Part 20

9.9K 290 4
                                    

Pagi tu Maira melangkah ke sekolah dengan lesu. Dia tidak berapa semangat untuk ke sekolah. Tiba tiba dia melihat Melissa. Tetapi Melissa hanya memandang dirinya sahaja. Manakala Rayqal yang berjalan bersama Silver Knight pula memerhatikan gelagat Maira dan Melissa. Hadief menepuk bahu Rayqal supaya tabah. Dia tahu kawannya itu suka Melissa.

Di rumah pula,

Tengku Qaisara menarik nafas sebelum bicara.

" Abang, saya rasa kita jodohkan je Mel dengan Rayqal ye? Mel tu saya sayang juga. Saya tahu dia kurang kasih sayang selama ni. Farah tu pun sibuk dengan datin datin tu sampai Mel terabai. At least dengan Rayqal kita tahu dia happy. Saya setuju dengan Sya, bang. Kita satukan mereka ye? " pujuk Tengku Qaisara

Tengku Khalid mencerna kata kata isterinya. Lalu dia mengangguk apabila merasakan apa yang diperkatakan isterinya itu betul.

Tengku Qaisara tersenyum senang hati. Dia bahagia apabila Melissa dapt kebebasan. Mel, mama sayang Mel macam mana mama sayang Sya. So terima lah semua ni Mel.

Petang itu Maira pulang sendiri ke rumah kerna Izz ada hal. Dia terkejut apabila melangkah ke rumah, kelihatan saudara tirinya, famili Rayqal juga keluarganya berada di ruang tamu.

Mereka sedang gelak ketawa dan Maira pelik.

" Eh adik. Dah balik dah? " ujar Tengku Qaisara

" Arhh. .haah. " Maira ragu ragu menjawab

" Kami tengah bincang majlis pertunangan Mel dengan Rayqal ni. " ceria Tengku Qaisara

Maira terlopong mendengar semua perkataan mamanya. Dia terus memandang wajah Melissa. Melissa mengangguk riang. .

" Ohh hahahah bincang lah. Sya nak naik atas. Rehat. " ujar Maira dengan senyuman lebar. Dia tak sangka papanya akan dengar luahannya itu.

Malam itu Tengku Qaisara mengadakan jamuan untuk kami sekeluarga.

" Thanks abang sebab satukan Mel dengan Rayqal tu. Mereka memang sesuai pun . Sepadan lagi " ujar Tengku Farah sambil menjeling Maira.

Maira sudah membuat muka menyampah kerna dia tahu Tengku Farah sedang menyindirnya.

" Terima kasih pada Qaisara. Sebab dia yang pujuk abang. Kalau tak, takdenya " ujar Tengku Khalid

Maira tersentak begitu juga Melissa.

" Mama buat apa yang terbaik untuk Mel je sayang. " Tengku Qaisara tersenyum pada Melissa.

Melissa amat terharu kerna Tengku Qaisara sanggup berbuat demikian. Sedangkan mummynya hanya memarahi dirinya sahaja.

Rayqal termenung sendiri di bilik. Finally Melissa jadi hak milik aku. Thanks Sya. Thank you.

Hadief memandang telefonnya dengan ragu ragu. Dia teringat perbualannya dengan Diana di sekolah tadi.

Flashback

Diana yang sedang mengulang kaji pelajaran di library tersentak apabila kerusi di hadapannya diduduki orang. Hadief memandang ke arah Diana. Dia inginkan satu penjelasan. Nasib memihak dirinya kerna tiada sapa ketika itu kecuali mereka berdua. .

" Nak apa Dief? " ujar Diana pelik

" Kau suka aku ke? " Hadief menikam tajam wajah Diana.

Diana terkaku apabila mendengar pertanyaan Hadief. Dia takut rahsianya telah terbongkar.

" Aku tanya ni, Dian. Kau suka aku ke? " ujar Hadief sambil memandang tajam wajah Diana

Diana sebak. Dia merasakan Hadief benci akan hal itu. Setitis air mata gugur. Hadief tersentak melihat air mata itu.

