Note / Preview Bab 26

5.1K 325 165
                                    

SPM mula minggu depan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SPM mula minggu depan. Saya nak minta maaf sebab dah lama tak update dan saya tak akan update smpai habis SPM. Jadi janganlah ada yg minta update sementara SPM masih berlangsung. Wish me luck, y'all. 😉

Here the preview of Bab 26. I felt guilty for not being able to update. So sorry, Guys.


Amat terkejut dengan situasi di dalam bilik ini. Baunya merebak ke serata tempat. Bau yang tidak enak dan mampu memualkan sesiapa sahaja.

"Astaghfirullah hal azim," ucap Ustaz Halim kuat sambil melangkah masuk ke dalam bilik itu.

Aryan metaup wajahnya kasar. Ya Allah, siapa punya kerja ni?

"Mail, nanti kita bersihkan bilik ni," beritahu Ustaz Halim.

Mereka masih memerhatikan bilik yang sungguh menyeramkan itu. Terdapat empat mayat yang dibalut seperti jenazah tergantung di setiap penjuru bilik itu. Terdapat beberapa tengkorak kepala digantungkan di tengah bilik itu. Bilik itu gelap gelita tanpa sebarang punca cahaya. Tingkap dan lampu memang tiada di dalam bilik itu. Pada belah kanan bilik terdapat alatan lengkap untuk pemujaan manakala di belah kiri bilik terdapat sebuah keranda hitam.

"Buka keranda tu, Mail," arah Ustaz Halim.

Mail segera mendekati keranda itu. Penutup keranda dibuka sebelum bau busuk dan ulat bewarna putih berpusu-pusu keluar dari keranda itu.

"Astaghfirullah hal azim. Ustaz, afa mayat," kata Mail sebelum melepaskan penutup keranda.

Ustaz Halim dan Aryan lantas mendekati keranda itu. Mayat yang telah busuk dengan perut yang terburai berada di dalam keranda hitam itu.

"Arim?!" Jerit Aryan terkejut. Memang dia tak salah. Mayat itu adalah Arim kerana itu pakaian yang dipakai Arim ketika wanita itu mencarinya di rumah Ustaz Amry.

"Kita buat laporan polis, Aryan," cadang Ustaz Halim.

Aryan mengangguk setuju. Ini sudah masuk kes pembunuhan. Siapa punya kerja ni? Puan Sri Zafrah atau Tan Sri Arman?

💕💕💕💕💕

Aryan memeluk Iris yang sedang menangis dengan erat. Keadaan isterinya menjadi semakin teruk. Boleh jadi tiba-tiba Iris menangis dan tiba-tiba Iris boleh ketawa gembira.

"Kesihatan jiwa Iris makin teruk ni, Aryan," beritahu Ustaz Halim.

"Apa saya nak buat ni, Ustaz?" Tanya Aryan risau.

"Kita kena berjumpa dengan ibu bapa awak. Hanya yang melakukan kerja ini sahaja yang mampu menyelesaikan. Ini sihir kuat dan saya sendiri tidak mampu untuk mengubatinya," terang Ustaz Halim.

"Macam mana kita nak suruh dia balik, Ustaz? Mereka di mana pun saya tak tahu," kata Aryan.

"Kita tangkap Nur Nadia. Kelemahan dia adalah Nur Nadia," cadang Ustaz Halim.

"Ustaz uruskan boleh? Saya naj temankan isteri saya untuk beberapa hari ni lah," pinta Aryan.

Ustaz Halim mengangguk perlahan. Matanya melirik memandang Iris yang semakin lemah. Terbit rasa simpati pada wanita muda itu.

"Tenangkan isteri kamu. Saya keluar dulu," kata Ustaz Halim sebelum berlalu keluar dari bilik dua pasangan itu.

Aryan memandang wajah Iris. Mukanya semakin pucat dan cengkung. Badannya langsung tak bermaya. Seperti mayat hidup.

"Jangan buat aku macam ni, sayang," tutur Aryan seraya mengusap lembut pipi Iris.



You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 10, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Bloody MarriageWhere stories live. Discover now