Bab 21

2.8K 211 15
                                    

"Saya tak bunuh ayah. Awak percayakan saya? Saya betul-betul tak bunuh ayah. Saya tak boleh gerak masa tu. Saya tak bunuh ayah," rengek Iris tanpa henti. Air matanya berjujuran jatuh ke pipi.

"Ya, saya percaya. Istighfar, Iris," pujuk Aryan sambil menarik Iris ke dalam pelukannya.

Ibunya telah pergi dan sekarang ayahnya pula. Abang-abangnya pula sudah tidak percayakan dia. Sepanjang penyempurnaan jenazah, langsung abang-abangnya tidak bagi dekat. Menghalangnya membantu.

"Kau keji, Iris! Kau bunuh ayah!" Seperti petir tuduhan itu. Laju menusuk kalbu. Peritnya!

"Iris," tegur Aqlan yang baru sahaja pulang dari tanah perkuburan.

"Abang Aq, sumpah Iris nak bagi ubat tu. Tapi, Iria tak boleh gerak. Abang Aq kena percayakan Iris," rayu Iris hingga mahu melutut tetapi Aryan cepat menahan.

"Abang Aq percaya. Tapi, Iris bagi lah yang lain tu reda dulu. Sekarang ni, cerita dengan Abang Aq, apa masalah kau orang ni?" Tanya Aqlan. Dah lama dia perhatikan mereka berdua.

Sesuatu yang tak kena. Banyaklah yang tak kenanya. Dimana mereka tinggal sekarang juga agak pelik. Bukan sikit, tapi banyak.

"Kita orang disihir," balas Aryan.

💞💞💞💞💞

Aryan memberhentikan keretanya di hadapan McD. Iris yang lena dikerling. Berat ujian isterinya. Moga Allah permudahkan segalanya. Aryan keluar dari kereta. Dia perlu ke tandas dan McD lah yang paling dekat sekarang ni.

Selepas 10 minit, Aryan kembali ke kereta. Beg kertas McD diletakkan elok di tempat duduk belakang. Iris yang tidur dengan kepalanya berpaling ke arah tingkap dibiarkan. Dah nak masuk waktu maghrib dan dia perlu segera cari tempat untuk solat.

Beberapa kilometer Aryan memandu, sebuah surau perkampungan sebelum masuknya ke dalam kampung di mana rumah Ustaz Amry terletak dijadikan destinasinya untuk menunaikan solat maghrib.

Iris yang masih terlena itu dikerling. Dengan perlahan, bahu wanita itu ditepuk bagi mengejutkannya.

"Iris," panggil Aryan sambil menepuk bahu isterinya.

Kepala Iris berpusing 180° menghadap Aryan laju. Habis berbunyi segala tulang di tengkuk itu. Dan itu tidak mengejutkan Aryan. Yang sangat mengejutkan ialah wajah isterinya. Separuh wajah Iris yang cantik dan separuh lagi adalah tengkorak yang terdapat ulat berjuntaian. Aryan kaku. Keras dia di tempat duduknya.

"Kau tak akan menang wahai kaum Adam! Kau akan sentiasa kalah dan kalah," kata Iris atau hanya tubuhnya sahaja dan di dalam itu adalah makhluk lain. Bergema segenap pendengaran Aryan.

"Kau sujud pada aku! Dan aku berikan segala apa yang kau mahu!" Kata makhluk itu dengan iris matanya semakin mengecil.

Makhluk itu membuka pintu kereta dan terus berlari keluar. Berlari dengan empat kakinya seperti anjing. Dia berlari ke arah hutan.

Aryan yang separuh sedar lantas keluar dari kereta dan mengejar.

"Iris!" Laung Aryan kuat dengan dirinya berlari sekuat hati.

Hari semakin senja. Awan yang tadinya bewarna oren telah bertukar kelam kelabu. Tetapi demi isterinya, Aryan tetap berlari masuk ke dalam hutan. Masih mengejar tubuh isterinya yang dibawa lari oleh makhluk itu.

Beberapa orang penduduk di situ perasan akan Aryan yang berlari laju menuju ke hutan. Hari sudah senja, bahaya masuk ke hutan.

"Ikut lelaki tu, Samad. Bahaya ni. Dah nak masuk maghrib," arah Pak Imam Daud kepada Samad iaitu menantunya.

Bloody MarriageWhere stories live. Discover now