Bab 11

5.3K 287 25
                                    

"Apa yang kau mengarut ni?" Tanya Aryan gelisah. Ayat yang Iris cuba sampaikan sebentar tadi sangat seakan memerlinya. Sumpah dalam.

"Huh? Saya cakap je. Kenapa? Awak terasa ke?" Tanya Iris sinis sebelum mengatur langkah ke dalam rumah.

Aryan hanya diam. Dia tidak tahu mahu jawab apa. Apa yang Iris katakan tadi sangat menyatakan yang Iris tahu perihal siang tadi. Tapi, bagai mana? Tak mungkin. Kawan-kawannya tidak rapat dengan Iris. Sekadar kenal orangnya sahaja. Ataupun, itu adalah kata-kata spontan dari mulut Iris. Positif je lah

~///~

Sudah dua minggu berlalu. Hubungan memang tak usah cakap, renggang. Iris mengelak untuk meluangkan lebih banyak masa dengan Aryan dirumah dengan membuat segala kerjanya di butik. Alasan semata-mata. Aryan pula sering kali keluar malam seperti bujang. Kalau keluar pergi mamak dengan member tak pe. Tapi ni keluar makan hampir setiap hari dengan Arimi walaupun dekat rumah tu ada bini.

"Aryan, saya dah sediakan makanan ni. Awak nak pergi mana?" Tanya Iris apabila Aryan telah bersiap-siap untuk keluar.

"Aku ada dinner dengan Arim. Aku keluar dulu," balas Aryan lalu mengatur langkah keluar dari rumah itu. 

Iris hanya berdiri seperti patung cendana di tepi sofa. Dia sedih. Sangat sedih. Tapi, apakan daya. Dia tidak mampu nak buat apa-apa. Ini hidup Aryan. Bukan hidupnya. 

Aryan yang baru sahaja mahu melangkah keluar dari restoran mewah itu seorang diri selepas Arimi terpaksa balik awal memandangkan ibu bapanyadatang ke rumah, dirinya terserempak dengan Arif dan Aqlan. Terus Aryan diajak borak.

"So, kau buat apa dekat sini malam-malam? Adik aku macam mana?" Tanya Aqlan membuatkan Aryan sedikit kalut walaupun tidak ketara kekalutannya.

"Aku jumpa client. Nak balik dah tadi. Luang masa dengan isteri pula," balas Aryan confident dengan penipuannya.

"Bagus lah kalau kau layan adik aku dengan baik. Dia tu susah sikit nak faham," kata Arif lega.

"Susah nak faham?" Tanya Aryan dengan kening berkerutnya.

"Dia tu last menangis masa arwah ibu tenat. Yang aku tahu dia ada janji dengan arwah ibu yang dia tak akan nangis lagi. Kalau dia sakit macam mana pun, dia tak akan menangis. Dia tu jenis pendam. Lepas arwah ibu tak ada, dia pendam segala masalah dia. Dia tak akan bagi tahu sesiapa pun. Selalunya Akif yang paling faham dia ada masalah ataupun tak," ceritya Arif panjang. Aryan kusyuk mendengar.

"Patut lah dia macam happy go lucky. Senang lah aku," gumam Aryan kecil.

"Apa kau kata?" Tanya Aqlan apabila terdengar suara Aryan halus.

"Tak ada, aku nak balik dulu. Kesian nanti Iris tunggu dekat rumah seorang," Aryan meminta diri. Bahaya abang-abang Iris. Sekali tersalah cakap, terus jumpa munkar dan nankir.

"Balik lah. Kirim salam sayang dari kami dekat Iris," pesan Aqlan sebelum Aryan berjalan menuju keluar dari restoran mewh itu.

Semasa dalam perjalanan pulang, dia sibuk memikirkan cara untuk menerangkan hubungannya dengan Arimi. Kalau Iris mengamuk macam mana? Tapi Iris nampak macam tak akan. Mana tahu diam-diam ubi berisi. Buat tenat pula.

Sesampai sahaja dia di depan rumah, Iris telah membuka pintu untuknya. Iris ditarik menuju ke arah sofa. Tanpa banyak tanya, Iris hanya mengikut sahaja. 

"Kalau aku cakap ni, kau jangan marah pula," kata Aryan takut-takut.

"Cakap je lah," balas Iris.

"Kalau aku ada hubungan dengan perempuan lain, kau marah tak?" Tanya Aryan masih dengan nada takutnya.

"Itu hidup awak. Buat apa saya nak halang. Tapi, kalau saya ada lelaki lain, awak marah? Suka hati awaklah," kata Iris lalu bangun menuju ke tingkat atas selepas memberikan senyuman kepada Aryan. Bukan senyuman sinis mahupun kelat. Senyuman manis. Seumpama ikhlas. Susahnya nak baca otak dia!

Bloody MarriageWhere stories live. Discover now