Bab 17

3.7K 295 14
                                    

Sungguh dia berpuas hati dengan penampilannya sekarang. Iris keluar dari kereta. Nampaknya Aryan tiada di rumah. Kaki yang ingin melangkah terbantut. Masih lagi rasa seram sejuk dengan rumah ni. Kalau boleh dia tidak mahu duduk di rumah ini lagi. Tetapi, tempat isteri itu di sisi suaminya. Nusyuz hukumnya jika dia tinggalkan suaminya. Iris mengeluh perlahan. Terbit perasaan rindukan Aryan yang dulu walaupun dia baru sahaja mengenali Aryan.

Kakinya bergerak jua memasuki rumah. Buka sahaja pintu, Aryan berada di hadapannya. Mata Aryan yang menyeramkan membuatkan Iris dengan pantas membaca ayat kursi di dalam hati. Sedang dia baca, telinganya menangkap Aryan membaca ayat kursi dengan nada mengejek. Iris angkat kepala memandang Aryan.

"Kau ingat, aku takut dengan bacaan kau? Kau cium sahaja tapak kaki aku, kau dapat dunia ini," Aryan bersuara membuatkan Iris seram.

"Dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir. Siapa kau sebenarnya?" Tanya Iris dengan nada menggigil.

"Aku lagi kuat dari kau. Aku api. Kau tanah liat yang kering. Telah keturunan aku berjanji akan menyesatkan anak cucu Adam di dunia ini," kata Aryan dengan mata terbeliaknya. Sungguh menakutkan. Berombak dadanya. Mulutnya lantas mengamitkan bacaan surah al-Baqarah ayat 256-257. Tanpa henti dan cuba dirinya fokus terhadap bacaan membuahkan hasil. Mata Aryan kian berasap sebelum dirinya terjelepok jatuh ke lantai. Jelas di mata Iris seperti ada makhluk hitam terbang keluar dari badan Aryan.

"Allah. Allah. Allah,"perlahan Aryan menyeru nama tuhan yang maha esa itu dengan keadaannya separuh sedar. Iris mendekati Aryan.

"Awak, bangun," kata Iris sambil menepuk bahu Aryan perlahan.

"Allah, tolong aku. Allah! Allah!" Seru Aryan kuat sebelum tidak sedar sepenuhnya. Dia perlu buat sesuatu.

Nombor ustaz Amri didail.

"Assalamualaikum, ustaz. Tolong datang rumah saya. Makhluk tu dah keluar dari badan suami saya," pinta Iris.

"Saya dah ada di lorong 11. Jangan tinggalkan Aryan. Teruskan baca bacaan yang saya ajar," jawab Ustaz Amri membuatkan Iris terkedu. Macam mana dia boleh datang secepat itu. Pintu rumah dan pagar dibuka apabila kereta Ustaz Amri kedengaran di telinganya.

"Assalamualaikum," ucap Ustaz Amri ketika memasuki perkarangan rumah.

"Waalaikumsalam," balas Iris.

"Saya masuk," izin diminta oleh Ustaz Amri.

"Sila uztaz. Suami saya terbaring depan pintu. Saya tak larat nak angkat," kata Iris.

"Tak apa," balas Ustaz Amri sebelum melutut di sebelah Aryan. Tangannya memegang dahi Aryan sebelum mulutnya mangamitkan kalam-kalam suci Allah.

Aryan tersedar dengan nafas yang laju. Lantas dia duduk dan melihat keadaan sekeliling.

"Astaghfirullah hal azim," kata Aryan sambil meraup mukanya.

"Kenapa, Aryan? Baru sedar dari mimpi buruk?" Soal Ustaz Amri membuatkan Aryan memandang Ustaz Amri lama.

"Ini, Ustaz Amri," Iris memperkenalkan kepada Aryan.

"Tolong saya, ustaz. Saya seperti terperangkap di dalam sebuah balang kaca. Saya nampak ada seseorang yang memiliki tubuh persis saya. Saya tak dapat kawal badan saya sedangkan saya nampak apa yang berlaku. Saya tahu apa yang berlaku," kata Aryan yang dirinya masih dengan perasaan ketakutan.

"Bertenang. Iris, saya tahu siapa yang buat semua ini. Tetapi, saya nak awak sendiru tahu dengan usaha awak," kata Ustaz Amri.

"Kenapa ustaz tak bagi tahu sahaja?" Tanya Iris khairan.

