BAB 18

4.4K 355 29
                                    

LAPAN BELAS
THE BABIES

Soalan ditenung bagaikan mahu tembus papan putih itu. Daripada jam 8 tadi papan putih itu tidak ditulis apa-apa. Bersih daripada dakwat pen marker.

Kosong-sekosongnya.

"Haih, cantik sangat ke muka papan putih tu sampai tenung lama-lama. Dah 30 minit kami tunggu" cikgu Sarah mula membebel apabila Maira tak dapat menjawab soalan yang dianggap tidaklah seberapa HOTS.

Maira diam membatu.

Membebel laa cikgu. Puaskan hati cikgu. Saya akan stay macam ni sampailah masa cikgu habis. Lepas tu say goodbye to me.

"Kalau macam ni lah gayanya, kamu memang tak boleh nak lepas SPM" cikgu Sarah mengeluh.

Matanya beralih pada pelajar lain. "Ada sesiapa nak cuba? Salah tak apa. Cikgu betulkan" soal cikgu Sarah lemah-lembut. Maira senyum. Finally, cikgu dah putus asa nak menunggu.

Seorang pelajar lelaki berkaca mata tampil ke hadapan dengan penuh karisma. Siapa tak kenal Adam Mukhriz yang sememangnya pelajar terpandai dalam sekolah. Lebih-lebih lagi dalam mata pelajaran Matematik. Celah gigi saja bagi dia.

Cikgu Sarah tersenyum lebar apabila melihat Adam menjawab soalannya dalam masa kurang daripada lima minit. Yang menjadi kegemarannya lagi, soalan itu dijawab berdasarkan format yang diberi. Ternyata Adam pelajar kesayangan guru.

Bukan macam Maira.

Ceh.

Tepukan gemuruh dihebahkan oleh penghuni kelas. Hanya Maira yang bertepuk dengki. Ceh, baru jawab satu soalan dah macam jawab beribu soalan dengan betul.

Author : bio laa dia. Kau dengkikan?

Maira : haah. Kenapa? Sibuk jaa author.

Tok! Tok! Tok!

Kelibat gadis bertudung labuh kelihatan di muka pintu dengan senyuman manis. Wajahnya ceria umpama menang tiket loteri. Maira memandang rakannya itu.

"Assalammualaikum" Syahira memberi salam seraya masuk ke dalam apabila cikgu Sarah mengizinkan.

"Waalaikumsalam. Puas dah berdating?" kening dijongketkan tatkala wajah Syahira sudah bertukar merah-kemerahan apabila diusik begitu.

Maira menambah.

"Puaslah tu cikgu"

Syahira menjelingnya. Maira mouthed 'apa kau?'

"kamu diam. Dahlah tak boleh nak jawab soalan. Sibuk jaa nak menyampuk" cikgu Sarah mengenakan Maira kembali. Maira mencebik.

K.

"Dahlah. Kembali ke tempat kamu" cikgu Sarah senyum.

Syahira melangkah ke tempat duduknya semula apabila diperintahkan sebegitu. Dalam perjalanan, entah bagaimana dia boleh terjatuh. Bunyi kuat menguasai kelas.

"Pfft.. Jatuh macam nangka busuk sia. Gemuk gila" Lydia tergelak besar. Sengaja dia sadung kaki Syahira untuk memalukan gadis itu.

Dia masih tak puas hati dengan perkara tadi.

Maira membebel-bebel dalam hati. Syahira yang kurus macam asam keping tu kau boleh kata gemuk? Hell-o macamlah kau tu kurus yang amat? Setakat berat 49 kg, tak payah nak banggalah. Aku 45 kg. Haa, kau ada? Opps, ter-riak pula.

Satu kelas mentertawakan Syahira. Cikgu Sarah kelam-kabut menyaksikan apa yang berlaku. Tiba-tiba jaa pelajar-pelajar aku gelak pasaipa?

"Apa dah jadi ni?"

"ni haa cikgu, dia jatuh. Jalan tak betul" Lydia pantas menjawab.

"Tipu cikgu! Dia yang sadung kaki Syahira. Kau ingat aku tak nampak?" soal Maira terbakar di hati.

"Ehh kau jangan nak main tuduh-tuduh eh? Do you see my innoncent face?" Lydia tidak mahu mengalah.

Maira membebel dalam hati. @$+*#?/"!. Apa masalah perempuan ni? Innoncent lah sangat. Noncent jer aku tengok.

"Kau ni kan"

Penumbuk dilepaskan. Ada aku kisah dia nak melalak meraung sakit. Bila aku marah, aku marah betul-betul. Jangan main-main dengan aku.

Maira tak pedulikan kehadiran cikgu Sarah di situ.

"aku.. m-minta m-maaf" Lydia terus memohon maaf apabila merasakan kolarnya dicengkam kuat oleh Maira. Nak atau tak nak dia terpaksa lepaskan hajatnya untuk mencari gaduh dengan Maira.

Mahu kena belasah.

"Aku nak kau berubah..

Maira berjeda. Dia mengepal penumbuk. Lydia gila menahan takut.

"Kalau tak.. Buku lima aku cium pipi kau.."
Seminggu selepas kejadian itu berlaku...

"Assalammualaikum, Maira"

Maira senyum.

"Waalaikumsalam, Lyd. Kau nak pergi mana ni? Nampak macam rushing jaa" soalnya.

"Ni haa pergi library. Study group dengan yang lain" Lydia membalas senyumannya.

"Ouh yaa ke. Haa pergilah. Jumpa lagi nanti" kata Maira gembira.

Jujur dia senang dengan perubahan Lydia dan rakan-rakan. The Babies dah tak macam dulu. Kalau dulu suka memperlekehkan orang, kini tiada lagi kata-kata hinaan keluar dari mulut. Kalau dulu tak bertudung, kini tudung itulah yang menjadi kebiasaan mereka.

Disebabkan seseorang, mereka semua berubah. Transformasi yang cemerlang. Alhamdulillah, dakwahnya berjaya.

B E R S A M B U N G

Gangster Ke Cute ✓Where stories live. Discover now