Part 1

17.3K 400 26
                                    

" Maira!! Bila nak bgunnyaaa niiii? Kang lambat ke sekolah..lambat umii tak tahu yee " ujar Puan Kalsom.

"Ya Allah!! Dah 7.15pg ?!! Dahh lambaattttttt " jerit Maira.

Mairah larii turun tangga dan mencapai sekeping roti lalu menyalam uminya. Dia lari ke sekolah tetapi pintu sekolah sudah ditutup. Nak tak nak, dia terpaksa lalu pagar belakang.

"Fuh! Selamat takde orang. Emm mesti kena buli lagi nanti. Ya Allah tabahlah wahai hati " ujar Maira.

Dia berjalan ke kelasnya, 4R dengan perlahan sambil menunduk.

"Hahhhhh tu diaa budakk nerd kita dah sampaiiii . Make up ke kak smpai lambat datang sekolah nii. " perli Dina sambil tersenyum sinis.

" Hahahahahahahahaha " satu kelas menggelakkannya.

Maira hanya diam dan duduk di tempatnya. Kelas menjadi senyap setelah cikgu masuk. Pembelajaran berjalan seperti biasa.

Kringgg!!

" baik kelas, saya nak awak semua siapkan kerja yang saya bagi tu. Esok sila hantar. " ujar Cikgu Aminah.

Semua pelajar mula berpusu pusu keluar dari kelas untuk ke kantin. SMK Permata memang sangat sesak kerna pelajarnya yang ramaii.

" Wehhh budak nerd! Nanti siapkan homework aku. Kau tu kuli aku je. Ingat tak!? " hina Dina sambil menunjal kepala Maira.

"Ing.. Ing.. Ingatt.. Nanti awak bagi lah buku tu. . " ujar Maira menahan nangis.

Berlalunya Dina dan gang, Maira terus berlari ke belakang sekolah dan melepaskan tangisannya. Salahkah dia nerd? Salah ke dia tak sekaya mereka? Dia tak minta semua tu.

" Takpe Maira. Kau kuat. Umi selalu pesan jangan bermusuh di sekolah " ujar Maira.

Maira masuk ke kelas selepas melepaskan tangisannya. Apabila sampai ke mejanya, dia terkejut apabila melihat mejanya diconteng dan begnya berada di tong sampah. Ya Allah apa ujian lagi ni? Maira menahan air matanya daripada jatuh.
Dina hanya melihat dengan senyuman sinisnya.

" Padan muka kau budak. Dah hodoh tu hodoh lah " ujar Dina dalam hati.

Maira mengambil begnya dan dibersihkan. Dia sabar dengan dugaan tu walaupun dia tahu sapa punya kerja.

Maira masuk ke dalam rumah. Maira pelik melihat uminya tiada di ruang tamu. Kelihatan pintu bilik uminya terbuka sedikit. Dia menjengah ke sedikit untuk melihat uminya.

" Bang, apa Som nak cakap dekat Maira sekiranya dorang datang? Maira mesti tak dapat terima semuanya, bang. Dorang lama kelamaan akan jumpa Maira, bang. Sampai bila kita nak tipu dia? Sampai bila kita nak tipu yang dia tu bukan anak kandung kita bang? Walhal dia anak angkat. Kenapa abang tinggalkn Som secepat ni, bang?  Ya Allah, aku amat menyayangi Maira walaupun dia bukan darah daging ku . Maira.. " luah Puan Kalsom sambil menangis.

Di sebalik pintu, Maira berasa terkejut dengan apa yang didengarinya. Dia tak sangka selama ni dia hanya anak angkat. Dia tak sangka semua ni . Dia cuba menahan pedih di hati lalu senyum.

" Assalamualaikum umi. Maira dah balik " ujar Maira.

" Eh Maira. Dah balik? Nak makan tak? Umi dah masak dah " dalih Puan Kalsom.

" Dah umi. Kat sekolah tadi Maira dah makan. " ujar Maira.

Maira terus masuk ke dalam biliknya. Dia amat terkejutt dengan kenyataan yang dia tahu tadi. Ya Allah apa semua ni ? Kenapa umi tak cerita semuanya sebelum ni? Ya Allah di mana keluarga kandung aku?  Maira menangis dalam diam.

My Precious GirlWhere stories live. Discover now