" Ye! Memang aku suka kau. Sejak bila? Sejak kau selamatkan aku dua tahun lepas. And you what? Hati aku sakit bila aku tahu kau macam tak suka aku. Kau anggap aku kawan. Tapi takpe. I know where I am. Aku memang tak layak untuk kau. Aku tahu Iris je layak ,kan? Sebab aku tahu kau suka dia. Sayang dia. Takyah buat muka terkejut macam tu, Dief. I know. Cara kau jaga dia. Cara kau layan dia. Berbeza sangat. Aku paham. Aku cuba buang perasaan ni, Dief. So lepas ni, tolong jangan muncul depan aku. It's hurt me a lot. " ujar Diana yang sudah lencun lalu pergi meninggalkan Hadief yang terkaku mendengar luahan Diana.

" Dian, kau salah. Aku layan Iris macam tu sebab Adam. Adam suruh aku jaga dia, Dian. Kau tak nampak ke betapa aku sayang kau? Jaga kau dalam diam. Aku tahu aku dingin bila dengan kau. Sebab aku takut kau terluka dengan aku, Dian. Aku tak pernah bercinta, Dian. Maafkan aku. Benci lah aku tapi tolong jangan minta aku jauh dari kau " ujar Hadief sayu. Namun Diana tiada di situ. Tiada sapa tahu hati seorang yang bernama Tengku Aish Hadief.

Hadief mengeluh. Dia tak tahu nak buat macam mana lagi.

" Bro. Terus terang je. Iris pun tahu hal ni. Kitaorang minta maaf sebab susahkan kau " ujar Adam. Dia tak sangka hal ini akan mematahkan hati Hadief.

" Takpe. Maybe bukan jodoh aku dengan dia. " ujar Hadief sedih lalu berlalu pergi.

Di rumah Iris,

Iris memandang Diana yang khusyuk membuat Addmath itu. Diana yang terasa dirinya diperhatikan mendongak.

" Kenapa kau, Ris? " ujar Diana

" Aku tahu apa jadi dekat kau dengan Hadief " Iris berkata

Diana tersentak. Dia tersenyum miris. Dia sakit untuk tahu semuanya.

" Kau nak cakap apa? Nak official dah? " ujar Diana sayu.

" Dahh. Dekat 3 tahun dah official. Takyah sedih macam tu muka kau. Aku official bukan dengan Tengku Aish Hadief. Tapi abang dia. Tengku Adam Naufal. Kitaorang bercinta lama dah. Aryna dengan Tiara tahu je. Kau dengan Aina je belum. Aku bukan taknak kecoh tapi Adam kata biar kitaorang dah ready baru boleh. Lagipun parents dia dengan aku, okey je. Hadief rapat dengan aku, layan aku baik sebab amanah Adam. Adam tu cepat risaukan aku. Kau perlu tahu Hadief tu sayang kau sebenarnya. Kalau kau check fon dia, beribu gambar candid kau ada je dalam fon dia. Mana aku tahu? Hahaha Aisya Humairah kan ada. Next time Diana Erissa,please lah selidik dulu sebelum luahkan. " terang Iris

Diana terpana mendengar segala cerita Iris. Dia juga terkejut mengetahui dia tidak bertepuk sebelah tangan.

Telefonnya berdering.

*Hadief's calling

" Angkat lah. Aku turun jap ambil snack " ujar Iris..

" Hello " ujar Diana setelah mengangkat

" Dian, aku minta maaf. Akuuu "

" Takpe. Salah aku. Aku tahu semuanya Dief. " potong Diana

" Em maybe ni agak skema lah. Tapi em. .aku perlu buat benda ni sebelum aku menyesal. .So, Diana Erissa, will you be my soulmate ever? Aku taknak kau jadi sekadar makwe aku. Tapi aku nak one day kita jadi halal. So will you? " terus terang Hadief.

Diana terkaku mendengar kata kata Hadief. Dia tak sangka.

" Yes " putus Diana sebelum meletakkan panggilan

Iris di sebalik pintu, tersenyum bahagia.

My Precious GirlWhere stories live. Discover now