Bab 5

6K 379 5
                                    

"Huh? Apa yang awak mengarut ni? Demam ke?" Iris bertanya. Gila apa. Dia tengok bibir aku yang seksi ni. Aku bagi pelempang karang.

"Abaikan apa yang aku kata," Aryan tersedar apa yang dikatakannya sebentar tadi. Buat malu je Aryan oi.

"Okey. Jadi, esok awak bawa dulang, bagi dekat butik saya. Pagi-pagi boleh?" Iris menyuruh Aryan membawa dulang memandangkan yang dia perlu meletakkan barang baru pula.

"Err, dulang pun aku buang," Aryan membuat pengakuan berani matinya lambat-lambat.

"Huh? Awak buang? Awak fikir saya ni ada masa lagi ke nak buat gubahan baru untuk hantaran? Awak fikir, dua hari tu macam dua tahun? Yang kena buat saya juga. Di sebabkan awak buang, esok malam datang rumah ni, tolong saya buat gubahan baru. No excuse!" Iris membebel sebelum membuat keputusan muktamad dan berlalu masuk ke dalam rumah.

"Iris! Mana lah aku reti buat kerja-kerja macam tu!" Teriak Aryan kuat kepada Iris yang melenggang masuk ke dalam rumah. Dia buat tak tau pula tu.

Baru saja Aryan ingin turut masuk ke dalam rumah untuk berjumpa dengan Tan Sri Amzar bertujuan menyalami bakal bapa mertuanya itu sebelum pulang, Akif keluar dari pintu utama rumah banglo itu dan memberikan isyarat tangan supaya Aryan berhenti berjalan dan kembali duduk di gazebo. Aryan sekadar mengikut. Bakal abang ipar tu. Akif yang berjalan ke arah Aryan tanpa sebarang reaksi membuatkan Aryan rasa senak. Kalau tiba-tiba dia tak bagi kahwin dengan adik dia, masak!

"Lama juga kita tak jumpa. Sebulan lebih dah. Mana Raisha? Dah arwah?" Sinis Akif berkata apabila dia sudah melabuhkan punggungnya di sisi Aryan. Terdiam Aryan mendengarnya. Aduh! Menusuk kalbu, saudara.

"Akif, aku buat benda ni bersebab," Aryan bersuara gentar. Dia kenal Akif bagaimana. Kawan sejak universiti. Kawan yang kongsi sebilik selama empat tahun. Tapi, masing-masing sibuk dengan dunia masing-masing apa bila habis belajar. Nasib baik juga lah mereka ada projek perniagaan bersama. Selalu juga take a sip of coffee bila jumpa pasal perniagaan. Dekat situ lah selitnya borak kosong yang jarang berpeluang untuk melakukannya.

"Kau nak jadikan adik aku kambing hitam kau ke? Weyh, asal kau pilih adik aku? Ramai lagi perempuan dekat luar sana. Asal tak ambil pelacur je? Asal adik aku yang bertutup-litup tu juga kau nak?" Berdas-das soalan keluar dari mulut Akif. Suaranya semakin tinggi. Kemarahan yang tidak stabil sedang dikawal.

"Akif. Kau kenal aku kan. Kita hidup sama bukan sebulan dua. Empat tahun, Akif. Kalau aku dah buat keputusan, aku serius. Kenapa aku pilih adik kau? Naluri aku yang bawa aku sampai sini. Aku tak akan sia-siakan adik kau. Aku janji akan jaga adik kau lebih dari nyawa aku sendiri," kata Aryan bersungguh supaya tak ada salah faham. Kawan lama, tak akan nak gaduh sekarang.

"Lembu diikat pada talinya, manusia diikat pada janjinya. Aku pegang janji kau. Sebab aku kawan kau lebih dari tujuh tahun, aku percayakan kau. Jaga adik aku betul-betul," Akif berkata lalu menepuk lembut bahu Aryan.

"Terima kasih, Akif," Aryan mengucapkan terima kasih. Akhirnya, kes ini selelsai!

~///~

"Cik Iris, lama lagi ke? Kita tak ada banyak masa ni," Aryan berkata sambil tangannya bermain dengan anak patung beruang sebesar tapak tangannya di atas meja kerja Iris.

"Sikit lagi. Saya suruh awak datang pukul 10 pagi. Yang awak datang 9 pagi dah kenapa," Iris membalas dengan matanya tidak lekang dari skrin komputer ribanya.

"Sayang, salah ke kalau abang nak teman sayang buat kerja?" Aryan bertanya romantik. Atuk kau punya romantik lah.

"Kalau nak teman, diam. Pergi duduk dekat sofa. Buat kacau dekat sini pula," Iris menghalau dengan menolak sedikit lengan Aryan.

Bloody MarriageWhere stories live. Discover now