Part 24

9.3K 261 9
                                    

" Wehh aku dengar ada budak baru . Baru masuk pagi tadi. Handsomee katanyaaa " ujar Erin

" Sapa wehh? Aku nak juga tengok " tanya Vivi teruja.

" Sapa lagi kalau bukan crush kau, Izz tu hah " jawab Erin tersenyum lebar.

Maira yang terdengar itu terus kaku. Dia tak percaya apa yang didengarnya itu sama ada benar atau tidak. Izz pindah sini? Kenapa dia tak bagitahu aku dia pindah? Hish ni nak marah ni.

Semua pelajar duduk di tempat masing masing apabila Puan Wina masuk.

" Baik kelas. Harini kamu ada pelajar baru. Saya rasa kamu kenal budak ni. So, come in student " panggil Puan Wina

Izz melangkah masuk ke kelas itu dan Maira terbuntang. Dia tak percaya apa yang dilihatnya ini. Manakala Aiman dan Sara sudah ternganga.

" Wehh apa ni? Izz tak bagitahu kita pun dia masuk sini " pelik Sara.

" Oke. Nama aku Izz Farhan. Panggil Izz. Korang dah kenal aku pun kan? Takyah cerita lebih lebih lah " ujar Izz dingin.

Pelajar lelaki sudah membuat muka toya apabila melihat pelajar perempuan teruja semacam.

" Emm Izz, you duduk sebelah I lah. Budak nerd ni boleh je duduk sebelah Humairah tu " gedik Vivi.

Izz tersenyum sinis lalu memandang ke arah Maira yang menunduk itu.

" Cikgu, saya duduk sebelah gadis yang di belakang tu ye " ujar Izz.

" Oh sebelah Aisya? Boleh boleh " benar Puan Wina

Maira sudah terkedu. Otak dia sebelah aku?! Sara ni pun kenapa lah duduk sebelah Aiman pula harini.

Sara sudah mahu tergelak. Nampaknya tindakan Aiman memaksa dirinya duduk di sebelahnya betul sangat. Aiman pula sudah tergelak kecil apabila Maira acah acah untuk menumbuknya.

" Takpe. Jodoh kuat hahahaha " ujar Aiman pada Maira di belakangnya.

Vivi sudah buat muka meluat manakala Izz melangkah mendekati Maira.

" Hey budak " usik Izz

" Tagune kau Izz. Tak bagitahu langsung pun kau kan. Aku belasah kau kang " bisik Maira geram.

" Kejutan untuk kau hahaha chill lek " Izz mengenakan Maira. Dia hampir tergelak besar melihat muka cemberut Maira. Nasib baik Uncle Khalid tolong aku. Kalau tak, naye je.

Melissa yang duduk di seberang mereka lega apabila Izz sudah berpindah ke sini. Dia berharap agar kejadian lalu tidak terulang.

Maira rehat di rooftop. Dia sehabis boleh tak mahu Izz dekat dengannya kerna fans Izz bagai mahu memakan dirinya sahaja.

" Dah agak dah kau dekat sini. Penat kitaorang cari tahu tak. Nasib dapat lepas dari Izz tadi " bebel Aiman di samping Sara.

Maira hanya menjulingkan matanya sahaja. Malas mahu melayan Aiman. Aiman ni kalau bebel kalah perempuan.

" Bebel je awak ni lah. Pass roti tu sini. Entah bila Sya ni nak makan dengar awak bebel " geram Sara. Bosan dia dengar Aiman ni merungut dari tadi.

Maira menggelengkan kepala melihat telatah kawan kawannya itu.

" Nahh. Aiman lanje " Sara tersengih.

" Ciss ni mesti kau paksa dia kan Sara? Kalau tak, takdenya dia nak keluarkan duit dia untuk orang lain selain kau " ujar Maira sambil membuka plastik roti itu.

Aiman mengangguk kepalanya dengan yakin. Dia memang dipaksa oleh Sara tadi sebenarnya. Sara yang melihat perlakuan Aiman itu terus menyiku Aiman. Tersentak Aiman dibuatnya. Aduhh senak aku woiii!

My Precious GirlWhere stories live. Discover now