Bab 23

2.6K 214 18
                                    

"Apa yang ustaz nampak?" Tanya Aryan. Bukannya dia tak perasan yang Ustaz Halim asyik menjengah ke arah blik ibu bapanya.

"Nampak apa?" Ustaz Halim buat-buat tidak tahu.

"Tak apa, ustaz. Terus terang sahaja apa yang ustaz nampak. Bagitahu saya segalanya. Insha Allah, saya terima segala kebenaran," balas Aryan cuba meyakinkan Ustaz Halim.

"Wanita berkebaya putih di hadapan tingkap. Rumah keluarga awak bau bangkai. Kuat sangat. Takut-takut ada pemujaan yang berlaku dalam tu," terang Ustaz Halim.

"Maksud ustaz, parents saya ada buat benda tak elok?" Tanya Aryan.

"Sebab itu saya tak nak bagitahu awak. Bukan semua orang boleh terima, Aryan. Saya faham. Tapi, apa guna saya berbohong. Apa yang saya dapat," beritahu Ustaz Halim.

Aryan diam sejenak. Rambut dikuak ke belakang. Buntu. Siapa? Papa? Tak mungkin lah. Parents dia orang yang baik-baik.

"Aryan, saya tak syak ibu bapa awak sahaja. Semua orang dalam rumah tu mesti ada berkaitan. Termasuk pembantu rumah," pujuk Ustaz Halim cuba melegakan hati Aryan.

"Saya kena terima kenyataan, ustaz. Siapa lagi kalau bukan ibu bapa saya. Esok kita ke sana semula. Saya nak cari kebenaran. Perit mana pun kebenaran itu, saya harus cari. Itu janji saya pada isteri saya," kata Aryan nekad. Sakit yang Iris rasa lebih hebat dari sakit kebenaran.

"Cakap pasal isteri awak, dia dah sedar tengah hari tadi. Tapi, badannya pun lemah. Senang benda tu nak menguasai semula. Buat masa ni, kita tempatkan dia di rumah saya sajalah. Isteri saya boleh tengok-tengokkan," cadang Ustaz Halim.

Aryan mengangguk setuju.

"Kalau macam tu saya balik ke rumah sekejap lah. Ambil barang yang perlu," kata Aryan seraya bangun dari duduknya.

"Saya ikut." Ustaz Halim turut bangun.

"Kenapa?" Tanya Aryan sangsi.

"Kita lihat apa ada di rumah awak. Benda ni kuat. Dia menguasai segalanya," beritahu Ustaz Halim.

"Kalau macam tu, baiklah."

💞💞💞💞💞

Uataz Halim lantas mengalihkan matanya dari potret keluarga Aryan yang tergantung megah memenuhi segenap dinding ruang tamu itu. Terasa hidup gambar itu. Meremang bulu tengkuknya.

"Ustaz?" Tegur Aryan apabila melihat wajah kalut Ustaz Halim.

"Ye, saya. Dah siap?" Tanya Ustaz Halim menutup kekalutan.

"Dah. Ustaz ada jumpa apa-apa ke?" Tanya Aryan.

"Buat masa ni tak ada apa. Tapi awak tak bau sesuatu ke?" Tanya Ustaz Halim. Pasal potret itu, biarlah ianya rahsia untuk sementara. Siapa yang membela iblis jawa itu, biarlah dia sahaja yang tahu buat masa sekarang.

"Tak ada. Bau apa?" Tanya Aryan pelik. Puas dia cuba menghidu untuk mencari bau pelik yang Ustaz Halim masudkaan.

Ustaz Halim tidak menjawab. Dia terus berjalan keluar ke laman rumah itu. Langkahnya dihentikan di penjuru rumah. Ada kesan terbakar di setiap penjuru rumah itu.

"Kenapa ni?" Tanya Ustaz Halim. Sangsi.

"Oh, dulu ada ustaz ni datang rumah. Dia baca surah apa entah, terus meletup setiap penjuru rumah," terang Aryan.

"Apa benda yang meletup?" Tanya Ustaz Halim yang sudah mencangkung.

"Benda kuning macam tangkal," jawab Aryan lalu menghampiri Ustaz Halim.

Ustaz Halim lantas mengorek tsnah dengan tangannya. Ada sesuatu yang lebih dasyat dari tangkah di bawah ini. Sesuatu yang membawa kelada bau pelik itu.

Bloody MarriageWhere stories live. Discover now