BAB 6

6.9K 485 29
                                    

ENAM
PARUT •

NAUFAL POV

Sebaik sahaja aku pulang ke rumah, aku ternampak abang Long sudah tercongok di hadapan rumah dengan beberapa orang anak buahnya. Aku keluar daripada kereta dan terus berjalan menuju ke arahnya.

Apa lagilah yang dimahukan mereka. Kerja yang tidak pernah kehabisan.

"Kenapa?"

"Kawasan kita kena serang" abang Long membuka cerita. Aku angguk tanda faham. Setiap kali ada orang masuk kawasan, akan ada pergaduhan yang berlaku. Pergaduhan yang melibatkan hidup dan mati.

"Kejap"

"Jangan lama-lama"

Aku hanya diam tak menjawab. Aku masuk ke dalam rumah dan menukar pakaian. Gila kau nak masuk medan perang berpakaian seragam sekolah? Habis kotor nanti.

××××××

"Hey, Dragon.. sepatutnya kau tahu asal usul kau. Tak perlu kau semakkan diri kau dekat kawasan kami" aku memandang jijik wajah bertatu Dragon. Agaknya berapa lama dia menahan sakit untuk mencacah tatu tu?

Dragon senyum sinis.

"Wa memang sedar asal usul wa. Tapi lu  kena faham. Wa tak ada masa nak masuk kawasan bapak lu, Naufal" Dragon ke belakang seraya memberi isyarat kepada anak buahnya untuk memulakan peperangan.

Peperangan berlaku bak Malaysia melawan Jepun.

Aku memerhati bilik yang dimasuki Dragon. Haih, kecut ke sampai masuk dalam bilik? Aku pandang abang Long.

"Long, aku masuk sana dulu"

"Okay, kau pegi mampuskan dia"

Aku masuk ke dalam selepas abang Long memberi lampu hijau. Disebabkan aku ni jenis yang beradab aku ketuk pintu dulu.

Author : dehekmu.

Aku mengeluarkan parang yang baru diasah last minute tadi. Punyalah susah mengasah parang dalam kereta tadi. Terherot sana sini disebabkan anak buah abang Long bawa kereta macam harem..

"Macam mana lu masuk?"

"Melalui pintu.." aku tunjuk pintu dengan muka tak bersalah.

Nampaknya Dragon tengah berendam dalam kolam air panasnya. Fuhh, seksi. Aku tak ambil pusing hal tu. Aku mendekatinya secara perlahan-lahan sebelum parang dihalakan kepadanya.

Disebabkan aku ni cuai orangnya, aku tak perasan dia simpan pisau di dalam tab mandiannya. Pisau itu dihunus kepada aku dan terkena sedikit pada bahagian tangannya.

"Wooiii madepake mu.. kulit cerah lagi berseri aku!"

Aku naik berang. Parang itu dilempar pada Dragon dan mengenai tepat pada bahagian kepalanya. Darah menitik laju dan akhirnya dia bermandikan darahnya sendiri.

"Amik kau.. sape suruh lukakan aku? Huwarghh.. kulit aku!" aku membebel sendiri.

Sebaik sahaja aku keluar dari situ, suasana kelab malam itu dipenuhi dengan puluhan jasad yang mati sia-sia. Muka aku pucat disebabkan kehilangan darah yang banyak. Dragon punya fasal lah ni.

NAUFAL POV END

××××××

Hampir dua minggu dia tidak ke sekolah disebabkan luka di tangan masih tidak sembuh. Apa yang dinasihatkan doktor hanya mampu dituruti.

Bla bla bla.

S K I P

"Assalammualaikum, lama tak nampak. Pergi mana?"

"Waalaikumsalam. Jamban. Nak ikut?" Naufal loyar buruk.

Maira bermasam muka. Namun, matanya menangkap sesuatu tidak kena. Biasanya  Naufal tidak akan membiarkan lengan bajunya terlepas begitu sahaja.

"Kenapa tak lipat lengan baju macam biasa? Takut tangan hitam?"

"Hoho, kalau tak hitam, tak macholah. Huhu, bukan sebab tu. Ni haa" Naufal menunjuk kesan parut yang dia dapat hasil pergaduhan bersama Dragon. Bala-bala.

"Macam mana boleh dapat tu?"

"Urmm.. terkena pisau. Masak haritu, haremm tak jadi" bohong Naufal.

"Aduhai.. lain kali hati-hatilah sikit. Nama jaa dah 17 tahun, tapi perangai macam budak 7 tahun apa kes?" Maira mendengus geram.

Naufal = T~T

Dahlah sakit. Dia boleh pula main marah-marah macam ni. Bukannya sengaja. Hiahia.

Salah kau juga Naufal. Kalau kau berterus terang tak adalah dia tuduh kau macam kanak-kanak 7 tahun. Bisik hati kecil Naufal.

"Hurmm yelaa.. buruk kan parut ni?"

"Lekk bro.. Maira pon ada."

"Macam pulak tu?"

"Ayah Maira buat.. haha" Maira ketawa hambar. Naufal memerhati wajah Maira yang beransur-ansur berubah sedih.

"Haih, tadi bukan suruh abang lek ke? Maira pun kena lek laa.."

Maira menunduk.

"Entahlah bang.. Maira jadi benci pulak dekat ayah Maira. Kalau bukan disebabkan dia, ibu Maira tak akan pergi macam tu jaa" air matanya menitik bila terkenangkan arwah ibunya.

Disebabkan kedayusan seorang bapa, natijahnya keluarga mendapat sengsara.

"Ehh Maira. Janganlah nangis.. biarkan semua tu berlalu. Doakan ayah Maira semoga insaf" kata Naufal tidak mahu mengulas dengan lebih lanjut. Biarlah hanya Maira yang mengetahui kebenaran. Dia siap bersedia untuk mendengar cerita setiap kali Maira sudi untuk berkongsi cerita.

"Dah jangan nangis" air mata dikesat.

"Hahaha.."

"'ehh gelak pulak.. alien betul laa Maira ni" Naufal menggeleng. Maira tersenyum. Sekurang-kurangnya ada seseorang yang dia boleh luahkan perasaan tidak kira ketika sedih, gembira mahupun marah.

Dia sentiasa ada.

"Tak guna kau Maira.. nanti kau"

Dari jauh seseorang memerhati dengan penuh tidak puas hati.

××××××

TBC

Gangster Ke Cute ✓Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora