BAB 15

4.8K 373 44
                                    

LIMA BELAS
PARTY TIME •

Seperti yang dijanjikan, Maira pun bersiap siap untuk ke parti 'orang tua' yang mendesaknya untuk hadir. Make up nya disolek nipis ke muka. Sekadar menyapu bedak asas dan gincu berona merah jambu sudah memadai. Natural beauty gitu.

Jubah berwarna unggu itu digandingkan bersama shawl berwarna Hitam berpolka dot. Kasut tumit tinggi?

Argh makanan si Maira laa. Dia memang dah terbiasa pakai kasut tumit tinggi. Tapi tidak terlalu tinggi sehingga menyukarkannya untuk berjalan.

Maira keluar dari biliknya. Kelihatan seorang lelaki sudah siap bersut hitam. Segaknya!

"Jomlah kita pergi" ajak Maira cuba menahan rasa fangirling daripada bermaharajalela.

Naufal terpaku dengan kecantikan Maira. Kalau tanpa sentuhan ajaib alat solek pun dia sudah cantik, apatah lagi dengan sentuhan alat solek. Cantiknya memukau setiap mata yang memandang.

"Wah cantiknya Maira hari ni"

"You too mr. handsome"

"wow! Mr. handsome. I like it" Naufal tertawa kecil diikuti dengan tawa tak bersungguh Maira. Pantang dipuji sungguhlah Naufal Iskandar ni.

"urm, makcik tolong jaga rumah ya" pesan Maira sambil tersenyum manis.

"baiklah, cik" pembantu rumah yang bergelar mak Jah itu membalas senyumannya sebelum mereka keluar daripada rumah dengan langkah yang pantas. Teruja nampak.

Kereta pacuan empat roda itu meluncur laju di jalan dan dalam beberapa minit mereka tiba di rumah Naufal.

Ketibaan mereka diumumkan oleh seorang juruheboh.

"Ketibaan pengawas paling berkarisma di sekolah, hot stuff der... bersama suri hatinya?"

Maira tercengang. Macam aku kenal suara ini? Hadiey? Cehh, budak tu.

Jaga kau Hadiey. Berani-beraninya kau sebar maklumat palsu. Habis peminat Naufal serang aku nanti. Maira menunduk malu. Dalam masa yang sama, dia agak geram dengan Hadiey. Dah macam tak ada kerja lain saja nak conquer. Juruheboh juga dia pilih.

Naufal hanya senyum.

Maira mengeratkan genggaman tangannya pada lengan Naufal. Dengan jubah yang agak labuh itu, takut terjatuh akibat terpijak kain sendiri.

"Don't be afraid. I'm here"

Yea, you are here.

Maira senyum. Mereka berdua berjalan merentasi karpet merah di hadapan tangga rumah Naufal. Kebanyakan rakan-rakan mereka terdiri daripada golongan kaya. Segan pula Maira di situ lama-lama.

"okay ke Maira pakai ni? Macam tak okey ja" Maira buntu.

Dengan langkah yang perlahan, Naufal berkata.

"You're beautiful. Don't worry. Kalau pakai baju jerami pun Maira still lawa apa. Haha" selamba dia ja cakap. Maira gelak. Ada-ada sajalah Naufal ni.

Kini mereka berada di bahagian utama rumah. Maira cuba menahan diri untuk melilau di sekeliling namun gagal apabila matanya meliar ke seluruh arah. Reka cipta rumah itu sangat indah dan lebih berseni.

Naufal memang berjiwa seni.

"hey hey.. Tengok apa kita ada dekat sini? Rusa masuk kampung, guys"

Gangster Ke Cute ✓Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora