SPECIAL CHAPTER

5.2K 341 26
                                    

MAIRA POV

Kini genap dua tahun aku menyulam kasih bersama si dia. Cinta aku tak pernah berubah kerana dia cinta pertama dan juga terakhir buat aku. Aku tak pernah menyesal mengenali dirinya. Aku bahagia bersamanya.

Cuma, aku tertanya-tanya. Bila kami akan dikurniakan zuriat bersama. Sudah dua tahun aku menanti, namun hasilnya hanya sama. Rumah semakin lama semakin sepi tanpa tawa kanak-kanak.

Tapi, aku bersyukur. Naufal tidak pernah mengadu nak ada anak sebaliknya aku yang selalu berbual soal perkara ni.

"Dah tak ada rezeki, nak buat macam mana. Sabar jelaa," ujarnya lembut. Kepalaku diusapnya perlahan.

Aku rasa serba salah. Mulut mungkin berkata begitu, tapi jauh di lubuk hatinya aku tahu dia pun menginginkan seorang anak. Puan Lydia pun tak pernah bangkitkan soal ini. Dia kata aku muda lagi. Ada banyak masa lagi untuk ada anak.

Dua tahun berlalu, aku kini berusia 19 tahun manakala Naufal pula berusia 20 tahun. Aku pernah tanya dia, kenapa dia nak kahwin muda? Dia jawab,

"Abang nak jaga Maira atas dasar suami dan bukannya kekasih. Abang nak putuskan ikatan haram tu."

Uhuk!

Terbatuk pula aku bila teringat kembali kata-kata dia. Memang aku dua hari dua malam pipi merah sebab terkenangkan benda tu.

"Hai, sayang."

Aku menoleh sebaik sahaja melihat Naufal baru pulang dari tempat kerjanya. Baru bertugas sebagai pelatih di sebuah syarikat. Aku tak kisah dia kerja apa, asalkan hasilnya halal.

"Hai, baru balik?"

"Sebenarnya dah lama. Tapi singgah kedai kejap tadi, beli makanan." Kot hitam yang dipakainya disangkut pada paku di dinding.

Tiba-tiba, Naufal mendepakan tangannya. Aku melihatnya dengan pandangan pelik.

"Nak hug?"

"Tak boleh. Pergi mandi dulu, bau masam!" aku sengaja menyakatnya. Wangian pada tubuh Naufal masih boleh dihidu walaupun sudah bercampur dengan peluh.

"Eee.. Mana ada," Naufal merengek.

"Ada."

"Tak ada"

"Ada."

"Tak ada."

"Ada."

"TAK ADA"

"ADA!"

"Okey fine." Naufal menunduk. Merajuklah tu. Aku tertawa kecil melihat jejaka itu. Dah besar panjang pun masih nak merajuk macam budak kecil. Niko pun tak ada macam tu.

Melihatkan Naufal sudah berjalan menuju ke kamar mandi, aku terus bangun dan memeluknya daripada belakang. Naufal tersentak dengan perlakuanku itu.

"Tadi tak nak hug."

"Saja nak tengok husband sendiri menggedik. Salah ke?" soalku.

"Nakal eh." Naufal terus memusingkan tubuhnya dan melihat aku. Dia mengecilkan matanya.

"Apa?"

"Nak kiss?"

Aku terbeliak. "Amboi, melebih pulak dia ni. Tak nak! Kejarlah kalau mampu," aku terus melarikan diri daripadanya.

"Kalau kejar dapat apa je?" soal Naufal seperti tak berminat. Gila ke apa aku ni ajak orang baru balik dari kerja main lari-lari?

"Hum.. Dapat ni?" Aku menunjukkan bibirku.

Gangster Ke Cute ✓Where stories live. Discover now