BAB 34

3.8K 301 9
                                    

TIGA EMPAT
• BERDUA JER •

Syahira menyarungkan tudung shawl di kepala kemudian dililit sekitarnya sebelum pin rama-rama disemat. Usai menutup aurat dengan sempurna, mereka keluar daripada rumah dengan langkah bertenaga. Maira menggeleng-gelengkan kepalanya. Hiperaktif betullah si Syahira ni.

Oh lupa! Nak jumpa buah hati, memang begitulah gayanya. Bersemangat tinggi.

"Dah pukul 8:30 pagi. Jomlah gerak. Kau drive." Maira menghulur kunci kereta.

"No problem miss Maira." Syahira menyambut dengan senyuman terukir dibibir. Haih, girang bukan main lagi terserlah.

"Seronok ye kau?"

"Itu sudah pasti. Alaaa aku tahu, kau pun excited nak jumpa 'abang' kesayangan kau tu kan?" Dugaan Syahira mengenai tepat pada hati Maira.

"Memang pun."

Mereka berdua tertawa kecil sebelum masuk ke dalam perut kereta. Tidak lama kemudian, kereta pun meluncur di atas jalan raya. Dendangan lagu Playing With Fire yang dinyanyikan oleh kumpulan perempuan Korea Selatan itu merancakkan suasana.

S K I P

Beberapa minit kemudian, dua orang anak dara itu pun tiba di Times Square, tempat perjumpaan mereka. Sekarang, misi mencari The Skeleton. Sekumpulan lelaki paling hangat di pasaran. Eh, macam tak percaya saja Maira yang cakap semua ni. Mesej masuk bertimpa-timpa. Waduh-waduh mereka semua ini.

Baru sahaja jari mahu membalas mesej, tiba-tiba seseorang menghubunginya. Zarief.

"Assalammualaikum. Maira, dekat mana? Dah sampai ke belum?"

"Waalaikumsalam. Maira ada dekat tingkat floor ni. Abang dekat mana? Maira pergi sana" ujarnya tak sabar-sabar. Nasib baik Zarief call, kalau tidak memang mencarilah mereka ke hulu dan ke hilir.

"Pergi tingkat 3, MacDonald. Don't late. This is an order.. " kedengaran Zarief seakan-akan berjeda.

"Kalau lambat, kena denda!" suara Hadiey kedengaran.

Panggilan dimatikan begitu sahaja. Maira tercengang. Dalam hati sudah menyumpah seranah.

Shit. Shit. Shit!

"Siapa telefon tu?" Syahira menyoal.

"Zarief. Dah cepat kita tak ada masa nak sembang. Kita kena cepat." Maira terus menarik lengan Syahira atau lebih tepat memaksa temannya itu berjalan dengan lebih pantas.

S K I P

"you're late two minutes" suara dingin Zarief menguasai diri. Maira menelan liur. Apa tak kena dengan Zarief ni? Seram semacam saja apabila diperhatikan. Seakan-akan ada aura hitam dibalik tubuhnya.

"Maaf sangat-sangat. Kehabisan tenaga berlari-lari sana sini. Janganlah denda kami." Seperti biasa, Syahira terlebih dos. Minta maaf melambung-lambung. Maira memerhati wajah Hadiey. Disebelah jejaka itu ada Naufal.

Mereka langsung tak memalingkan muka ke arah Maira mahupun Syahira. Apa tak kena dengan mereka ni? Ajak keluar sama tapi satu pun tak senyum.

"Tiada maaf bagimu. You're two minutes. We can't forgive you easily." Zarief kekal serius.

Maira senyum sinis.

Gangster Ke Cute ✓Where stories live. Discover now