Bab 10

5.8K 323 15
                                    

"Kau nak ajak aku pergi mana ni? Kau jangan nak memandai ajak aku tempat yang merapu eh," bebel Aryan pendek apabila melihat pemakaian super gothic isterinya. Ini memang gila.

"Tak ada benda yang merapunya. Cepat siap. Make it sure pakaian super bad boy jugak. I trust you," kata Iris lalu berjalan ke muka pintu.

Aryan yang kini berada di hadapan almarinya semakin bingung untuk memakai baju apa. Kemeja dengan suit banyaklah. Dah lama tinggalkan perangai tak semenggah tu. Tiba-tiba otaknya teringatkan sehelai baju belang hitam dan putih yang dihadiahi Arimi beberapa tahun lepas. Apa kata pakai baju tu dengan skinny jean ripped pada lutut. Rasanya okey kot

Siap sahaja Aryan berpakaian, dia terus turun ke bawah dan menuju ke arah Iris yang sedang bersandar pada BMWnya. Aryan membuka almari kasutnya lalu mengeluarkan sepasang kasut jenama Vans bercorak bintang sebelum memakainya.

"Siap? Comelnya baju belang tu. Dah, jom," kata Iris lalu berjalan ke garaj belakang rumah diikuti Aryan.

"Are you serious nak bawa binatang ni?" Tanya Aryan terkejut apabila Iris membuka kain yang berada di atas Ducati Streetfighternya.

"A'ah lah. Baru rare sikit," kata Iris dengan senyuman.

"Err, aku ke yang kena bawa?" Tanya Aryan dengan mjuka toyanya.

"Habistu, tak akan lah saya bawa awak bonceng. Sonsang tu, sayang. Or, awak sebenarnya tak rei bawa motor?" Iris menjerat Aryan.

"Retilah! Cuma dah lama tinggal semua ni. Last aku menggila dengan Kawasaki Ninja masa umur aku 21. Sekarang dah 24 kak oi," Aryan berdalih.

"Tak apalah. Kalau accident, kita accident sama-sama. Kalau mati, saya akan pastikan awak selamat dulu," kata Iris dengan senyuman yang manis.

"Ok lah."

~///~

Iris melangkah masuk ke dalam skateboarding center yang dibukanya lima tahun lalu. Sudah tiga minggu dia tidak meluangkan masa dengan member groupnya ini. Tidak ramai hari isnin. Selalunya student Uni  yang tak ada kelas saja pergi. Maklum lah dekat dengan kampus dia orang kan.

"Eh, leader. Lama tak nampak. Busy sangat ke?" Tegur seorang lelaki yang bari memberhentikan skateboard decknya di hadapan Iris.

"A'ah. Busy sikit. So, ada apa-apa berita buruk ke baik?" Tanya Iris dengan matanya melilau memerhati keadaan skateboarding centernya.

"Everything alright, leader. Woah, tangan berinai siot. Siap ada dua cincin. Bos uruskan majlis orang ke, uruskan majlis sendiri ni?" Tanya Ifli yang datang secara tiba-tiba bersama pennynya.

"Cepat kau tangkap eh. Kenalkan lah, ni suami aku. Nama dia Aryan Nawfal," Iris mengenalkan diri Aryan kepada Ifli dan Ridh.

"Weyh! Leader dah kahwin, sial!!" Jerit Ifli kuat membuatkan semua orang berkumpul pada mereka berempat.

"Leader, ye ke? Woah, tak ajak eh. Nak juga merasa nasi minyak," kata Z-Lynn dengan reaksi muka meluatnya.

"Bukan tak nak ajak, tapi korang tak sesuai pergi sana," balas Iris dengan senyumannya.

"Asal? Sebab kita orang miskin? Semua dekat sana kaya raya?" Tanya Aieyz seperti tidak puas hati.

"Jangat nak merapu yer. Actually aku ingat nak ajak kau orang makan dekat tempat biasa. Baru seronok. Boleh kita menggila. Tak akan lah aku nak menggila masa wedding aku. Okey?" terang Iris kepada member-member gengnya.

"Okey!" Sorak mereka beramai.

"Leader, kenalkan lah hubby leader ni," pinta Fiz-R.

"Okey. Semua dengar sini. Aku nak kenalkan suami aku ni. Nama dia Aryan Nawfal. Kerja ahli korporat. Umur 24 tahun," Iris mengenalkan suaminya untuk kali kedua. Aryan pula hanya tersenyum kepada mereka.

Bloody MarriageWhere stories live. Discover now