Bab 6

6.1K 399 12
                                    

"Berseri bakal pengantin kita ni," Zarel mengusik Iris yang berjalan di atas kerpet merah di dalam dewan utama Grand Millennium Hotel. Budak yang berumur 18 tahun itu memang agak rapat dengan Iris. Dia bekerja sejak habis SPM tahun lepas. Sudah setahun juga.

"Mengarut lah tu. Meja dengan kerusi sampai bila?" Sangkal Iris sebelum bertanyakan tentang meja dan kerusi. Dia melabuhkan punggung berhadapan dengan Zarel di tepi dewan.

"Petang ni lah datang," beritahu Zarel lalu menyambung kerjanya menggilap pasau kaca.

"Zarel tak nak sambung belajar ke?" Tanya Iris. Sudah lama dia nak bertanyakan soalan ini.

"Kepututsan tak berapa baik kak. Mana dapat biasiswa. Saya keluarga susah. Saya lebih suka kerja dengan akak. Gaji pun tinggi," balas Zarel yang matanya hanya fokus pada pasu kaca yang akan diletakkan bunga segar di dalamnya. Dia yang bergaji RM1200 sebagai decorating supervisor assistant.

"Bagus juga kalau Zarel tak berhenti. Akak suka Zarel kerja dengan akak. Zarel pekerja yang terbaik akak ada," kata Iris dengan senyumannya.

"Terima kasih, kak. Akak ada ambil bunga tak?" ucap Zarel sebelum bertanyakan perihal bunga.

"Ada dalam kereta. Nanti suruh Mat ambil. Bunga tu letak macam biasa dalam pasu kaca. Akak nak pergi tengok pelamin kejap," arah Iris lalu bangun dan berjalan ke arah pelamin yang serba putih.

"Bos, okey tak?" Tanya Jack kepada Iris.

"As always, just nice," Iris balas lalu menaikkan ibu jarinya. Dia melabuhkan punggungnya di tepi tangga pelamin.

"Bakal suami tak datang ke bos? Selalunya kalau time persiapan dua-dua mesti datang," Jack bertanya pelik kerana tak nampak pula muka bakal suami bosnya.

"Kejap lagi dia datang. Dia ada mesyuarat pagi ni. Tu yang dia datang lewat sikit," Iris berkata dengan ceria untuk menutup kepasrahannya. Sapa tak pasrah oi.

"Ouh. Bos  bila tukar warna lipstick ni? Sesuai sangat," Jack menegur warna gincu bosnya. Masuk kali ini dah lebih dari 10 orang tegur. Lagi-lagi abangnya. Semak je. Salah ke tukar warna gincu. Tau lah lawa. Dark red lipstick kesukaan Aryan. Tapi, Arif kata dah macam bad girl. Kurang asam, Nasib baik tak buta smokey eye make up tau. Kalau tak terkeluar lagi gigi palsu Tan Sri Amzar.

"Baru-baru ni. Cantik tak?" Iris bertanya dengan senyuman nipisnya.

"Bos kalau bare face pun cantik," puji Jack lebih.

"Typical guy. Mulut manis mengalahkan madu. Sorry, Jack. I tak minat," kata Iris lalu menghilangkan kakinya dan menggeleng kepalanya perlahan.

"Mesti bakal suami bos tak sweet talker kan," teka Jack. Memang tak pon.

"Tak langsung. Lawan mulut 24 jam adalah," kata Iris dengan sengihan.

"Lawan manja tu," Jack berkata membuatkan Iris tersengih.

"Ada-ada aje you ni. I nak keluar kejap ambil fresh air," Iris meminta diri lalu bangun dan menuju ke pintu utama dewan.

Kerusi kayu yang berada di luar dewan dijadikan tempat duduk. Sekejap-sekejap kepalanya terfikir akan Aryan. Masih rasa terkilan dengan apa yang Aryan cakap semalam. Harap lah Aryan datang. Tapi, memang tak lah. Macam lah tak kenal si Aryan yang tak berapa nak betul tu. Iris mengeluh perlahan sebelum bersandar dan menutup matanya. Tiba-tiba Iris dapat merasakan kehadiran seseorang disebelahya. Biar lah sapa pun. Zarel kot. Tapi, asal bau perfume dia macam crush aku je. Jangan-jangan dia. Tak mungkin.

"Sorry pasal semalam. Aku tak patut cakap macam tu dengan kau," Aryan berkata perlahan di sebelah Iris. Terus terbuka mata iris mendengar suara Aryan.

Bloody MarriageWhere stories live. Discover now