku," kata jelamaan wanita berkebaya itu yang kini berada di belakang jelmaan ibunya. iris tersentak. Ya Allah! Apa aku ni! Ibu dah tak ada. Tak mungkin ibu boleh hidup semula.

Lambat-lambat Iris mengangkat kepala melihat muka jelmaan ibu. Terdorong di kebelakang sebelum dia jatuh terduduk. Muka ibu yang begitu cantik tadi kini bertukar sangat mengerikan.

"Sembah aku untuk bahagia, Iris," bergema wanita berkebaya itu berkata. iiris menutup matanya sebelum mulut terkumat-kamit membaca ayat kursi. Dia cuba untuk fokus.

Buka sahaja mata, semuanya hilang. Iris melepaskan nafas berat. Dia merangkak ke katil. Al-quran diambil sebelum dipeluk untuk dijadikan perlindungan. Ya Allah! Kuatkanlah hati aku ini.

Kata iblis: "Wahai Tuhanku! Apakah perangkap bagiku?." Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman: "Wahai iblis, perangkap untukmu ialah wanita-wanita."  

Sorry for the late update~ Here the creepy part! Seram juga buat! Actually, kisah banjir dan lebah ialah berdasarkan perkara benar. Kena dekat one of my relative. Okey, support my new work, TYARA COLLEGE. thnks buat yang menyokong MR ARTIST  KU sampai habis dan terima kasih juga pada yang menunggu cerita ni berkurun untuk update...hehe~So, do support me as always di TYARA COLLEGE. love ya~!




Bloody MarriageWhere stories live. Discover now