BAB 35

3.5K 295 2
                                    

TIGA LIMA
• JANGAN PERGI •

NAUFAL POV

Hari ini aku dapat merasakan betapa pedihnya jadi loner. Aku seakan-akan tidak dipedulikan mereka walaupun mereka berada dekat dengan aku. Aku memerlukan perhatian.

Kalau orang lain tak mahu beri, aku faham. Tapi, kalau buah hati yang buat macam tu apa yang kau akan rasa? Sedih of course. Ada ke patut dia lebih mementingkan Zarief daripada aku.

Ke mana-mana kami pergi, aku mesti tengok Maira bersama dengan Zarief. Fuh, aku cuba menyelit tapi tak mampu. Nampak macam Zarief yang berpasangan dengan Maira dan bukannya aku.

Haha.

Boleh gila aku jadinya.

Telefon dikeluarkan daripada kocek seluar sebelum nombor seseorang didailnya pantas.

"assalammualaikum. Emily, boleh tak datang TS sekarang?"

"Haaa TS? Buat apa?"

"Tolong temankan abang. Alah, nanti abang belanjalah Emily baju ke kasut ke. Boleh tak?"

"lagi 30 minit Emily sampai."

Panggilan ditutup dengan segera. Haih, budak ni. Nak kena umpan baru nak bergerak. Kalau tak diumpan, memang susah nak keluar.

S K I P

Dalam masa 30 minit berlalu, Emily akhirnya tiba dengan seorang pemandu teksi. Usai membayar tambang teksi, Emily terus masuk ke dalam pusat membeli-belah itu.

Tak sampai 10 minit, dia sudah menjumpai kelibat Naufal keseorangan di cafe Starbucks. Dia melambai-lambai ke arah jejaka itu.

"Abang!"

Naufal tersenyum melihat adiknya itu. Mereka berdua pun duduk terlebih dahulu untuk memesan air. Menghilangkan segala dahaga.

"Apa jadi? Kenapa tiba-tiba je ajak Emy? Bukan abang pergi dengan kak Maira ke?" soal Emily kehairanan.

"Itulah. Dia boleh pula rapat-rapat dengan Zarief. Abang ni terpinggir tahu tak?"

"Laaa.. Poor my brother"

"I have a plan."

Naufal memandang ke arahnya. "Apa dia plannya?"

"I will tell you later. Shopping for the tips?"

"sure"

S K I P

Dalam keasyikkan membeli belah, Maira dan Zarief semakin terpukau dengan barang-barangan baru yang dikeluarkan oleh butik itu. Barang-barangannya semua mengenai tepat pada hati dan apa yang penting harga berpatutan ditawarkan.

Maira mengambil telefon bimbitnya di dalam beg tangan. Wallpaper lockscreen gambar dirinya bersama Naufal ditatap. Buat seketika dia merasakan fikirannya kosong. Tubuhnya pegun buat beberapa saat sebelum kembali menatap Zarief.

"Mana Naufal?"

Zarief menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sudah hampir sejam sejak Naufal menghilangkan diri dan sekarang baru mereka sedar. Maira mengeluh hampa apabila Zarief menggeleng tanda tak tahu.

"Mungkin dia pergi tempat lain kot. Cuba call dia," cadang Zarief. Maira mengangguk perlahan sebelum membebel sendiri.

Farith dan Haura yang sudah selesai membeli-belah menghampiri mereka berdua. Hadiey dan Syahira langsung tak nampak batang hidung. Entah ke mana perginya mereka berdua. Mungkin hilang bersama Naufal barangkali.

"Kenapa ni?"

"Ni haa Naufal hilang. Tak tahu dekat mana," terang Zarief sementara Maira langsung tak menjawab.

Perhatiannya lebih bertumpu pada telefon bimbit, mengharapkan Naufal segera membalas. Selepas seketika, Maira mengeluh hampa. Panggilan tidak dijawab.

"Ke dia merajuk?" soal Farith dalam keraguan.

Maira berkerut dahi.

"Kenapa pula dia nak merajuk?" soalnya bingung.

"Tadi dia ada mengadu dekat abang. Dia kata jealous sebab tengok Maira asyik berdamping dengan Zarief je. Langsung tak hiraukan dia."

Maira dan Zarief saling berpandangan. Timbulnya rasa serba salah dalam diri masing-masing kerana meminggirkan Naufal sepanjang mereka keluar.

"That's my fault, Maira. I'm sorry."

"It's okay. Cuba kita cari dia dekat mana-mana. Mungkin dia masih dalam mall." Maira cuba menyembunyikan rasa bersalahnya.

Mereka semua mengangguk sebelum mula bertindak. Baru sahaja mereka mahu berpecah, tiba-tiba Maira menerima satu panggilan. Nombor Emily tertera di skrin telefon.

"Assalammualaikum, akak.."

"Waalaikumsalam, Emy ada apa call akak ni?" soal Maira bingung. Tengah serabut mencari Naufal tiba-tiba boleh pula ada orang telefon.

"Abang Naufal.. Dia.."

Darah berderau apabila nama Naufal disebut. Inilah panahan cinta. Sensitif sungguh perasaan ini.

"Abang kenapa Emily?"

"Dia kemalangan kak. Masa kami nak balik daripada Times Square tadi, kereta berlanggaran dengan kereta lain. Saya benci. Kenapa abang je yang ditimpa sakit, kenapa bukan saya?"

Kedengaran suara Emily menangis di talian. Maira jatuh terduduk. Rasa menyesalnya datang bertimpa-timpa. Terbayang di dalam minda senyuman manis Naufal.Tidak. Ini semua tidak boleh berlaku.

Tidak sama sekali!

B E R S A M B U N G

a/n : vote and comment :)

Gangster Ke Cute ✓Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum