BAB 7

6.4K 466 33
                                    

TUJUH
THE SKELETON •

Maira berterima kasih kepada Naufal kerana sudi mendengar luahan hatinya dan disambut mesra oleh Naufal. Mereka berdua sambung berbual sebelum munculnya seorang hamba Allah yang terlampau gedik.

"Ehh Naufal. Kenapa you borak dengan minah kampung ni? No class betul laa" Syafina datang dengan bedak tebal bertepek di muka.

Maira menjeling Syafina sekilas sebelum memandang ke arah lain. Matanya menjadi sakit setiap kali terpandang Syafina. Harumannya menusuk hidung. Keras yang amat bauan minyak wangi yang dipakai. Pakai sebaldi ke apa?

"Ehh darling.. you buat apa dekat sini?" soal Naufal tersenyum lebar.

Maira terjongket kening. Gilalah Naufal ni. Maira memandang Naufal seperti tidak percaya. Tak sangka taste kau macam ni Naufal. Maira menggeleng.

"I datang nak jumpa you laa" Syafina makin berbunga di hati apabila Naufal memanggilnya darling.

"Ohh, Fina kenalkan ni junior kita, Maira. Maira, this is your senior, Syafina" kata Naufal memperkenalkan kedua-dua belah pihak.

Urgh, tolonglah. Aku tak ada senior perangai macam dia. Maira membebel di dalam hati. Sakit mata apabila melihat Naufal bermanja-manja dengan Syafina yang semakin naik miang.

"Urmm, okaylah. Maira pergi dulu"

"Haa k"

K jaa? Ya Allah, tengoklah lelaki ni. Miang keladi jer aku tengok. Maira semakin sakit hati. Dua-dua jadi miang keladi. Mungkin seorang ulat beluncas dan seorang lagi keladi. Memang serasi.

Naufal memerhati Maira pergi sebelum dia menolak Syafina daripada duduk berhampirannya. Aish, meremang bulu roma bila panggil Syafina "darling" sebentar tadi.

Tapi, usaha itu agak lumayan apabila Maira kelihatan agak cemburu.

"Kau berambus"

"Baby, kenapa you buat I macam ni?"

"Sibuklah kau ni. Sebelum aku berbabi dengan kau, better kau pergi" Syafina terus menjauhkan diri daripada Naufal. Sikap Naufal yang tidak ditunjuk kepada pelajar lain akan keluar kalau dia marah.

Hanya pelajar senior terdekat sahaja yang tahu betapa dasyatnya dia apabila mengamuk.

F L A S H  B A C K

Lima orang pelajar berbadan gempal datang mengerumuninya. Naufal kenal mereka. Mereka adalah pelajar senior, tingkatan lima. Mereka memang terkenal dalam kegiatan membuli pelajar baru dan pelajar yang lebih muda daripada mereka.

"Bagi duit"

"Aku tak ada duit" Naufal cuba berbohong.

"Macam mana kalau aku jumpa duit? Kalau aku jumpa duit dekat kau, aku tumbuk kau" salah seorang daripada mereka mengugut.

"Betul, aku tak ada duit" Naufal masih cuba untuk mempertahankan diri.

"Check"

Lelaki tu mengarahkan rakan-rakannya untuk memeriksa tubuh Naufal namun dia cuba untuk melawan..

Gangster Ke Cute ✓Where stories live. Discover now