BAB 31

3.4K 305 9
                                    

TIGA SATU
• THANKS •

Setelah hampir sebulan peperiksaan berlangsung, Maira akhirnya bakal bebas daripada segala dugaan SPM. Esok merupakan hari terakhir peperiksaan dijalankan.

Naufal
Assalammualaikum. Tengah buat apa tu?

Maira
Waalaikumsalam. Tengah buat revision. Esok kan ada exam.

Naufal
Ohh, menganggu ke?

Maira
Sangat.

Maira tertawa kecil selepas membalas mesej Naufal. Mata tidak lari daripada terus memandang skrin telefon. Buku rujukan diletak elok di tepi.

Naufal
Larh.. yeke? Maaflah menganggu. Belajar elok-elok. Buat elok-elok exam esok. Assalammualaikum.

Haih, merajuk ke? Getus hati Maira. Jari-jemari pantas menari-nari di atas papan kekunci telefon. Dalam kelajuan maksima, dia membalas semula mesej jejaka itu.

Maira
Alahh, nak gurau sikit pun payah. Mana ada menganggu sangat. Sikit je.

Naufal
Haish, budak ni..

Maira
Jangan marah haa. Maira main-main je.
Naufal
Umur dah 17 pun masih nak main-main ke? Ikut perangai siapalah ni.

Maira
Ikut perangai abanglah.

Naufal
Ehh kita pulak. By the way, jumpa esok. Bye, assalammualaikum.

Naufal is offline.

"Ehh mamat ni, aku tak habis cakap lagi. Main off je" Maira membaling telefon bimbitnya ke atas katil.

Buat seketika dia terfikirkan mesej yang dihantar oleh Naufal sebentar tadi. Apa maksud dia jumpa esok? Aku dahlah sekolah esok. SPM lagi tu. Mungkin dia main-main saja kut, bisik hatinya.

Buku rujukan kembali dihadap dengan bersemangat. Al-maklumlah, baru habis chat dengan buah hati. Siapa saja yang tak bersemangat kan? 

S K I P

Kertas soalan diserahkan kepada pengawas peperiksaan dengan perasaan lega. Akhirnya dia merdeka daripada peperiksaan bergelar SPM. Baru saja dia mahu mengemas alat tulis yang bersepah di meja, seseorang datang di tempatnya.

Semakin giat pula tangan Maira mengemas barang kepunyaannya apabila ternampak Zachary menghampiri meja.

Syahira perasaan dengan perubahan pelik terhadap temannya itu. Sepantas kilat dia mendapatkan Maira.

"Jom balik cepat!" Maira menarik lengan Syahira sebelum gadis itu sempat menyoal apa-apa.

"Nanti!"

Langkah mereka terhenti apabila terdengar suara memanggil. Syahira sengih. Lah, sebab ni ke rupanya.

"Apa lagi Zach?"

"Nantilah dulu. Aku ada benda nak cakap ni" kata Zachary, serius.

"Aku tak ada masa nak cakap dengan kaulah" Maira membalas dingin. Egonya terlampau tinggi mengalahkan awan di langit.

"Maira.. dengarlah dulu" Syahira cuba memujuk.

Maira mendengus kasar. Buat kesekian kali dia memandang Zachary semula. Wajahnya mempamerkan reaksi acuh tak acuh.

"Okey, aku tak tahulah kalau lepas ni kita boleh jumpa lagi atau tak. Sebab tu aku ambil peluang ni untuk minta maaf atas segala perbuatan aku sebelum ni. Aku minta maaf kalau tak berlaku adil dengan kau. Aku tak nak kau membenci aku" Zachary menunduk, memandang lantai. Mukanya seolah-olah tak mampu memandang Maira di hadapan.

Maira terjongket kening.

"Bila masa aku benci kau?"

"Kau tak benci aku? Dahtu kenapa kau layan aku macam ni? Macam tak suka je" Zachary mengangkat mukanya, memandang ke arah Maira.

"Aku tak kata pun aku benci kau. Aku just rasa jengkel dengan sikap annoying kau tu. That's all for your information" Maira memandang Zachary tanpa perasaan.

Maira bukannya benci Zachary. Cuma, perangai annoying jejaka itu sedikit sebanyak menimbulkan rasa jengkel di hatinya.

"Thanks sis"

"No problem bro"

Maira terus menarik lengan Syahira untuk beredar dari situ.

S K I P

"Wehh.. aku tak boleh balik dengan kah hari ni. Aku minta maaf sangat." Berulang kali Syahira meminta maaf kerana tidak mampu untuk meneman temannya itu pulang ke rumah.

Maira sengih.

"Aku fahamlah. Mesti Hadiey jemput kau pulang kan?"

Kini, kedua-duanya tersengih. Maira meletakkan tangannya di bahu Syahira.

"Tak apa. Aku tak kisah. Aku tak nak ganggu pasangan hangat bercinta. Lagipun, aku boleh balik sendiri. Jangan risaulah" Maira menepuk bahu temannya itu berkali-kali.

"Okey. Aku balik dulu eh? Elok-elok balik tu" pesan Syahira kepada Maira. Maira hanya mengangguk, mengiyakan segala pesanan yang dititipkan kepadanya.

Baru sahaja Maira mahu melepasi pagar sekolah, seseorang mencuit bahunya sedikit. Nasib baik tak melatah.

"Abang?"

"Hi dear!" Naufal tersenyum manis apabila melihat teman wanitanya itu dalam keadaan terpinga-pinga.

Kunci kereta dipusing-pusingkan keliling jari telunjuk. Maira tergamam apabila melihat sebuah kereta BMW berada di hadapannya.

Maira melihat Naufal silih berganti dengan kereta berwarna silver kehitaman itu.

"That's my car. Janganlah terkejut sangat. Jomlah kita pergi. Dah lambat ni" Naufal mengerling jam tangannya.

"Kita nak pergi mana?"

"Pergi jumpa mak mertua Maira" Naufal ketawa kecil apabila melihat Maira seakan-akan tersentak.

"Mak mertua?"

Wvhajdjnakqkksh

B E R S A M B U N G

a/n : Lepas exam je dah nak kahwin. Haih, macam manalah author boleh terfikir nak buat macam ni? HAHAHAHA.

Yang ada instagram tu followlah account saya dekat instagram. @nftah._ and account squad saya @sfizn_

Gangster Ke Cute ✓Where stories live. Discover now