BAB 20

4.4K 340 2
                                    

DUA PULUH
MAIRA DAN EMILY

Seperti yang dijanjikan Maira dan Naufal ke Pulau Langkawi yang menjadi destinasi impian para pelancong. Kehadiran Emily itu sering dilihat bersama Maira. Mereka tidak ubah seperti adik beradik kandung. Hadiey menyiku lengan Naufal yang kelihatan ralit menyaksikan permandangan pulau.

"Nak apa kau?"

"Cuba kau tengok adik kau tu. Rapat semacam je dengan Maira. Pelik aku tengok. Orang perempuan memang macam ni eh? Asyik nak berkepit ja" Hadiey menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Pehal? Kau jealous eh? Ke nak jugak berkepit?" Naufal sengih penuh makna. Hadiey menjelingnya sebelum menolak wajah tampan Naufal ke tepi. Eee benci tengok Naufal ni sengih macam kerang busuk.

"Tak yah nak mengadalah kau"

Farith datang dari belakang bersama Zarief yang sibuk menangkap gambar dengan kamera barunya. Mereka berempat berjalan membuntuti jejak Maira dan Emily yang daripada tadi asyik membualkan sesuatu. Naufal tersenyum. Bukan dia tak kenal adiknya yang seorang tu. Kalau jumpa kawan untuk bercakap mesti kecoh. Habis semua benda dia nak ajak borak.

Sementara itu...

"Wahh cantiknya permandangan dekat sini.." gumam Maira sendiri. Dia menghirup udara segar di kawasan kepulauan berair jernih itu. Bukan selalu dapat ke sana.

"Akak suka duduk sini?"

Suara comel Emily menyergah deria pendengarannya. Gila kau tak suka? Duduk sini sekurang-kurangnya dapat kurangkan tekanan berbanding duduk di kawasan bandar tu

"Mestilah"

Emily tersenyum mendengar jawapan Maira. Dia memandang Maira dengan senyuman nipis.

"Akak, kalau saya nak tanya satu soalan boleh tak?"

"Apa salahnya. Tanyalah"

"Kenapa akak suka abang saya?"

Jantung Maira bagaikan berhenti buat seketika apabila soalan itu disoal. Haih, budak ni. Berderau darah akulah.

"Sebab.."

Belum sempat Maira menjawab, suara Naufal memecah suasana. "Guys, kita dah sampai hotel"

Alhamdulillah.

Emily mengeluh. Time macam nilah dia nak kacau.

"Tak apalah nanti sambung okeyh?"

Maira mempamerkan senyuman kekoknya. Baru ingat dah terlepas tadi. Nak disambung pula cerita nanti. Aduh, mengapa?

"Ni kunci bilik encik yaa" seorang Bell Boy menyerahkan kunci krpada mereka dan mereka terus ke bilik masing-masing untuk merehatkan diri. Maira cepat-cepat masuk ke bilik dan diikuti oleh Emily yang berkongsi bilik dengannya.

S K I P

Usai mandi, Maira melihat katil mereka dipenuhi baju-baju. Emily kelihatan bingung dengan pemilihan baju untuk esok hari.

"Kenapa sepah-sepah ni?"

"Ni haa akak rasa baju ni sesuai tak untuk esok?"

Maira memegang bawah dagunya dan berfikir sejenak.

"Sesuai"

"Betul ni?"

Maira mengangguk.

"Baik, bos"

Emily mula berkemas-kemas untuk tidur. "Nanti kejap"

"Ada apa kak?"

"Tolonglah akak pilih baju jugak"

Haha.

Kalau dah perempuan.

"Okay"

Bilik bersepah dengan baju-baju. Entah pakai atau tidak.

S K I P

Keesokan harinya, Maira dan Emily bersiap awal. Mereka menggayakan pakaian yang telah dipilih semalam. Oleh kerana mereka bersiap awal, mereka sempat ke Cafe di hotel itu.

"Jom lah kak" ajak Emily bersemangat. Terdapat sebuah tempat duduk yang berada di sudut Cafe tersebut. Tempat itu menjadi pilihan mereka.

Seorang pelayan perempuan datang menghadap mereka. Muka pelayan itu dihiasi dengan senyuman manis yang terukir di bibir pelayan itu.

"Cik nak minum apa?" tanya pelayan itu dengan nada lembut.

"Kopi ais dua" balas Maira sambil membalas senyuman pelayan itu. Tangan pelayan itu ligat mencatit minuman yang dipesan.

"Makan pula?" soal pelayan itu lagi. Maira dan Emily berpandangan.

"Adik nak makan apa?" tanya Maira lembut.

"Cheese cake" balas Emily perlahan. Matanya ralik memandang sekeliling.

"Ohh okay. Cheese cake dua ya kak" ujar Maira kepada pelayan itu. Pelayan itu mengangguk lalu beredar dari situ.

Beberapa minit kemudian makanan dan minuman sampai. Mereka mula menyantap kek keju yang menjadi sarapan mereka pada pagi itu.

Belum sempat 10 minit berlalu, kek keju itu sudah lenyap masuk ke dalam perut mereka berdua. Kopi ais itu dihirup sehingga ke titisan yang terakhir.

"Mana dia orang ni? Lamanya bersiap" tanya Emily tidak berpuas hati.

"Entah lah. Mengalahkan perempuan bersiap. Kalau berjantina perempuan itu tidak mengapalah. Ini? Lelaki" kata Maira sambil menggeleng gelengkan kepalanya.

S K I P

"KRING!" loceng berbunyi sekaligus mengejutkan penghuni bilik 204. Hadiey bangun terlebih dahulu sebelum rakan rakannya yang lain. Jam loceng itu diberhentikan. Matanya terbeliak apabila melihat masa yang dipaparkan oleh Jam loceng itu.

"Pukul 8 pagi, ya Allah dah lambat!" teriak Hadiey seperti orang gila. Satu bilik itu bergema akibat terkena panahan suara Hadiey.

"Masya Allah Hadiey, kau ni dah kenapa? Apa yang lambatnya" balas Zarief mamai. Rambutnya kusut sekali. Dia memandang Hadiey dengan renungan 'aku mengantuk lagi'

"Tengok jam lah der" kata Hadiey sambil menghulurkan jam loceng itu kepada zarief. Zarief terkejut lantas bersiap siap dengan segera.

Farith dan Naufal bangun lambat sekali. Akibatnya mereka berdua sampai lambat di cafe yang diduduki oleh Maira dan Emily.

"Puas tidur?" tanya Emily sinis. Dijelingnya muka abangnya itu sepuas puasnya. Disebabkan budak lelaki mereka lambat pergi bersiar siar.

"Sorry!" balas Naufal dan Farith serentak. Hadiey dan Zarief tersenyum gembira. Nasib baik mereka turun awal. Kalau tidak, habis senasib dengan Naufal dan Farith.

"Dahlah jom gerak" ujar Maira tidak mahu perkara itu dipanjangkan. Naufal tersenyum lega. Hadiey dan Zarief pun satu. Bukannya nak tolong kejutkan. Nasib baik Maira baik tahap dewa.

B E R S A M B U N G

Gangster Ke Cute ✓Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt