BAB 9

6.1K 428 24
                                    

SEMBILAN
RAHSIA KEMBAR

Beberapa minit setelah Zarief meninggalkan Maira di tangga, dia mengusap dada yang berombak kencang. Haih, semacam saja degup jantungnya hari ini. Tak normal macam selalu. Tiba-tiba dia teringat kembali bayangan Maira. Ceh, angau.

"aku suka dia ke?"

S K I P

Apabila sekolah tamat, perjumpaan tengkorak bersekutu diadakan di Cafe berdekatan dengan kawasan sekolah. Seperti biasa, Hadiey dan Zarief sampai terlebih dahulu daripada yang lain.

"mana yang lain?"

"entah. Kau tak tahu?"

"kalau aku tahu, aku tak payahlah tanya kau" Zarief menggeleng.

Hadiey tersengih sambil mempamerkan senyuman kambing yang jelas membuatkan Zarief berasa sakit hati. Benarlah orang kata. Adik kalau dilahirkan tak menyusahkan abang atau kakak memang tak sah.

Zarief runsing. Fikirannya melayang begitu sahaja apabila pandangan dibuang ke luar tingkap.

"Kau kenapa?"

"huh?"

Hadiey berjeda. "Maksud aku, kenapa kau nampak macam runsing ja?"

Zarief terketar anak mata. Kalau dah nama kembar, apa satu pun dia dapat rasakan. Dia memandang Hadiey dan mengeluh panjang.

"kau tahu budak Maira tu?"

"haaa budak yang acah gangster tu. Kenapa dengan dia?" soal Hadiey teruja.

"aku rasa aku suka dia"

Hadiey terkejut.

"kenapa kau terkejut?"

"kau betul ke abang aku?"

Bush!

"adehh sakit laa.. Aku cuma tak percaya jaa kau ni suka someone. Selama ini muka kau macam tak ada perasaan jaa bila dengan perempuan lain. Haih, dengan perempuan gangster tu jugak kau minat. Kenapa tak seduce dia?" soal Hadiey.

Zarief menghirup minumannya. Kalaulah semudah tu Hadiey, aku tak akan jadi macam ni. Bisik hati kecilnya.
"kau pun tahu kan, Naufal suka budak tu" Zarief memerhati wajah Hadiey.

"Haih, cinta tiga segi? Adumak.. Parah.. Parah" Hadiey menggeleng.

Belum sempat sembang mereka sampai di penghujung, Naufal dan Farith tiba di cafe. Bermulalah drama Farith memohon keampunan kerana terlambat 10 minit.

"aduhai, macam mana kau boleh lambat? Kau tahu tak kalau jalan kaki pun boleh sampai?" Hadiey memulakan perbicaraan manakala Zarief hanya mendiamkan diri. Kekoknya keadaan apabila dia betemu dengan Naufal.

"alaaa maaflah" kata Farith masih dengan perangai keanak-anakannya.

"By the way, boss.. What we were going to discuss about?" soal Hadiey kepada Naufal yang baru sahaja duduk disebelahnya.

"aku nak bincang.. Korang semua mesti ada seseorang yang kau suka kan? Aku pun ada, tapi aku rasa macam aku nak lupakan dia?"

Hadiey mengeluh.

"about girls? Dah macam tak ada topik lain nak bangkitkan. Aku bosanlah dengan perempuan-perempuan sawan dekat sekolah tu. Setiap kali terserempak dengan kita menjerit macam terkena histeria. Overdose.. Abang Farith, nak tandatangan! Arghhh!" Farith letak tangan kanan di atas bahu kanan sebelum flip hair.

"hergh, kau ni pun. Menyampah aku tengok kau" Hadiey memukul tangan Farith.

"what? Ini fakta. Kalau lelaki Malaysia yang tak berapa nak handsome macam kita ni pun dia orang dah menjerit macam apa, apatah lagi bila lelaki Korea datang. Haru-biru sekolah nanti" kata Farith yang tak habis-habis dengan artis Koreanya.

"haa itu kau. Kalau kau ya laa tak handsome. Aku handsome selalu" Hadiey bermegah sendiri. Mulut becok betul dua pasangan sejoli ni.

"dah-dah. Yang penting aku dah tak kisah pasal girls dah" Naufal mencelah. Sebenarnya dia broken. Tabahlah duhai hati.

Hadiey memandang Zarief, memberi isyarat. Zarief mengerti. Terbuka luaslah peluangnya untuk mendekati Maira selepas ni.

"haa korang pesanlah apa-apa, aku bayarkan" kata Zarief.

"betul ni?" soal mereka bertiga tidak percaya.

"betul laa. Sebelum aku tarik balik, better kau pesan cepat" ugutnya.

"haish. Yela-yela"

××××××

S K I P

Sebaik sahaja Maira tiba di sekolah keesokan harinya, dia terus mendapatkan Syahira. Wuish, seramlah bila ramai-ramai berhimpun di tapak perhimpunan sambil terjerit-jerit.

"pehal dengan dia orang sia?"

"entahlah, terkena histeria kot"

"gila be like"

"hahaha.. Gila"

Mereka menunggu di bawah pokok. Berharap penghimpunan itu segera berakhir. Sesak nafas bila tengok perempuan-perempuan tak cukup kain tu menjerit-jerit.

Daripada himpunan tu, The Skeleton muncul dengan penuh aksi. Wah, mereka ada gaya.

Maira ternganga.

"Assalammualaikum!"

Dia kenal lelaki itu. Lelaki yang melanggarnya tempoh hari. Dan di belakangnya itu Hadiey. Mereka berdua mungkin kembar disebabkan ada persamaan rupa. Maira membuat andaian. Syahira berdiri di belakang. Almaklumlah, dia gadis pemalu.

"Waalaikumsalam"

"Dah kenal dah dengan dia orang?" soal Zarief.

Maira menggeleng.

Zarief tersenyum. Aduhai, senyumanmu mencairkan hatiku.

"ini kembar abang, Hadiey. Yang tu, Farith dan yang last sekali tu--"

Belum sempat Zarief menghabiskan kata-katanya, Maira terlebih dahulu mendahului.

"Muhd Naufal Iskandar. Abang, kenapa dengan dia tu? Dah macam tak nak cakap dengan Maira ja" Maira mengadu. Syahira menggeleng. Adumak, Maira.. Tenang.

"Hurmm.. Entahlah" Zarief cuba berlagak biasa.

"hurmm"

××××××

NAUFAL POV

Hoho, kenapalah Zarief ni sibuk saja nak mengadakan sesi sapa ramah dekat sini. Tak boleh ke pergi terus sahaja?

Hatinya sakit.

Maira dan Zarief kelihatan begitu akrab bersama. Tidak pernah pernah aku tengok Maira senyum macam tu sekali.

"pasrah"

TBC

Gangster Ke Cute ✓Where stories live. Discover now