Bab 2

6.6K 423 11
                                    

Alamak! Ini semua salah Abang Akif! Sekarang siapa yang lambat pergi kerja? Aku juga. Dia tu tak apalah sebab office tu bapak dia punya. Ini memang lah butik aku, tapi pelanggannya bukan aku. Sumpah aku tak akan terjerat dengan dia. Boleh dia hasut aku main game sampai dua pagi. Melampau punya abang!

Iris cuba untuk bertenang walaupun sudah lewat. Sekarang dah pukul 11 pagi. Butik buka 9 pagi. Lambat 2 jam. Tak apa, katalah pergi kedai kain. Dengan perasaan yang bajet tenang dia memakai kanta lekap bewarna  hazel. Bekas kanta lekap yang berbentuk mata burung hantu itu, diletakkan semula ke dalam laci meja solek. Nak kata rabun, tak ada lah rabun mana. Saja nak tutup mata biru hijau yang orang akan pandang pelik. Muka melayu tapi mata biru hijau. Semua adik-beradiknya mempunyai mata yang sama. Teringat ketika zaman sekolah. Orang mengejek mereka adik-beradik syaitan disebabkan warna matanya. Eh, cantik apa. Bagi dia orang tak cantik kot. Semua mesti pakai kanta lekap warna hitam atau hazel apabila keluar dari rumah. Ikut siapa? Mestilah ikut arwah ibu. Arwah ibu dari Scotland. Original scottish. Tu yang dapat mata terlebih cantik ni.

Iris membetulkan sedikit tudungnya dan berlalu turun ke bwah. Berlari-lari anak dia. Dah lambat sangat ni. Ketika dia melewati meja makan, Akif menegurnya "Lambat bangun, adik," Akifmenyapa dengan sinis. Iris pusing menghadap Akif. Hurm, tak mandi lagi. Dengan seluar pendek parat lutut dan juga baju t corak itiknya.

"Ini semua salah abang," Iris menyalahkan abangnya lalu berjalan dan merampas mug yang berisi milo sebelum menghabiskannya.

"Dia yang iman tak kuat bila abang ajak main game," Akif tidak mengaku kesalahannya.

"Adik tak ada masa nak gaduh dengan abang. Adik pergi dulu," Iris mencapai tangan Akif lalu menciumnya. Tak lupa juga mencium kedua belah pipi abang kesayangannya.

Kereta dipandu seperti F1 driver. Nasib baik tak sesak sangatsebab semua orang dah masuk kerja. Tak apa kalau pagi ni tak gaduh dengan Akif. Malam nanti ada. Jangan risau wahai Akif Wazif. Akhirnya, sampai pun depan butik. Tak adalah jauh sangat rumah dengan butik ni. 10 minit je. Iris membuka wedges shoesnya dan diletakkan di rak kasut sebelum menekan kata laluan untuk membuka pintu butik itu.

"Maaf, saya lambat sikit hari ini," Iris memohon maaf kepada pekerjanya. Macam biasa lah, pekerja senyum sahaja. Tak akan lah nak marah bos datang lewat.

Iris terus berjalan masuk ke dalam pejabatnya. Terdapat empat buah folio yang disiapkan oleh salah satu pekerjanya. Oh ya, pasangan Raisha dan Aryan akan datang untuk berbincang lagi pada hari ini. Kejap lagi datang lah tu. Sedang Iris membuat design baju, telefon pejabatnya  berdering.

"Hello, the wedding planner of Amour Wedding Center on the line," sapa Iris kepada si pemanggil.

"Hello. I, Raisha. I dah nak sampai ni. Lagi 5 minit macam tu," ouh pasangan Raisha dan Aryan rupanya.

Iris menyiapkan barang-barangnya dan berlalu ke customer discussion room. Sementara menunggu pasangan sejoli itu, Iris membelek hasil kerja pekerja yang paing berdedikasi dalam butiknya ini. Sangat sempurna. Sedang kusyuk menilik, Iris terdengar loceng pintu butinya di tekan. Sah-sah lah pasangan sejoli tu. Iris terus menekan intercom dan menyuruh tea lady menyediakan air untuk pelanggan pentingnya.

Mata Iris menangkap dua susuk tubuh pasangan sejoli itu. Seperti biasa, Raisha akan mengenakan tubuhnya yang persis model dengan mini skirt hitam paras peha dan kemeja putih lengan pendek. Office attire yang menjolok mata. Tapi, Aryan sungguh buat Iris nak masuk peti ais. Sangat bergaya dan kemas dengan suit hitam dikenakan dengan kemeja putih dan seluar khaki hitam. Tak lupa tali leher hitamnya yang sungguh kemas. Ini mesti kerja dekat pejabat pangkat tinggi-tinggi kerana pakaian mereka seperti abang-abang Iris. Pangkat tinggi.

Bloody MarriageWhere stories live. Discover now