BAB 3

7.2K 603 24
                                    

TIGA
• BUAT HAL •

Dalam masa lima minit yang terakhir, Naufal mengambil keputusan untuk membuat rondaan di sekitar kantin semula untuk memastikan pelajar sudah mula beratur untuk naik ke kelas. Namun, matanya menangkap sebuah pergaduhan secara besar-besaran yang menjadi tumpuan orang ramai.

Kehadirannya menjadikan orang ramai mula berhenti bersorak bagi menambah minyak di dalam api. Pergaduhan perempuan selalunya tak seteruk ini. Dia amati kedua-dua wajah mereka sebelum mengecam muka Maira.

"Maira?"

"Ehh abang pengawas?"

"Apa yang jadi ni?!" Maira terkejut apabila Naufal melihat pergaduhan itu meninggalkan kesan apabila pesaing Maira dihinggapi kecederaan di bahagian pipi.

Itu bermakna tidak kurang kuatnya juga penumbuk si Maira. Maira bangun dan terus melepaskan pesaingnya. Tiada sedikit pun luka di muka Maira kalau mahu dibandingkan dengan muka Aidana.

"Bang, dia memang sengaja nak sakitkan Aidana. Dia yang cari pasal dulu" rakan-rakan Aidana mula menyebelahinya. Aidana senyum sinis walaupun muka dia hancur dibelasah Maira. Lebam sana sini supaya tidak kerek apabila bercakap dengan orang yang lebih tua.

Pergaduhan yang berpunca daripada ejek-mengejek itu terus terjebak ke dalam belasah-membelasah apabila nama mak ayah disebut-sebut dan dihina.

Siapa saja yang tidak marah apabila nama mak ayah dihina? Bak kata author, kau boleh hina aku, tapi jangan pernah sekali pun hina mak ayah aku. Mak bapak tak ajar? Aku saja yang degil nak dengar nasihat, bukannya dia orang tak pernah nak ajar.

Berbuih mulut dia orang asyik pesan. Suruh itu dan ini, tapi aku hanya ambil ringan. Jadi, jangan sewenang-sewenangnya kau kata mak bapak tak ajar. Kau kalau kena dekat orang yang tough, lunyai kau dikerjakan. Ingat, kerana mulut badan binasa.

"Betul ke ni?"

"Betul bang. Dia yang cari masalah dulu" sokong saksi lain seperti disogok duit yang banyak untuk bercakap bohong.

Maira memandang Naufal. Diam tidak terkutik. Apalah dosa aku. Dia dengan rela hati mengikut Naufal ke bilik pengetua untuk soal jawab bersama pengetua.

S K I P 

"Kenapa kamu buli junior kamu sendiri?" soal pengetua.

"Dia mula dulu" jawabnya ringkas.

"Betul ke Naufal?"

Naufal menggeleng sebelum menjawab pertanyaan pengetua. "Ramai saksi yang mengatakan dia ni yang cari masalah dulu sebelum pergaduhan tu timbul. Saya pun tak tahulah apa yang digaduhkan dia orang. Macam kanak-kanak ribena je nak gaduh-gaduh. Tak swag langsung"

"Okay, terlebih maklumat dah tu" pengetua menggeleng. Tiga patah perkataan soalan diberi, berpatah-patah perkataan jawapan diterima.

"Hehe.. maaf pengetua. Teruja" Naufal tersengih.

Maira menunduk. Dehek mu teruja. Senanglah kau kata, kau tak nampak siapa yang mulakan dulu. Dunia ni penuh dengan ketidak adilan. Bencinya!

"Betul ke Maira Aleeya?"

"Tak betul. Perempuan tu hah yang gila datang mari serang nama mak ayah saya. Pengetua fikir saya mampu untuk berdiam diri? Hurgh, sakit kepala"

Pengetua berdehem.

"Anda fikir anda sahaja yang sakit kepala? Saya pun samalah. Kamu semua ni memang suka menyakitkan kepala otak saya" pengetua mengurut-ngurut kepalanya.

"Urmm.. pengetua nak saya tolong urutkan? Saya sedia berkhidmat" Naufal berseloroh di tepi.

"Tak payah. Kamu ni, kalau ada lagi bertambah migrain saya. Kamu tunggu di luar sementara saya akan memikirkan hukuman apa yang sepatutnya diberi pada Maira" pengetua menjuihkan mulutnya ke arah pintu.

Naufal bereaksi sedih. Wuu, pengetua menghalau tampaknya. Terpaksalah duduk di luar. Ingat nak saksikan secara live hukuman apa yang dia kena nanti. Haduh, pengetua-pengetua. Naufal bermonolog di dalam hati sebelum mengambil langkah berat keluar dari bilik pengetua.

Kini, ruangan bilik pengetua hanya berbaki dua orang manusia yang sama jantina.

"Macam mana?"

"Kalau, pengetua nak hukum saya. Hukumlah. Saya tahu dunia ni tak pernah adil. Sebab tu saya dah bersedia" Maira menjawab apabila pengetua bertanya.

"Hurmm.. kamu jujur dengan saya, saya tak akan hukum kamu. Kalau kamu tak berlaku jujur dengan saya, kamu akan dihukum setimpalnya. Ingat, hukuman di dunia tak seberat di akhirat. Kalau kamu menipu di dunia, tiada siapa tahu. Tapi, kalau di akhirat nanti, ingatlah. Allah maha mengetahui. Dia tahu segalanya. Berlaku jujurlah"

Maira mengeluh.

"Berpuluh kali arwah mak saya ulang, pengetua. Saya bukannya nak sangat pergaduhan tu berlaku. Sejujurnya, Aidana yang memulakan pergaduhan terlebih dahulu"

Maira memberikan penjelasan. .

"Baiklah. Saya percayakan kamu. Kamu boleh pulang ke kelas semula"

Pengetua melontar senyum sebelum Maira keluar dari situ. Kelibat Naufal yang tampaknya bosan duduk sendiri melayan emosi menangkap perhatiannya. Namun disebabkan Naufal menuduhnya secara melulu sebentar tadi, dia tidak menegur Naufal.

"Hey girl, need a guide to go to your class?" Naufal berkata seolah-olah seperti tiada apa yang berlaku. Maira hanya bermuram durja.

"Bala bala.."

Dia melarikan diri daripada Naufal.

"Ehh Maira! Wait for me!" Naufal mengejar dari belakang.

Sementara itu..

"Farith, tolong panggil Aidana ke pejabat saya" arahan diberi.

"Baik pengetua" arahan diterima.

TBC

Gangster Ke Cute ✓Where stories live. Discover now