BAB 32

3.7K 321 2
                                    

TIGA DUA
• TUNANG •

Terbeliak mata Maira apabila mendengar perkataan 'ibu mertua' yang ditekankan oleh Naufal. Haih, lain macam saja bunyinya.

"Ibu mertua?"

"My mom. Abang rasa lebih baik kita bertunang dulu. Abang tak nak biar Maira lama-lama dekat luar ni. Takut disambar buaya" Naufal tergelak kecil.

Maira berkerut dahi. Awalnya nak bertunang. Peringkat universiti pun belum jejak kaki, ini pula mahu ke tahap berumahtangga.

Buat masa sekarang, Maira mengikut Naufal terlebih dahulu. Sampai di rumah mertua baru bincang sehabis mungkin.

S K I P

"Assalammualaikum! Ibu" Naufal memberi salam seraya melangkah masuk ke dalam rumah. Maira di tepi hanya membuntutinya.

Tidak lama kemudian, seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 40-an keluar untuk menyambut mereka. Wanita itu tersenyum.

"Haa itu dia, cik Lydia kita dah sampai. Bergaya sakan."

Puan Lydia tertawa kecil apabila mendengar jenaka anaknya itu. Dalam masa yang sama dia memerhati perempuan bertudung manis di sebelah Naufal. Dia melempar senyuman manis.

"Amboi, patutlah tadi tergesa-gesa keluar rumah. Rupanya nak jumpa buah hati." Puan Lydia mengerling ke arah Maira. Maira menunduk, tersipu malu.

Naufal hanya tersengih mendengar jawapan ibunya itu. Naufal melihat Maira yang berada di sebelahnya dengan senyuman melebar.

"Ehh marilah duduk dulu. Buat macam rumah sendiri ya."

"Err.. Baik makcik"

"Tak payah panggil makcik, panggil ibu je." Puan Lydia berkata seraya meraih tangan anak muda itu untuk duduk di sofa.

"Ibu berbuallah dulu dengan Maira. Naufal nak naik atas kejap," ujar Naufal, berura-ura meninggalkan ruang tamu.

Maira pantas menangkap lengan Naufal.

"Tapi abang--"

"Tak apalah. Cik Lydia kita ni tak makan orang pun." Naufal tertawa kecil. Dia meleraikan genggaman tangan Maira di pergelangan tangannya.

"Betul tu Maira. Bertenang." Puan Lydia mengukir senyum.

Maira hanya memerhati Naufal beredar dari situ. Gulp! Sekarang, hanya dia dan Puan Lydia saja yang berada di ruang tamu.

"Bila nak kahwin?" dengan mata bersinar-sinar, Puan Lydia menyoal.

S K I P

Emily membaca buku novel yang baru saja dibelinya minggu lepas. Jalan cerita yang agak klisé. Namun, jalan cerita yang klisé itu jugalah yang membuatkan dirinya terawang-awang di dalam dunia sendiri.

Tok! Tok! Tok!

Mendengarkan bunyi ketukan di pintu, pandangan Emily tertumpu pada pintu. Wajah Naufal segera muncul sebaik sahaja pintu dibuka.

"Ada apa?" soal Emily dingin.

"Haih, macam marah je?"

"Marahlah, kacau masa orang baca novel." Emily melempar renungan tajam.

"Maaf. Abang nak cakap sikit ni. Boleh tak?" soal Naufal serba salah.

"Cakap apa?"

"Pasal kahwin"

"Huh?" perhatian Emily seratus peratus beralih pada abangnya itu.

"Maksud abang, abang nak kahwin. Apa pendapat adik?" soalnya.

"Dengan? Baik ke tak? Lawa ke tak?"

"Haa.. Itu jangan risau. Dia seorang yang baik hati dan lawa orangnya. Kak Maira tu ha. Dia ada dekat bawah dengan ibu." Naufal terhambur tawa. Boleh pula dia ketawa dalam masa sebegini.

"Kak Maira?"

Naufal mengangguk.

Tiba-tiba Emily mengacu penumbuk. Seraya dengan perbuatan mengejut adiknya itu, Naufal mempamerkan muka terkejut beruk.

"Abang nampak ni?"

"N-nampak.. Err kenapa?"

"Kalau abang sakitkan hati kak Maira, siaplah abang nanti. Kalau adik dapat aduan daripada kak Maira, siap sedialah terima penumbuk ni." Emily berkata dalam nada mengugut.

Naufal menghela nafas lega. Ingatkan apalah tadi. Serius betul adik aku ni.

"Tak akan. Sorry sikit, adik ingat abang ni jenis lelaki yang macam mana? I don't play with woman's feeling." Naufal flip hair.

"Gedik."

"Kalau I gedik, you tu apa?"

"I gorgeous."

Naufal menadah tangan, seperti mahu muntah. Loyar buruk betul Emily ni. Cubit pipi tu baru tahu.

"Dahlah, daripada layan abang ni lebih baik adik pergi layan kak Maira kat bawah tu." Bantal dibaling ke arah Naufal dan mengenai tepat pada muka jejaka itu. Emily terus melarikan diri apabila menyedari wajah Naufal merah padam. Bila-bila masa boleh meletup. Ini olang.. Ex-member gangster.

"Haih, nasib baik adik."

B E R S A M B U N G

a/n : Thanks for 100K views and 7.21K votes on this story. Keep voting and supporting my story. Love you guys! 😘

Gangster Ke Cute ✓Where stories live. Discover now