Bab 18

4K 254 34
                                    

Isteri kepada Ustaz Amri yang memakai niqab membuka pintu rumah. Ustaz Amri menjemput Iris dan Aryan masuk ke dalam.

"Kamu berdua boleh gunakan bilik tetamu yang itu. Rumah ni tak besar. Harap selesa," kata Ustaz Amri.

"Terima kasih, ustaz. Ustaz dah bagi tumpang pon kami dah cukup bersyukur," balas Aryan dengan senyuman.

"Rehatlah dulu. Nanti maghrib kita pergi surau sama-sama," kata isteri Ustaz Amri lembut.

"Terima kasih," ucap Iris sebelum dia dan Aryan melangkah masuk ke dalam bilik. Aryan terus duduk di atas katil Dia termenung. 

Iris pandang Aryan. Lima minit mereka berkeadaan begitu. Aryan termenung melihat luar tingkap dan Iris hanya memandang Aryan dari sisi. Iris mendekati Aryan. Dia melabuhkan duduk di atas riba Aryan membuatkan suaminya itu terkejut. Iris tenung mata Aryan sebelum memeluknya. Aryan membalas pelukan itu lambat-lambat.

"I miss you," ucap Iris perlahan. Aryan mengetatkan lagi pelukan.

"I'm sorry. For let that thing control my body. For not be able to stop that thing hurting you. I'm sorry, dear," kata Aryan dengan suara yang serak.

🚀🚀🚀🚀🚀🚀

"Iris, ingat eh macam mana caranya. Sebelum tidur, baca tiga kul sampai terlelap. Insha Allah, Allah bagi penunjuknya," pesan Ustaz Amri. Iri s angguk perlahan.

"Kami masuk tidur dulu lah." Aryan meminta izin untuk ke bilik.

Sampai sahaja di bilik, Iris membuka tudungnya. Aryan sudah terbaring di atas katil terlebih dulu. Iris seperti biasa meletakkan beberapa jenis produk di muka sebelum dia melelapkan matanya. Selesai semuanya, Iris baring disebelah Aryan. Dia memulakan bacaannya. Perlahan-lahan dia leka falam bacaan sendiri. Tiba-tiba kedengaran Aryan membuka voice message dari seseorang. Khusyuk Iris terganggu. Iris mendengus kecil. Dia cuba lagi untuk khusyuk dalam bacaan tiga kul. Sekali lagi Aryan membuka voice message.

"Aryan. Saya cuba nak fokus dalam bacaan saya dan awak boleh tolong guna earphone tak? Ganggu!" Iris geram. Aryan terkebil-kebil. Perlahan Aryan mematikan telefon pintarnya.

Iris sambung bacaannya. Dia terlena.

Kelihatan ada seorang perempuan baring membelakangi di atas lantai. Iris perlahan mendekati wanita itu. Bahu wanita itu disentuh. Panas yang amat badannya. Dia nekad. Dia mahu melihat siapa wanita itu. Bahu wanita itu ditarik. Dan...

Iris terjaga dari mimpinya. Dia berpeluh. Tangannya yang terasa panas dipegang. Masya Allah, kenapa real sangat? Aryan yang masih nyenyak tidur dipeluk erat. Pelukan Iris mengganggu tidur Aryan.

"Iris, kenapa?" Tanya Aryan. Iris menyembamkan mukanya di dada suaminya.

"Mimpi culprit," balas Iris. Aryan terdiam.

"Lelaki ke perempuan? Siapa?" Tanya Aryan tidak sabar. Iris mrnggeleng.

"Perempuan. Tapi saya tak nampak muka dia. Saya terjaga," balas Iris. Aryan mengetatkan lagi pelukan. Kepala isterinya dikucup.

Jam 4:30 pagi, pintu bilik Aryan dan Iris diketuk. Ustaz Amri mengajak kedua mereka solat malam atau dipanggil qiam mulail. Selesai solat dunat hajat, tahajjud dan tasbih, mereka membaca al-Quran bersama.

Bush!

Kedengaran sesuatu terjatuh dari atas bumbung. Ustaz Amri mematikan bacaannya. Begitu juga Iris, Aryan dan isteri Ustaz Amri, Anisah. Ustaz Amri membuka pintu tepi rumahnya. Sekujur jenazah yang dibalut dengan kain kafan terbaring membelakangi di atas tanah. Senang cerita, pocong.

"Masya Allah," ucap Ustaz Amri. Makhluk itu Memusingkan badannya menghadap mereka. Iris lantas mengalihkan pandangannya. Astaghfirullah hal azim, hanya Allah sahaja yang tahu bertapa ngerinya wajah itu.

Bloody MarriageWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu