BAB 21

4.2K 341 7
                                    

DUA SATU
PECAH TEMBELANG • 

Tiger berulang alik di tempat yang sama. Hatinya mula gusar apabila memikirkan pertarungan yang bakal ditempuh bersama musuh nanti. Kelibat anak angkatnya langsung tidak kelihatan. Apa-apa pun dia memang memerlukan Naufal bagi mengetuai pertarungan itu.

"Mana Naufal?"

Fang yang daripada tadi hanya memerhatikannya tersentak apabila ditanya keberadaan Naufal. Sebagai orang kanan Tiger, dia wajib melaporkan segala isu-isu semasa mengenai berita terkini kepada Tiger.

"Inikan minggu cuti, mestilah dia pergi bercuti dengan adik dia." Fang menjawab selamba.

Ceh, aku tengah risau bagai nak gila boleh pula dia senang lenang bercuti. Tiger menggerutu di dalam hati. Kedua-dua tangannya dihentak pada meja dan mata terus memandang Fang.

"Aku nak kau panggil dia tak kira apa pun yang jadi. We need him"

"Baik bos" ujar Fang seraya mengangguk perlahan. Dia menunduk hormat kepada Tiger sebelum beredar dari situ. Apa-apa pun dia harus segera cari Naufal.

S K I P

"So, nak pergi mana ni?" tanya Naufal kepada rakannya. Masing masing menggeleng. Kereta yang dipandu semakin lama semakin deras meluncur di permukaan jalan raya itu.
"Pehal kau drive laju sangat ni?" soal Hadiey kebingungan. Kereta yang dinaikinya itu semakin lama semakin laju. Naufal ni dah kenapa.

"Watch out, someone follow us," kata Naufal gelisah.

Penghuni kereta itu mulai gerun apabila kereta mereka diikuti oleh sebuah kereta besar berwarna hitam. Aksi kejar mengejar itu tercetus apabila kereta hitam itu cuba menyaingi kereta mereka.

Pedal kereta itu ditekan kuat oleh Naufal. Semua orang berpaut kuat antara satu sama lain.

"Fal, slow sikit. Nanti laju sangat terbabas, semua mampus atas jalan raya," marah Zarief apabila kelajuan kereta mereka melebihi meter yang ditetapkan.

"Kita mati sama-sama," ujar Naufal tersenyum sinis. Cermin di tepinya itu dilihat. Kelihatan kereta hitam itu masih mengejar mereka.

Tiba tiba kereta Naufal menjadi perlahan. Kereta hitam itu menyuruhnya berhenti di tepi jalan.

Tanpa rela Naufal berhenti di tepi jalan. Dia keluar menghadap penghuni kereta hitam itu.

Yang lain hanya menanti di dalam kereta. Gelisah jika Naufal di apa apakan oleh orang 'hitam' itu.

Naufal berjalan ke arah kereta hitam itu. Pintu kereta itu dibuka. Tiba tiba Naufal ditarik masuk ke dalam kereta itu. Jejaka itu pun terjerit jerit bagai orang gila. Maira terkejut lalu keluar, mendapatkan Naufal. Hadiey, Farith dan Zarief juga turut keluar.

Hanya beberapa langkah sahaja untuk mereka sampai di kereta hitam itu sebelum mereka berlalu pergi. Maira panik. Ditambah pula dengan pekikan yang dibuat oleh Hadiey dan Farith. Persis pondan baru insaf.

"Naufal!" jerit Hadiey dan Farith serentak. Zarief hanya menggeleng apabila melihat kembarnya terjerit jerit memanggil nama Naufal.

"Dah dahlah tu berdrama Diey. Aku kenal sangat Naufal tu. Dia pandai jaga diri dia," ujar Zarief lalu kakinya melangkah masuk ke dalam kereta. Emily hanya membuat riak selamba. Dia tahu bahawa Naufal ditangkap oleh penolong kanan bapanya sendiri.

"What is going on?" Maira panik. Matanya sudah mula berair tanda mahu menangis.

"woow.. Chill sis. Naufal just kena tangkap dengan orang ayah saya jer. Rileks. Tu mestilah ayah saya nak sesuatu tu," kata Emily cuba menenangkan Maira.

" sesuatu ? Apa maksud Emily ?? " soal Maira bingung. Tak jadi dia mahu menangis.

Emily dan ketiga tiga lelaki itu berpandangan silih berganti. Rasa tidak yakin untuk menceritakan hal sebenar. Beberapa minit kemudian, Emily mula bercerita. Maira menanti dengan penuh perhatian.

" abang saya merupakan salah seorang ahli kongsi gelap. Dia lebih tepat dikatakan sebagai orang suruhan ayah saya. " jelas Emily dengan muka serba salah.

"Apa gelap?" Maira seperti tidak percaya.

"Kongsi gelap kak,"

"Allahuakbar!"

'jadi selama ni, parut yang berada di tangannya itu adalah kesan daripada perlawanannya dengan samseng ?! Mengapa? Kenapa dia tak pernah bagi tahu aku? Kan dia dah janji dia takkan sorokkan apa apa dari aku. Kenapa Naufal? Kenapa? ' Maira mula bermonolog di dalam hati. Kereta yang dipandu oleh Naufal sebentar tadi kini telah bertukar pemandu. Farith bermurah hati untuk memandu kereta itu.

Suasana sunyi sepi. Keadaan tegang membuatkan mereka tidak bertegur sapa di antara satu sama lain. Percutian mereka kali ini diakhiri dengan tragedi.

'aku mesti tanya dia sendiri. Tolong balik dengan selamat Naufal! Abang! Maira sayang abang!' teriaknya di dalam hati. Sekarang dia keliru dengan pilihan hatinya. Adakah dia mahu menerima Naufal atau pun tidak ?? Tengok lah nanti.

Bersambung -

VOTE AND COMMENT 💓💞

Gangster Ke Cute ✓Where stories live. Discover now