Bab 3

5.9K 483 50
                                    

"Esok?" Tanya Iris sekan tidak percaya. Terkejut Iris mendengarnya. Gila ke apa. Nama mak bapak dia pun aku tak tahu.

"Lambat sangat eh? Kalau macam tu sekarang je lah. Siap. Aku tunggu dalam kereta. Jangan lama sangat," kata Aryan lalu keluar dari butiknya. Terkedu Iris. Mamat ni memang gila.

Iris bersiap dengan mengambil beg tangannya. Sempat dia memberitahu secreatarynya agar uruskan hal butik sebelum dia beredar. Keluar sahaja dari butik, mata Iris tertancap pada sebuah kereta Audi S5 yang dipakirkan dihadapan butik. Seorang lelaki memakai kaca mata hitam di dalamnya. Aryan lah tu. Iris berjalan ke arah kereta dan membuka pintu kereta penumpang bahagian hadapan.

"Cepat kau siap. Kalau betina tu, aku nak tunggu punyalah berjanggut," kata Aryan lalu memandang Iris yang tiada perubahan. Muka tanpa solekan yang tebal. Hurm, tak hipokrit. Mungkin.

"Jangan pernah samakan dan bezakan saya dengan Cik Raisha. Saya tak suka," serius Iris bersuara.

"Okey, aku tak akan sebut nama dia lagi," kata Aryan lalu menggerakkan keretanya keluar dari perkarangan lot kedai mewah itu.

Senyap sahaja antara mereka. Kekok nak berbual. Selama ni tak pernah berbual sama sekali. Macam mana nak hidup berumah tangga kalau macam ni?

"Tak nak cakap apa-apa ke?" Tanya Aryan nemandangkan suasana terlampau sunyi.

"Entah lah. Saya mana pernah berbual dengan Encik Aryan. Kekok sangat," Iris berkata dengan kekok.

Iris menoleh ke arah tingkap. Eh, cantiknya BMW M4 tu. Pemandu dia pun hansome. Muka macam Adam Hafiy. Adam Hafiy? Iris terus membongkokkan dirinya. Kalau Abang Adam nampak ni, mati aku kena dengan Along. Belum sempat nikah dengan Aryan ni.

"Kau kenapa ni?" Tanya Aryan pelik melihat gelagat Iris. Dah kenapa dengan dia ni? Senggugut ke?

"Kereta sebelah tu abang saya," Iris memberitahu kenapa dia perlu membongkok.

Aryan menoleh ke kanan. Pemandu BMW M4 itu pun menoleh ke arahnya. Aryan hanya tersenyum nipis sebelum kembali pandang ke hadapan memandangkan lampu isyarat telah berupah warna dari merah ke hijau.

"Dah. Dia dah lepas," kata Aryan menyuruh Iris duduk seperti biasa.

Iris kembali duduk seperti biasa. Bahaya betul KL ni. Bukan KL yang bahaya, tapi abangnya yang bahaya. Abang ramai sangat sampai toleh dekat mana pun nampak muka abang-abangnya. Aryan memasuki perkarangan Damansara Height. Aryan memberhentikan kereta di hadapan sebuah banglo empat tingkat yang tersegam indah. Rasanya sama saja dengan rumah Tan Sri Amzar. Mungkin besar sikit kut.

"Rumah awak ke?" Tanya Iris apabila keduanya turun dari kereta.

"Parent punya," balas Aryan lalu menekan loceng rumah sebelum pintu pagar automatik terbuka.

"Sama lah tu," gumam Iris yang membontoti Aryan masuk ke dalam halaman rumah. Suasana yang indah dek taman bunga ros mini. Dandelion fountain yang bersaiz sederhana besar membuatkan Iris terpegun. Cantiknya.

Seorang wanita dalam lingkungan 30-an membukakan pintu untuk Aryan. Siap tunduk hormat lagi. Mesti orang gaji. Dengan berpakaian dress hitam labuh hingga ke buku lali dan juga apron putih yang dihiasi lace. Orang gaji jutawan je pakai macam tu.

"Puan Sri ada?" Tanya Aryan kepada pembantu rumahnya.

"Ada di dalam," jawab pembantu rumahnya lalu terus matanya tertancap pada Iris.

"Kata dengan dia, ada tetamu," arah Aryan lalu melangkah masuk dengan tangannya memegang lengan Iris supaya turut sama melangkah masuk ke dalam banglo 4 tingkat ini.

Bloody MarriageDove le storie prendono vita. Scoprilo ora