Bab 12

5.6K 334 39
                                    

Iris termenung seketika di meja kerjanya. Malam semalam? Tak payah cakap. Memang gila! Perkara semalam seperti terngiang-ngian di ruangan ingatannya. Aryan seperti memainkan perasannya. Suaminya itu cintakan wanita lain. Tetapi mengapa Aryan menyentuhnya semalam. Sedangkan Aryan langsung tidak mencintainya. Argh! Buntu!

Sedang sibuk mengenangkan masa hadapan, bunyi ringtone phonenya memekak bagi menandakan ada mesej masuk. Sekali pandang di screen lock, terdapat nama Aryan. Untuk apa ni? Nak ajak keluar makan ke? 

Aryan Hubby : Salam. Aku tak tahu nak mula macam mana. Tapi, pasal hal semalam tu, kau lupakan je lah. Maaf. Aku ikut sangat kata nafsu. Maaf lagi sekali kerana semalam hanya nafsu semata-mata.

Jantung seperti tidak lagi mengepam darah ke seluruh badan. Seperti juga hati ini tidak lagi memproses hempedu. Seperti juga ginjal ini tidak lagi mempunyai alveolus mahupun bronkus. Seperti jasad ini tidak lagi bernyawa. Segala persoalan yang berlegar di minda sudah terjawab. Sahih lagi nyata dari tuan badan. Terasa dada ini berombak menahan sebak. Tetapi, dia tak akan mampu mengeluarkan air matanya.

Dengan langkah yang lemah, dia bangun lalu mencapai beg tangannya sebelum keluar dari butik tanpa memesan apa-apa pada Zara mahupun pekerja-pekerja lain. Kunci kereta Proton Iriz dikeluarkan dari beg tangannya sebelum menghidupkan enjin kereta itu. Lama dia terdiam seorang diri sebelum memulakan pemanduannya menuju ke arah Mid Valley. Pertama, lebih baik dia menenangkan hatinya dengan menonton wayang. Cerita apa ya? Apa-apa je lah.

Sesampai sahaja dia di depan Mid Valley, tujuan pertamanya ialah movie. Wajib tonton cerita thriller ataupun action waktu tengah sedih ni. So, pilihan hati kata tengoklah cerita Deadpool. Adalah juga bahan tawa. Sekurangnya Ryan Reynolds tu handsome lah juga nak buat cuci mata. Tak pun Ed Skrein tu pun jadilah.

Selepas movie, dia sibuk membelek handbag. Terasa macam nak beli handbag baru. Apa salahnya. Sedang sibuk dia membelek sling bag berjenama Prada, hidungnya seperti terbau seusatu yang sangat dikenalinya. Terus dia berpusing untuk mencari arah bau itu. Tekaannya tepat sekali. Aryan dan Arimi sedang berjalan menuju ke escalator tidak jauh darinya. Lunch hour. Of course lah keluar sama. Iris hanya memandang suaminya itu.

Mata mereka bertentangan. Nampak sedikit gelisah riak wajah Aryan. Iris hanya menghadiahkan senyuman ikhlas kepada suaminya. Nanti dia ingat aku tak bagi dia keluar dengan Arimi karang. Haru.

~///~

Masa bergerak dengan pantas. Jam yang berdetik seperti terlebih laju. Projek besar perkahwinan ahli politik negara perlu dilaksanakan mingu ini. Memang tiada masa langsung nak balik rumah. Semenjak peristiwa mesej kejam dari Aryan dua bulan lepas itu, Iris memang jarang balik awal. Kononnya banyak kerja. Tapi, apa Aryan nak kisah.

Iris menyediakan prop bagi pelamin. Jarum jam sudah berganjak ke angka sepuluh. Bukan A.M kawan. Dah P.M. Butik pun dah tutup. Hanya tinggal dia seorang membuat kerja. Tak apa. Aryan dah kata dia balik lewat teman Arimi shooting. Al-maklumlah. Dia tu model tetap Anna Sui dan Bvlgari. Untunglah. Dah lah cantik, terkenal pula tu. Apa sajalah sangat dengan manusia nama Iris Adelia binti Tan Sri Amzar ni.

Iris membuat keputusan untuk balik memandangkan hampir larut malam. Kereta dipandu menuju ke rumahnya. Semasa dalam perjalanan dia ada berhenti di restoran untuk membungkus makanan. Makan malam-malam buta. Memang kau ada impian nak gemuk ke? Biarlah, perut lapar. Senak pula.

Selepas membeli makanan, dia terus pulang ke rumah. Nampaknya Aryan masih lagi belum pulang. Biarlah dia. Nanti pandailah dia cari bini dia kalau nak tidur nanti. Tapi, sekarang Aryan semakin mengelak untuk tidur sekatil dengannya. Acap sekali dia tidur di ruang tamu. Alasannya tidak mahu mengganggu Iris tidur. Nonsense.

Bloody MarriageWhere stories live. Discover now