Bab 4

6.1K 453 35
                                    

"Sapa lelaki tu?" Tanya Tan Sri Amzar kepada Iris selepas memasang gigi palsunya semula. Serius mukanya. Kecut jiwa.

"Aryan Nawfal bin Tan Sri Arman," Iris menyebut nama bakal suaminya ekspressnya. Janganlah abang-abangnya kenal. Masak dia.

"Dia kerja apa?" Tanya Afiq kepada Iris. Wow, ini temuduga sesi apa pula. Penat belum habis lagi untuk temuduga bersama Puan Sri zafrah siang tadi. Sekarang ada lagi.

"Macam abang lah," jawab Iris. Entah, dia pun tak tau lelaki itu kerja apa. Tapi, nampak macam pakai suit bagai. Kira boleh lah tu.

"Kenapa tiba-tiba adik nak kahwin dengan dia minggu depan ni?" Tanya Akif. Daripada tadi Akif sudah memandangnya dengan wajah yang pelik. Sudah semestinya Akif dapat mengetahui yang Iris membohong. Akif adalah abang yang paling rapat dengan Iris. Akif juga boleh membaca setiap riak wajah Iris. Dasyat Akif ni.

"Adik dah bercinta dengan dia 4 bulan. Nenek dia pula dah meninggal minggu lepas. Sebelum nenek dia meninggal, nenek dia nak sangat kami kahwin pada 4 hari bulan ni. Hari jadi nenek dia. Aryan dengan adik dah bincang. Buat apa nak tunggu lagi," Iris menceritakan. Okey, muka Akif nampak tak percaya. Tak apa lah. Biarlah Akif tahu kisah sebenar nanti.

"Macam mana dengan persiapan?" Tanya Arif.

"Adik kan wedding planner. Everything on set je," kawab Iris. Rasanya ni jawapan munasabah.

"Adik selalu keluar dating dengan dia?" Tanya Aqil.

"Eh, kita orang jumpa dalam butik je. Tak pernah keluar sama pun," bohong Iris lagi dan lagi. Rasa berdosanya berbohong ni! Maafkan ku wahai abang-abang ku yang dikasihi.

"Kalau macam tu, jumpakan Aryan dengan ayah dan abang-abang. Esok, Aqil, Adam dan Aqlan batalkan mesyuarat. Arif dan Afiq batalkan rombongan ke tapak projek. Akif, ayah bagi cuti. Yang lain, kalau tak nak ambil cuti, tepat jam 12 ada depan pagar tu. Adik pun sama. Jam 12 dah bawa Aryan," tegas Tan Sri Amzar bersuara. Marah ke? Tak pasti. Tan Sri Amzar berlalu ke biliknya. Yang lain pun cuci tangan dan beredar.

Iris mendaki anak tanggan dengan pemikiran yang padat. Macam mana kalau ayah dapat tau yang aku jadi bidan terjun? Habislah aku!!

Sesampai sahaja depan pintu bilik, Akif datang dan menarik Iris masuk ke biliknya yang bersebelahan dengan bilik Iris.

"Apa abang ni," marah Iris. Sakit pergelangan tangannya direntap.

"Abang kenal dengan Aryan Nawfal tu. Adik jangan buat kerja gila lah. Mana perempuan yang patut kahwin dengan dia tu?" Akif sudah mula rasa nak sepuk-sepuk adiknya.

"Perempuan tu scam dia," kawab Iris takut-takut. Jarang Alif memarahinya sebegini melainkan kes serius. Serius sangat ke kes ni?

"Ouh, adik jadi bidan terjun lah ni? Sejak bila adik abang ni sebodoh ni? Abang tau yang adik tak sambung belajar lagi. Tapi abang tak tau pula yang adik dungu macam ni!" Akif berkata dengan kemarahan yang membuak-buak.

"Abang ingat tak yang adik ada cerita seorang lelaki yang adik suka bulan lepas?" Tanya Iris dengan suara menahan tangisan.

"Hmm," pendek tu je Akif jawab.

"Aryan lelaki tu. Orang bodoh je yang tolak bila lelaki yang dia suka ajak kahwin. Orang bodoh je bang. Lagi pun adik ada masalah kewangan dengan butik tu. Akauntan adik bawa lari keuntungan 2 juta bulan lepas. Adik perlu banyak duit sekarang. Kalau dia batalkan perkahwinan tu, muflis butik adik. Adik dah janji dengan ibu untuk jaga butik tu," Iris cerita segalanya. Dengan Akif dia tak akan berbohong.

"Asal tak bagi tau abang? Abang boleh bagi setakat 2 juta tu," Akif tidak berpuas hati kerana adiknya mengambil jalan yang salah.

"Abang kena ingat yang akaun bank abang dijaga oleh ayah. Semestinya ayah tau nanti. Abang tak ingat ke yang ayah tak akan benarkan adik sambung kerjaya ibu ni jika adik gagal dalam kerjaya ni," Iris tidak bersetuju dengan abangnya.

Bloody MarriageWhere stories live. Discover now