BAB 26

3.9K 312 11
                                    

DUA ENAM
PENGAWAS POYO •

Telinganya menangkap bunyi-bunyian yang agak mengacau ketenteraman lenanya. Terpisat-pisat Maira bangun dari lena. Kelopak matanya yang terasa gatal digosok perlahan sebelum mencari-cari kelibat Naufal. Mana pulalah dia pergi?

Matanya beralih pada kamar mandi yang daripada tadi asyik berbunyi.

Krek...

Pintu bilik mandi tiba-tiba terbuka. Mata Maira membulat apabila melihat keadaan Naufal yang hanya berkain tuala di pinggang. Naufal melangkah keluar dari bilik dan terus meraup rambutnya yang agak basah ke belakang.

Dup dap dup dap..

"Apa benda kau ni Maira? Jantung, jangan buat hal. Aku bagi sebiji kang" gumamnya sendiri.

"Dah bangun?"

Maira senyum senget. Aduhh, suaranya di pagi hari ini. Sungguh mengancam. Apa yang kau fikir ni Maira? Sila jangan kotorkan otak anda.

"Er.. Ya.. Dah" tangan terus mencapai cadar. Disebabkan tak nak bersemuka dengan Naufal, dia pura-pura mengemas katil. Haih, berbahang muka ni. Kenapa dia keluar tanpa baju pula ni?

Naufal mendekati Maira dengan senyuman melebar. Dia tahu apa yang gadis itu fikirkan. Bukannya dia sengaja pun buat macam tu. Dia lupa nak bawa baju sekali masa mandi tadi.

"Dah.. Dah pakai baju dah. Blushing bebenor nampaknya" usik Naufal.

"Eee... Mana ada. Dahlah kita balik cepat" menggelabah Maira mengawal perasaan malunya. Haish, Naufal ni pun satu. Kalau tak mengusik memang tak sah.

"Haih.. Tak akanlah nak balik rumah dengan tak mandi gini? Tak nak mandi dulu ke? Busuk tahu?" Naufal masih dalam mood mengusik.

"Alaaa... Abang ni. Maira kata lepas Maira mandilah kita balik" makin berbahang wajah Maira dibuatnya.

"Mana ada.. Maira tak kata pun tadi"

"Hishh.. Abang ni... Tak nak kawan" kaki dihentak-hentak terus masuk ke dalam kamar mandi. Naufal menekup mukanya dengan bantal sebaik sahaja Maira masuk ke dalam. Segala tawa berderai jua akhirnya.

"Comelnya!"

******

Zachary memerhati kawasan pagar sekolah. Jam hampir menunjukkan pukul 8.00 pagi. Semua pelajar sudah bersiap-siap untuk masuk ke dalam kelas masing-masing.

Sudah menjadi tugasnya bersama Syaril untuk menjaga pagar hadapan sekolah bagi memastikan pelajar yang datang lewat didenda.

"Nama kau apa? Dari kelas mana?" suara tegas Syaril mengejutkannya. Zachary menggeleng-gelengkan kepalanya. Tak betullah Syaril ni.

Tak boleh ke cakap elok-elok? Nak marah saja kerja. Zachary memerhati kawasan pagar sementara Syaril sibuk mengambil nama-nama pelajar lewat.

Matanya tertumpu pada seseorang. Haih, masih ada juga yang datang lewat. Kalau diikutkan hati malas dia mahu bertugas hari ni.

"kau yang kat sana tu! Nak pergi mana?" laungan Zachary menyentakan Maira yang baru tiba di kawasan sekolah.

Alamak!

××××××

Jantung berdegup kencang apabila satu suara menyerunya. Maira berpaling dan pandang tepat pada wajah pengawas itu. Kenapalah boleh pandang tepat-tepat pula ni.

"Ohh nak lari ya?" soal Zachary sinis.

Ya, memang nak lari tapi anda merosakkan rancangan saya. Maira mengeluh.

"Mana ada.. saya ingat nak pergi tandas sekejap tadi. Er.. sakit perut" Maira tersengih. Pandai-pandai saja dia mahu menipu pengawas otak udang seperti Zachary. Haih, memang tidaklah.

"memandailah kau! Dah pergi sana. Catat nama. Tak padan dengan perempuan datang lambat. Cubalah berdisiplin sikit" Zachary mula berceramah.

Maira mencebik. Dia nak kata perempuan tak boleh datang lewatlah?

"Syaril!"

"Apa?" Syaril menoleh.

"Ni lagi seorang" jari telunjuknya menunjuk ke arah Maira. Maira berjalan menuju ke arah Syaril. Kalau diikutkan hati mahu saja dia ponteng sekolah hari tu.

"Lepas ni ikut aku" Zachary berbisik.

××××××

"kita mula dari sini. Selagi kau tak siap, kau tak akan jejakkan kaki ke kelas"  sinis ayat yang dilontarkan oleh Zachary itu. Maira membuat poker face tanda fine!
Dengan itu mulalah kerjayanya sebagai pengutip dedaun kering yang gugur di kawasan sekolah. Lesen yang diberi oleh pengawas bernama Syaril itu membuatkan dia menjadi pengutip dedaun kering tak berbayar.

Terbongkok bongkok Maira mengutip. Nasib hari itu dia mengenakan baju sukan. Cuba bayangkan dia pakai baju sekolah. Tentu sahaja baju putih itu bertukar menjadi kotor akibat debu tanah yang melekat padanya.

"Tu.. Tu sana lagi," ujar Zachary cuba menyakitkan hati Maira. Gadis itu menahan sabarnya daripada meletus.

"Guna ni" Zachary menghulurkan sebatang penyapu dedaun kering kepada Maira.

'bodohnya dia ni. Kenapa lah baru sekarang dia nak bagi aku penyapu ni? Hampir satu jam aku kutip kau tau! Kalau nak tolong tu tak pelaa jugak. Ni dok tercegat kat situ cam patung. Eii marah mak aii' menyumpah habis Maira dibuatnya tatkala penyapu dihulurkan.

Dengan adanya penyapu itu, kerja Maira bertambah mudah. Beberapa minit kemudian halaman itu berjaya dibersihkan. Tiada lagi dedaun kering yang kelihatan.

"dah siap. Mana lagi kena bersihkan?" soal Maira sambil mengeluh panjang.

"tak pe takpe. Disebabkan kau buat kerja dengan baik, halaman ni jelah kau kemas. Dah kau boleh balik ke kelas" ujar Zachary dalam nada serius. Maira seperti tidak percaya. Biar betik mamat ni ?

"Thank you!" Maira tersenyum lega. Lantas sahaja dia meninggalkan lelaki itu.

'aku benci kau tapi aku suka berkawan dengan kau. Ehh sejak bila kita berkawan?'

B E R S A M B U N G 

a/n : macam mana dengan bab ni? Yay or nay? Bagilah feedback ya.

Gangster Ke Cute ✓Where stories live. Discover now