BAB 12 | Part 2

4.5K 384 9
                                    

DUA BELAS | PART TWO
• PENJELASAN •

Apabila rehat menjelang seperti biasa, Maira terus berjalan menuju perpustakaan sekolah. Duit awal-awal lagi sudah habis disebabkan terpaksa membeli buku aktiviti Matematik. Oleh sebab mahu menahan nafsu lapar, dia ke perpustakaan untuk meminjam buku.

Lebih baik daripada duduk kantin tak buat apa, tengok orang makan sedap-sedap. Nanti diri sendiri juga yang terpaksa menanggung derita lapar.

Seperti biasa, Hadiey bertugas di kaunter. Tekun sungguh mamat ni buat kerja. Sampaikan aku masuk pun dia tak perasan, gerutu hati Maira sebaik sahaja ternampak Hadiey khusyuk melayan pelajar yang ingin membuat peminjaman.
Maira mula menapak ke rak-rak buku bahagian novel Melayu dan tercari-cari buku yang akan menarik minatnya. Belum sampai lima minit dia mencari, Maira sudah mengeluh panjang.

"tak ada buku yang best ke?"

"ada.."

"mana?" Maira menyoal. Namun, dia segera sedar ke alam realiti semula apabila terfikir siapakah yang menjawab soalan yang diberi.

Sesusuk tubuh berdiri membelakangi dirinya dengan sebuah buku digenggam dalam tangan. Figura tinggi lampai itu berpusing menghadap arahnya dan meletakkan buku itu di rak kembali.

"larhh.. Abang rupanya. Buat suspen Maira jelaa" Maira senyum.

Namun, senyumannya segera mati apabila Naufal hanya beriak selamba dan lebih serius daripada sebelum ini.

"Abang sayang Maira"

Tiga patah perkataan yang cukup membuatkan Maira terpempan. Dia cuba untuk bereaksi selamba yang mungkin.

"Maira pun sayang abang"

"I love you more than a junior. I love you as a woman"

Sekali lagi Maira terpempan. Dia bingung. Nak gembira ke tak nak? Ahh tidak. Ini semua dusta semata-mata. Depan aku bolehlah dia nak tipu kata cinta. Ceh.. Maira menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Maira nampak abang peluk dengan seorang perempuan. Abang ingat Maira tak tahu ke? Dah ada pasangan tu jaga jelaa elok-elok. Tak perlu nak cari lain" hilang mood untuk membaca novel seperti biasa. Maira berkira-kira mahu pergi dari situ.

"She's my sister"

NAUFAL POV

"Maira nampak abang peluk dengan seorang perempuan. Abang ingat Maira tak tahu ke? Dah ada pasangan tu jaga jelaa elok-elok. Tak perlu nak cari lain"

Aku melihat Maira mula melangkah pergi dari situ.

Damn, she's so cute. That girl so jealousy.

Belum sempat Maira melangkah keluar dari situ, aku memberhentikan langkahnya hanya dengan beberapa patah perkataan.

"She's my sister"

××××××

TBC

Gangster Ke Cute ✓Where stories live. Discover now