"Allah tak akan ubah nasib seseorang itu jikalau orang itu tidak berusaha untuk mengubah nasibnya. Nanti saya ajar macam mana. Sekarang, kalau boleh saya nak kamu berdua duduk di rumah saya. Rumah ni tak selamat," kata Ustaz Amri.

"Boleh ustaz. Kami kemas barang dulu," kata Aryan lantas menarik tangan isterinya naik ke atas.

Ustaz Amri keluar dari rumah itu. Kawasan laman rumah diteliti. Bacaan dimulakan sebelum satu letupan berlaku. Bacaan diteruskan sehingga dua, tiga dan empat kali letupan berlaku. Aryan dan Iris lantas keluar ke balkoni apabila letupan itu berlaku.

"Lepas kemas, terus ke sini," arah Ustaz Amri tanpa memandang ke arah kedua pasangan itu.

Aryan dengan lebih cepat mengemas barangnya dibantu oleh isterinya. Selepas siap mengemas, dengan lantas Aryan dan Iris turun ke laman.

"Apa jadi, ustaz? Kenapa?" Tanya Aryan gelabah.

"Tenang Aryan. Pada setiap penjuru rumah ini ada ditanamkan sesuatu. Pergilah tengok," balas Ustaz Amri tenang.

Aryan pergi ke kawasan tanah yang seperti digembur. Tangannya mengambil bungkusan kain bewarna kuning. Hatinya berdebar.

"Apa ni, ustaz?" Tanya Aryan.

"Barang syaitan. Orang yang menghantar semua benda ni, matlamat dia satu sahaja. Dia nak manusia sembah kepada syaitan. Dia janjikan kebahagiaan kepada sesiapa yang menyembah syaitan. Dan Allah berfirman,
إن يدعون من دونه إلا إنثا وإن يدعون إلا شيطانا مريدا لعنه الله وقال لأتخذن من عبادك مفروضا ولأضلنهم ولأمنينهم ولأمرنهم فليبتكن ءاذان الأنعم ولأمرنهم فليغيرن خلق الله ومن يتخذ الشيطان وليا من دون الله فقد خسر خسرانا مبينا يعدهم ويمنيهم وما يعدهم الشيطان إلا غرورا .
Apa Yang mereka sembah Yang lain dari Allah itu, hanyalah berhala-berhala (makhluk-makhluk Yang lemah), dan mereka (dengan Yang demikian) tidak menyembah melainkan Syaitan Yang derhaka Yang telah dilaknat oleh Allah, dan Yang telah mengatakan: "Demi sesungguhnya, Aku akan mengambil dari kalangan hamba-hambaMu, bahagian Yang tertentu (untuk menjadi pengikutku)."Dan Demi sesungguhnya, Aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan Demi Sesungguhnya Aku akan memperdayakan mereka Dengan angan-angan kosong, dan Demi Sesungguhnya Aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan Aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah". dan (ingatlah) sesiapa Yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin Yang ditaati selain dari Allah, maka Sesungguhnya rugilah ia Dengan kerugian Yang terang nyata.Syaitan sentiasa menjanjikan mereka (dengan janji-janji indah) serta memperdayakan mereka Dengan angan-angan kosong; dan apa Yang dijanjikan oleh Syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya semata-mata. Surah An-Nisaa' ayat 117 hingga 120," Ustaz Amri berkata tenang.

"Ustaz, tolong ajar kami untuk jadi islam sebetulnya bagi pandangan syurga. Islam yang mengikut peratutran. Islam yang meninggalkan larangannya. Islam yang tiadan cacat cela," Iris bersuara membuatkan Aryan dan Uztas Amri berpaling.

"Iris, kita manusia. Iman turun naik. Kita bukan malaikat yang imannya tidak turun dan naik. Kita bukan para rasul yang imannya naik sahaja. Kita tidak sempurna. Semua manusia buat kesilapan. Insha Allah, saya bantu apa yang saya mampu. Saya nampak perubahan awak. Ujian yang Allah bagi ni ada hikmah. Hikmahnya ada pada diri awam. Hikmah besar yang susah ubtuk dapat," kata Ustaz Amri dengan senyuman.

"Hikmah apa, ustaz?" Tanya Aryan.

"Himahnya? Hati kita lagi dekat dengan Allah. Hati kita lagi kuat dengan pegangan Islam. Tak rasa macam tu? Nanti saya tunjukkan. Jom, ke rumah saya," kata Ustaz Amri dengan senyuman tenangnya.

'The world is not the resting place. It is actually a testing place'

Sorry, lambat😁 enjoy😌

Bloody MarriageWhere stories live. Discover now