Bab 19

3.4K 238 38
                                    

Aryan menyandarkan kepalanya pada kepala katil. Ya Allah, ujian yang kau berikan sangat berat. Aku tak rasa aku tinggalkan agama terlalu lama. Aku tak faham lah. Aku rasa keliru dengan diri aku.

Ketukan di pintu mematikan lamunan Aryan. Lantas dia membuka pintu. Wajah Ustaz Amri berada di hadapan pintu.

"Aryan, mari. Kita bincang," panggil Ustaz Amri. Lambat-lambat Aryan mengikut Ustaz Amri.

"Kenapa, ustaz?" Tanya Aryan sejurus mengambil tempat di hadapan Ustaz Amri.

"Saya perlu ke Segamat hari ni. Kami sekeluarga ada urusan di sana. Rumah ni dah lengkap dengan keperluan. Jadi, saya nak awak dan Iris duduk dalam rumah ni. Jangan keluar."

👻👻👻👻👻

"We dropped the subject, Iris. Tolonglah," kata Aryan. Geram sungguh dia dengan Iris.

"Tapi, Arimi...." Kata-kata Iris mati apabila Aryan memeluknya.

"Tolong, Iris. Tolong. Saya hanya nak awak jadi isteri saya. Bukan orang lain. Hanya awak. Tolong, Iris." Aryan menangis. Iris gigit bibir.

"Aryan, jangan macam ni," pujuk Iris lalu mengusap belakang suaminya.

"Awak nak macam mana Iris? Tak cukup keadaan yang terseksa ni? Tolong jangan seksa lagi hati awak. Tolong jangan seksa lagi hubungan kita," rayu Aryan. Wajah Iris dipandang dalam.

"Okay, kita tak perlu cakap lagi pasal ni. Saya minta maaf," kata Iris. Aryan senyum.

"Awak tahu, saya cintakan awak. Sangat." Tangan Iris digenggam erat.

"Saya juga. Sangat." Iris membalas genggaman itu.

Ketukan pada pintu rumah diabaikan oleh Aryan dan Iris. Ketukan makin kuat diselangi dengan suara lelaki.

"Saya pergi tengok sekejap," kata Aryan lalu bangun. Lantas Iris menahan lengan suaminya.

"Ustaz kata jangan keluar," kata Iris. Dia rasa tidak sedap hati.

"Buka je. Mana tahu dia cari ustaz," pujuk Aryan lembut. Iris mengangguk.

"Saya siapkan makan dahulu lah," kata Iris sebelum berlalu ke dapur.

Aryan membuka pintu akhirnya. Terkejut dia. Ayahnya berada di hadapan rumah.

"What are you doing here, papa?" Tanya Aryan terkejut. 

"Mama sakit. Jom, balik," ajak Tan Sri Amran. Aryan terkejut.

"Bila?" Tanya Aryan. Wajah keruh ayahnya dipandang sayu, Mesti mamanya sakit teruk.

"Baru lagi. Aryan tengokkan lah mama tu," kata ayahnya. Aryan lantas ke bilik dan mengambil beg duit sebelum keluar. 

Tan Sri Amran sudah menunggu di dalam kereta Alphardnya. Hujan yang mulanya renyai kini semakin kebat. Aryan berlari anak masuk ke dalam kereta ayahnya. Kereta itu dipandu oleh Tan Sri Amran meninggalkan perkarangan rumah Ustaz Amri.

"Aryan, mari makan," panggil Iris. Tiada jawapan. 

Dia berjalan ke ruang tamu, tiada. Di bilik, tiada. Pintu rumah yang terbuka membuatkan Iris gelisah. Tak akan Aryan keluar. Iris lantas pergi ke hadapan pintu rumah. Hujan yang lebat menghalang pandangannya untuk mencari Aryan. Tak mungkin Aryan akan keluar waktu hujan ini.

"Saya nak awak dan Iris duduk dalam rumah. Jangan keluar." Pesanan Uzstaz Amri terngiang di gegendang telinganya. 

Iris menutup pintu. Dia berlari ke bilik. Beg duitnya tiada. Hanya telefon. Iris gelabah. Lantas dia menelefoni Ustaz Amri.

"Assalamualaikum, ustaz. Aryan keluar. Saya nak buat apa ni? Saya tak tahu dia kat mana?" Kata Iris takut.

"Jangan buka pintu kalau ada orang ketuk. Tunggu saya balik. Saya dalam perjalanan ni," arah Ustaz Amri.

Iris semakin takut. Hujan semakin lebat. Langit yang cerah menjadi gelap seperti malam. Lantas dia membuka lampu.

Bunyi mengilai dari luar rumah menambahkan takutnya. Menggigil dia duduk di ruang tamu sendirian. Takut bukan kepalang. Seram.

Ketukan pada pintu membuatkan Iris terkejut. Jangan buka Iris.

"Iris, Aryan ni," laung orang yang mengetuk dari luar. Iris terkejut. Suara Aryan!

Tanpa berfikir panjang, dia membuka pintu. Aryan berada di hadapan pintu tersenyum.

"Awak pergi mana?!" Marah Iris. Lega rasanya.

"Maaf, papa datang bagitahu mama sakit. Saha pergi je. Saya lupa awak. Tu yang saya datang nak ambil awak," kata Aryan lembut.

"Mama sakit apa?" Tanya Iris.

"Tak tahu. Papa tak bagitahu lagi," balas Aryan. Aryan menarik tangan Iris untuk mengikutnya.

"Eh, ustaz kata jangan keluar." Iris mengingatkan Aryan.

"Tapi, mama sakit kan. Kita kena pergi," pujuk Aryan. Iris diam sekejap sebelum mengangguk setuju.

"Sekejap saya nak ambil tudung," kata Iris sebelum berlalu mengambil tudung.

Selepas menyarungkan tudung, dia mengikut Aryan masuk ke dalam kereta yang dibawa Tan Sri Amran. Hampir basah dia dek hujan yang turun dengan lebat.

Aryan disebelah dipandang. Iris terkedu.

"Kenapa awak tak basah? Bukan awak kena air hujan juga?" Tanya Iris seperti orang bodoh.

Aryan memusingkan kepalanya menghadap Iris. Matanya berubah tajam. Senyuman sinis diberikan. Perlahan-lahan wajahnya berubah. Menjadi ngeri.

Iris menjerit kuat. Kereta sudah dipandu.

"Iris." Suara Aryan dari seat belakang. Ash lantas pusing. Aryan dalam keadaan lemah terbaring. Beberapa cakaran lada lengan dan lehernya.

Aryan yang di sebelah di pandang. Tiba-tiba Aryan di sebelah hilang dan muncul sebagai makhluk lain di tempat duduk bahagian hadapan.

Makhluk hitam yang berbulu pendek. Bertaring, botak dan bertanduk empat. Dua pendek dan satu lagi panjang membengkok hingga ke bawah telinga yang panjang. Berekor panjang. Berkuku panjang.

Mulut Iris seperti dikunci. Dia seperti beku di situ. Tidak dapat bergerak mahupun berfikir.

Tan Sri Amran yang memandu memandang Iris dari cermin pandang belakang. Mata mereka bertembung.

Perlahan-lahan Tan Sri Amran memusingkan kepalanya 180° menghadap Iris. Berbunyi segala tulang di leher.

"Kau, aku punya!" Bergema kata-kata Tan Sri Amran.

Iris masih tidak dapat buat apa-apa. Makhluk yang berada di sebelah Tan Sri Amran bersorak mengejek.

Masya Allah, apa yang berlaku ni!






Bloody MarriageWhere stories live. Discover now