BAB 37

4.4K 331 37
                                    

TIGA TUJUH
• IKATAN YANG SAH •

Sekian lama menanti hari bahagia, akhirnya ia menjelmakan diri. Suasana rumah Puan Lydia tidak ubah seperti dewan komuniti masyarakat kampung. Kecoh dan meriah dengan adanya makcik-makcik jiran yang datang menolong menyempurnakan majlis perkahwinan Naufal bersama Maira.

Dalam keriuhan orang ramai, Puan Lydia memeriksa bahagian dapur yang dipenuhi oleh teman-temannya. Kepoh habis satu dapur apabila dia ajak bersembang. Membawang saja kerjanya.

"Dah siap ke gulai ayam tu?" soalnya dengan senyuman menghiasi wajah.

Makcik Leha, pembantu rumah Maira mengangguk sambil membalas senyuman Puan Lydia.

"Dah. Tunggu nak hidang je ni," balas Makcik Leha.

"Mesti sedap gulai ayam akak."

"Tak adalah. Biasa-biasa je. Okeylah, akak nak pi hidang dulu na."

"Yelah kak."

S K I P

Sementara itu, Maira yang berada di dalam bilik bersiap-siap untuk persiapan majlis perkahwinannya. Maira duduk di hadapan cermin seraya memerhatikan wajahnya.

Tidak lama kemudian, Syahira pun masuk ke dalam bilik dengan peralatan soleknya. Maira mengerutkan dahi apabila melihat Syahira yang masuk dan bukannya mak andam.

"Mana mak andam?" soalnya bingung.

"Mak andam tu kata sakit perutlah pulak." Syahira berkata.

"Dahtu siapa yang nak make up aku ni? Majlis dah nak mula tu," ujar Maira bimbang.

"Nothing to worry about that. Aku boleh make up kau."

Maira memandang Syahira. Boleh percaya ke aku dengan minah ni?

"Jangan risaulah, aku ni boleh dipercayai. Jangan ragu-ragu dengan kebolehan make over aku." Syahira pantas membuka beg alatan soleknya di hadapan Maira.

Hanya redha saja yang mampu dilakukannya.

"Jangan make up aku tebal-tebal sangat. Aku penumbuk kau kang," amaran Maira awal-awal. Syahira hanya angguk perlahan.

"Baik bos!"

******

"Subhanallah, ini Maira ke artist ni? Lawanya!" Haura terbeliak mata tanda kagum. Wajah Maira yang sudah sedia ada cantik, ditambah pula dengan sentuhan emas si Syahira membuatkan gadis itu semakin jelita.

"Ehh kau ni. Mana ada." Pipinya merah-kemerahan apabila dipuji si Haura.

"Confirm, tergoda iman si Naufal nanti," sampuk Farith pula.

"Well, tengoklah siapa yang solek dia. Ini Syahira okeyh." Syahira pula yang membangga diri. Maira hanya tersenyum sinis melihat temannya itu.

"Siapa Syahira? Tak kenal lah" Hadiey tiba-tiba menyampuk.

Mereka semua tertawa kecil melihat adegan kejar mengejar diantara Hadiey dan Syahira. Aduhai pasangan bahagia ni, bukan main lagi berlari berkejaran.

Gangster Ke Cute ✓Место, где живут истории. Откройте их для себя