BAB 30

3.5K 291 1
                                    

TIGA PULUH
• SPM •

Sebelum jam beralih waktu, seorang remaja perempuan gigih membaca dan menghadam segala nota yang dicatat semasa pembelajaran.

Maira hampir berputus asa dengan subjek perakaunan itu. Semakin kita cuba mendekatkan diri dengannya, semakin susah keadaan jadinya.

"Kau dah sampai dekat mana? Boleh tolong ajarkan aku macam mana nak buat soalan ni?" Syahira menyoal perlahan.

"Meh aku ajarkan."

Pensil dicapai daripada pencil box untuk membuat jalan kira. Sepanjang sesi tutor itu, Syahira hanya mengangguk tanda faham. 

"Assalammualaikum! Boleh aku belajar sekali?" seorang pelajar berbaju biru muda datang dengan buku di dalam dakapan.

Tidak lain kalau bukan Zachary, ketua pengawas sekolah yang paling poyo. Maira mendengus kasar. Apa halnya mamat ni? Dah macam tak ada tempat lain nak belajar.

"Sibuklah kau. Ini tempat kami. Bla sana!" ujarnya persis menghalau.

"Eh tak ada nama kau pun dekat sini?" Zachary membalas. Maira mendengus lagi. Menyampah!

"Kau tak nampak ke dekat sini semuanya perempuan? Tiba-tiba je kau yang lelaki ni nak mencelah dekat sini. Pergilah dekat pondok lelaki sana tu" Maira masih tidak berputus asa menghalau.

Zachary menggeleng. "Tak nak aku. Pondok lelaki penuh. Bising pula tu. Nak belajar pun tak senang," adunya, cuba memberi alasan.

"Tapi--"

"Ahh, sudahlah! Asyik nak bergaduh je kerja korang ni. Kita dah nak masuk dewan nanti. Apa salahnya kalau dia duduk sini sekalipun?" Syahira mencelah.

Pandangannya tertumpu pada Zachary yang masih memegang erat buku di dalam dakapan.

"Duduklah"

"Terima kasih," ucap Zachary dengan segaris senyuman.

Maira hanya buat tak endah. Kehadiran Zachary di situ langsung tidak dipedulikan walaupun jejaka itu asyik-asyik memandangnya.

S K I P 

Tepat pada waktunya, semua calon SPM diminta untuk masuk ke dalam dewan bagi menduduki peperiksaan SPM yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Maira hanya menggeleng melihat telatah Syahira. Gementar habis budak ni. Tangan pun sentiasa lembab dek berpeluh dingin.

"Tenang. Kalau kau jawab dengan menggelabah macam ni, aku tak pasti kau mampu selesaikan soalan" nasihat Maira kepada teman karibnya itu.

"Aku harap tak gementar sangat. Mudah-mudahan, aku dapat jawab dengan lancar."

Mereka berdua terus melafazkan 'aamin'. Zachary yang memerhati dari jauh hanya tergelak kecil sebelum menyampuk.

"Dan.. jangan ada yang tercirit birit pulak sebab tak dapat jawab soalan" tawa dilepas. Syahira turut ketawa, membiarkan Maira melayan perasaan sendiri. Tak habis-habis dengan perang.

"Goodluck, guys!"

Mereka berdua memerhati Zachary beredar pergi. Maira membuang pandangan ke arah lain. Perlahan-lahan, bibirnya mengukir senyum.

'Goodluck too'

S K I P

"Ya Allah, susahnya soalan tadi!"

"Menyesal aku tak ulangkaji sungguh-sungguh"

"Aku takut gagal! Macam mana ni?"

"Bangang betul siapa yang buat kertas soalan ni. Dia fikir kita ni otak macam robot ke?"

Rata-rata daripada calon SPM yang keluar daripada dewan mengeluh hampa. Banyak adu domba yang menyapa pendengaran Maira.

Sesekali dia tersenyum sinis. 'Engkau yang tak nak ulangkaji, lepas tu nak salahkan tukang buat soalan pula. Logik akal ke?' Kalau diikutkan hati, mahu saja dia balas itu.

"Maira.. macam mana soalan tadi? Senang?" Syahira yang datang entah dari mana menyapa temannya itu.

"Boleh tahan senang jugalah. Cuma ada beberapa soalan yang aku agak pening. Aku main tembak!" Maira tertawa apabila teringatkan kaedah yang selalu digunakan jika otak sudah buntu. Tembak sajalah. Kalau ada jawapan tembak tu betul, alhamdulillah, rezeki!

"Samalah macam aku!" Syahira turut tergelak sama.

Mereka berdua bertolak ke kantin untuk membeli makanan. Gementar punya fasal, sarapan pagi tadi langsung tak luak. Masing-masing sibuk menghadap buku.

"Nak makan apa? Aku pergi beli" Maira menawarkan diri untuk membeli makanan.

Syahira mengerling ke arah kantin yang penuh dengan pelajar. Memandangkan Maira sudah menawarkan diri, marilah kita gunakan peluang ini sebaik mungkin.

"Kau beli je laa apa-apa pun."

"Okay!"

Syahira memerhati temannya itu pergi. Barisan semakin lama semakin panjang. Nasib baik Maira yang nak beli. Kalau tidak, memang patah kakilah dia nak beratur.

Apabila teringatkan soal peperiksaan tadi, kata-kata Hadiey serta-merta muncul di minda. Perlahan-lahan, Syahira mengulum senyum.

"Terima kasih, abang"

B E R S A M B U N G

a/n : Vote and comment ya kawan-kawan! Sokonglah cerita saya ni. Rewrite on 17 April 2018.

Gangster Ke Cute ✓Where stories live. Discover now