BAB 23

3.9K 320 6
                                    

DUA TIGA
RAHSIA SEGALANYA

Maira terkedu. Lidah bagaikan tidak mahu berfungsi seperti biasa. Dalam kekeluan itu, dia tergamam melihat cecair merah pekat yang membasahi tubuh Naufal. Seriously, he looks very creepy.

Naufal duduk di atas katil sambil menanti apa yang mahu dikatakan oleh Maira namun tiada apa yang ingin dibincangkan Maira nampaknya. Disaat Naufal mengerling ke arah gadis itu, dirinya pasti akan memalingkan muka ke arah lain.

Melihatkan keadaan itu terus berlarutan, Naufal memulakan bicara. Inilah pengakhiran hubungan kau dan Maira, Naufal. Apa lagi yang mampu kau buat?

"Jadi.. Apa kata Maira? Abang macam ni, dan tak akan berubah. Abang nak berubah tapi tak boleh. Jadi, lupakan janji kita dulu dan mulakan kehidupan baru. You deserve to get the better one as your partner and sure.. I'm not one of them." Naufal melepaskan keluhan berat.

Pengakuan yang sukar dilakukan itu akhirnya terlepas jua daripada bibir. Segala bebanan dibahu terasa seperti menghilang. Finally, you're do it Naufal. It's okay.

She's deserve to get the better one.

"Abang.. Maira tak tahu nak cakap apa. Buat masa sekarang ni, a-abang bagi Ma-Maira masa dulu untuk fikir." Maira bangun dari posisi duduk dan berkira-kira untuk keluar daripada bilik itu.

Namun, Naufal lebih pantas mencengkam pergelangan tangannya sebelum menarik Maira agar duduk semula di katil. Tangannya yang bersalut darah kering itu melekat sedikit pada pergelangan tangan Maira.

"Buat apa nak fikir lagi? Dah terang lagi bersuluh yang abang ni tak baik untuk Maira. Putus sajalah!"

Maira menepis tangan Naufal daripada terus mencengkam pergelangan tangannya.

"Just give me time, please"

Tanpa menunggu balasan daripada Naufal, Maira bergerak pergi meninggalkan Naufal. Tanpa disedari air matanya laju menuruni pipi dan seterusnya meniti di bibir. Ya Allah, mengapa aku diuji sebegini?

Pintu bilik dibuka dan dihempas kuat sekaligus mengejutkan Emily yang enak tidur. MasyaAllah, akak dah kenapa main pintu ni?

Emily menoleh. Walaupun dia tak bertanya tentang keadaan Maira, Emily sudah dapat memahami keadaan. Siapa lagi yang menyebabkan Maira menangis kalau bukan lelaki tu?

S K I P

Pintu bilik Naufal ditendang kuat. Naufal yang agak terkejut dengan kemunculan ganas Emily, berpura-pura tidak kisah. Dia baru sahaja selesai mandi dan juntaian titisan air masih melekat di rambut.

Emily merenung baju yang dilumuri darah milik Naufal.

"Kenapa adik tengok macam tu sekali?"

"Abang ni bengap ke?"

Naufal terus mati kata. Amaran keras, Emily sedang marah. Tidak hairanlah dia anak kandung kepada Tiger. Sebiji macam bapak dia yang gangster ganas.

"Hurm.."

"I don't need your 'hurm'. Emily nak abang minta maaf dengan kak Maira esok juga atas sebab menipu dia selama ni. Dah tahu tak pandai menipu, kenapa nak menipu. Saja je nak menambah dosa" ujar Emily penuh emosi.

Naufal termenung jauh.

"Do you listen what i'm talking about?"

"Yea? Ohh.. Urm yes" jawab Naufal lambat-lambat. Serabut betullah.

"Perempuan tu anugerah yang dikurniakan Allah. Allah suruh jaga perempuan macam jaga mak kita. Bukannya untuk mendera jiwa dan perasaan dia."

Emily beredar pergi dari situ. Naufal mengeluh. Disebabkan aku kurang kasih sayanglah aku jadi macam ni. Mahu saja dia balas itu pada Emily.

S K I P

Naufal mendengus perlahan. Hatinya berbolak-balik. Betul ke apa yang aku buat ni? Kalau tak buat nanti apa pula yang Emily tendang selepas ni.

Pintu diketuk perlahan. Al-maklumlah, baru pukul 6.00 pagi. Tak mahulah ganggu ketenteraman penghuni hotel lain. Dalam mamai, Maira melihat lubang kecil di pintu.

Entah kenapa hatinya terasa sakit apabila terlihat wajah Naufal. Baginya Naufal hanyalah penipu. Penipu yang berjaya menawan hatinya.

Maira membuka pintu selepas menyarungkan tudung secara ringkas. Wajahnya yang sembab dipedulikan. Hati aku dah hancur pun disebabkan dia. Kenapa aku nak jaga reaksi muka depan dia?

"Apa halnya?"

"Maira..."

Maira menoleh ke belakang, melihat Emily yang lena tidur.

"Shhh. Slow sikit. Tak nampak ke orang tidur?" Maira menjeling. Entahlah, menyampah pula dia tenung wajah Naufal.

"Maaf-maaf. Maira.. Abang nak cakap--"

"Oh pasal semalam tu? Okey, Maira terima. Kita putus jela. Maira tak tahulah kenapa Maira bodoh sangat cakap perlukan masa."

Naufal tergamam. Gadis yang berdiri di hadapannya itu seolah-olah jelmaan orang lain. Hati Naufal bagaikan ditembak peluru berdas-das.

"Bukan tu.. Abang nak cakap, abang minta maaf sangat-sangat sebab tipu Maira. Abang--"

"Enough dude. I don't need your explanation. Just stay away from me. Jangan risau, lepas ni Maira tak akan terserempak dengan abang dah. Maira akan pindah jauh dari sini." Maira membuang pandangan ke arah lain. Tak sudi langsung untuk menoleh ke arah Naufal semula.

"Tapi Maira--"

"Please.. Just go away!" akhirnya Maira menjerkah. Jerkahannya itu membangkitkan Emily dari lena.

"Kak.. Itu semua bukannya salah abang saya. Disebabkan ayah saya, dia dijadikan ahli kongsi gelap. Itu semua bukan kehendak dia kak. Saya harap akak faham, ayah kami bukannya calang-calang orang. Kalau abang bagitahu akak pasal ni, keselamatan akak akan terancam.

Disebabkan sayang dia buat macam tu. Tak akanlah akak sanggup lepaskan dia macam tu je?" Emily memandang wajah Maira yang sudah bertukar reaksi.

Naufal hanya senyum hambar. Tak ada gunanya dah pun. Dia tak nak aku, buat apa aku duduk sini lama-lama? Naufal berkira-kira untuk beredar dari situ namun suara Maira memecah kesunyian di awal pagi.

"abang, Maira..."

B E R S A M B U N G

Vote and Comment 💓💞 SAYA TAK RETI BUAT PART GINI. SENTIMENTAL. HAHAHAHAHA.. MACAM TAK ADA PERASAAN JA.

Gangster Ke Cute ✓Место, где живут истории. Откройте их для себя