BAB 22

3.9K 322 2
                                    

DUA DUA
MATI •

Naufal merenung ke luar tingkap tanpa banyak bicara. Kehadiran Fang di tepi cukup merimaskan diri. Tak bolehkah dia bebas daripada semua ni?

"Kau tahu sebab apa kami datang jumpa kau?" Fang tiba-tiba bersuara.

"Sebab tak suka aku nak happy. Baru nak happy sibuklah nak datang." Naufal menyindir.

Disebabkan mereka, percutian Naufal tergendala. Lebih parah apabila dia dibawa pergi di hadapan mata Maira sendiri. Matilah kalau Emily menceritakan segala-galanya. Serabut betullah dengan manusia-manusia gelap ni.

"Nak tak nak kau kena pergi. Bukannya kau tak tahu Tiger tu macam mana" Fang mengeluh perlahan.

Naufal tak menjawab. Malas dia mahu berbicara. Bermandikan darahlah dia hari itu. Apa mahu buat ni?

S K I P

Malam itu, Naufal dan Fang bergabung tenaga dalam menumpaskan geng kongsi gelap Dragon yang sudah lama bermusuhan dengan mereka. Naufal menjeling wajah-wajah langsi anak buah Dragon.

'Macam ni ke Dragon punya anak buah? Tak kuat langsung,' desis hatinya.

"Kau pergi selinap bilik Dragon. Aku dan yang lain-lain uruskan anak buah dia," Fang berbisik di telinganya. Naufal hanya mengangguk perlahan.

Fang merenung. Menunjukkan muka langsinya sebelum menjerit dengan parang di tangan. Alamatnya, perang dimulakan dan Naufal ke bilik Dragon sepintas lalu.

NAUFAL POV

"Hello, cutie.."

Dragon agak terkejut sebaik sahaja mendengar suaraku yang merdu umpama suara bidadara syurga ni. Parang di tangan ku genggam erat.

"M..macam mana kau..."

"That's my ability cutie.. Geram pulak I tengok muka menggelabah you ni," aku merenung wajah Dragon. Menggigil ketakutan Dragon dibuatnya.

"Aku boleh bayar kau.. Berapa kau nak? Aku akan bagi berapa jer yang kau nak, asalkan kau tak bunuh aku," cubaan merasuah dicuba. Dragon mengharap.

Aku menggeleng kepala perlahan. "Aku tak suka rasuah. Lain kali, kau jaga anak buah kau. Jangan sesuka hati masuk kawasan orang," suara aku mungkin menakutkan dia. Dia terketar ketakutan.

"Maafkan aku. Aku janji takkan benarkan diaorang jejakkan kaki ke tempat Tiger lagi," janji Dragon.

Aku senyum.

Namun sinis.

"Dah terlambat Dragon. Parang aku ni dah makan 99 nyawa. Apa kata kau jadi yang ke 100?" parang tu dihayun-hayun ke udara. Aku tersenyum memandang Dragon yang ketakutan.

Parang itu dilontarkan ke dahi Dragon. Tepat tanpa tersasar sedikit pun. Darah keluar membuak-buak. Aku mengambil semula parang itu.

'Urgh darah dia ni. Loya aku dibuatnya,' aku berkata-kata di dalam hati. Aku mencucuk semula parang itu ke dadanya pula. Keep it.

Buat kali terakhir aku senyum sinis sebelum melangkah keluar dari situ.

'Mungkin aku patut tukar parang,' desis hatinya.

S K I P

Malam itu juga, Maira menunggu kepulangan Naufal. Hatinya tidak tenteram apabila memikirkan kejadian siang tadi.

Kongsi gelap.. Kata-kata Emily terbayang di fikiran.

'Kenapa abang buat semua ni?' hatinya makin tidak tenteram. Degup jantungnya bertambah laju apabila terlihat sebuah entiti yang cukup dikenali itu berdiri di hadapannya.

Tangannya dilumuri darah. Bajunya juga sama. Dia hampir tidak mengenali siapa sebenar diri Naufal.

"Masuklah,"

Maira hanya mendiamkan diri. Tergamam dengan apa yang dilihatnya.

"Ke nak abang yang angkatkan?" gurau Naufal.

Biar betik bro?

Dalam keadaan macam ni kau boleh buat lawak? Macam tak percaya.

Cepat-cepat Maira masuk ke dalam bilik. Mereka berdua bertentang mata.

"So, where we should start first?"

B E R S A M B U N G

VOTE AND COMMENT 💞💓

Gangster Ke Cute ✓Onde histórias criam vida. Descubra agora