Part 23

8.9K 281 0
                                    

Izz menyuapkan bubur ayam itu pada Maira.

" Nasib lah kau sakit budak. Kalau tak, takdenya aku nak buat gini. Malu woiii " rungut Izz

Maira hanya tersengih mendengar rungutan Izz. Memang dia yang paksa Izz supaya menyuapkan dirinya.

" Hahaha biar lah. Kau kan bodyguard aku. " gelak Maira.

Izz hanya menjeling Maira. Haih budak ni. Buli hah buli lah kau. Lepas ni siap kau. Aku paksa kau makan ubat. Hahahaha

" Nah ubat. Makan " tegas Izz.

Dia buat tak tahu apabila Maira pujuk supaya ubat itu tidak dimakan.

" Ingat aku heran lah? Makan hahaha " buli Izz sambil tergelak.

Maira merungut di dalam hati. Ikutkan nak je dia lesing Izz ni tapi taknak haih. Sayang hahahaha!

Malam itu, Adrian dan Naurah tiba di wad Maira. Apabila mereka menolak pintu wad tersebut,terlihat Izz yang sedang tidur di sisi Maira.

Tangan mereka bertautan tanpa disedari mereka. Adrian terpana melihat keadaan itu. Seketika kemudian dia tersenyum kecil lalu memandang Naurah di sebelahnya.

" Haih nampaknya dapat adik ipar lah macam ni " ujar Adrian tersenyum kecil.

" Abang ni. Tapi kalau betul pun,syukur lah. Izz tu baik jugak " ujar Naurah.

Lalu mereka pun meninggalkan wad itu. Tidak mahu ganggu merpati sejoli itu.

Seminggu kemudian,Maira sudah dibenarkan pulang. Dia tercari cari Izz namun hampa. Izz tiada di mana mana.

Tengku Qaisara yang melihat anaknya bagaikan mencari seseorang terus berkata

" Izz takde. Dia ada latihan basketball. " ujar Tengku Qaisara sambil tersenyum kecil

Maira terus merona merah kerna mamanya tahu apa yang terdetik di hatinya.

Setibanya di rumah, dia berehat di bilik.

Tiba tiba pintu biliknya terbuka. Firna terus menerpa ke arah Maira lalu dipeluk gadis itu seeratnya.

" Ya Allah Sya! Rindunya akak dekat awak. Bila sampai? Ni dah baik betul ke ni? " ujar Firna sambil membelek badan Maira. Maira sudah rimas dibuatnya.

" Dah dah lah tu sayang oiii. Pengsan si Sya tu nanti " usik Ashraff yang berada di pintu.

Firna terus menjeling Ashraff yang berada di pintu. Sibuk je suaminya itu. Dia dah lah risaukan Maira, rindu lagi taw.

Maira yang melihat apa yang terjadi, tersenyum bahagia. Dia bahagia melihat Angahnya dan Firna gelak ketawa sebegini.

" Hah dik, tersengih sengih ni kenapa? Hahahaha tu hah Izz dekat bawah " ujar Ashraff

Maira yang mendengar nama Izz terus mendongak. Firna sudah mula tersenyum nakal.

" Kejap lagi adik turun " ujar Maira

Ashraff dan Firna mengangguk lalu turun ke bawah.

Di bawah, semua sedang berbual mesra termasuk Melissa yang baru sampai. Maira melangkah turun dengan lemah kerna dia masih dalam pemulihan. Naurah yang melihat keadaan tersebut bangun untuk menolong Maira.

Dia memapah Maira ke arah sofa dan tak lain tak bukan di sebelah Izz. Izz hanya memandang sepi gadis itu. Dia lega Maira tidak sepucat sebelum ni.

" Dah okay sikit nampaknya. Get well soon ketot " bisik Izz tanpa memandang Maira

Maira terkedu mendengar suara Izz. Duhhh jangan lah berdebar macam ni. Dah apahalll hish.

" Hah Izz. Makan sini je lah. Aunty masak nanti dengan dua menantu dia ni " ujar Tengku Khalid

Izz hanya mengangguk tanda menerima pelawaan itu.

" Jom Naurah, Fir. Teman mama masak. Adik, no. You duduk sini. Sara ada je tolong mama juga " arah Tengku Qaisara bila melihat Maira ingin bangun. Dia tahu anaknya itu malu.

Maira hanya termangu di situ kerna dia tak tahu ingin berkata apa. Izz yang melihat itu terus berkata.

" Sorry tak hantar kau balik tadi. Aku ada latihan. Susah jadi kapten ni. Banyak benda aku kena settle. Sorry again " ujar Izz.

" Lahh takpe. Aku faham lah. Chill je. " ujar Maira dengan tenang.

" Okey. So bila naik sekolah kau ni? " tanya Izz

" Next week. Aku kena tunggu lama sikit. " jawab Maira

" Make sure kau makan ubat tu. " arah Izz tegas.

Mereka yang berada di ruang tamu melihat kemesraan merpati sejoli itu dengan senyuman lebar. Tengku Khalid rasa dia membuat keputusan yang betul dengan menyuruh Izz menjadi bodyguard anaknya itu.

" Makanan dah siap dah. Mama panggil makan " ujar Naurah yang tiba tiba keluar dari dapur.

" Hah meh lah kita makan. Jom Izz " ujar Tengku Khalid

Ashraff memapah Maira ke arah meja makan. Manakala Hadiey sudah memeluk bahu Izz sambil tersenyum nakal.

" Bakal adik ipar em " bisik Hadiey pada Izz.

Izz terus menjeling Hadiey. Kejadahh mamat nii.

" Jangan nak menyewel kau " elak Izz

Hadiey terus menahan gelak yang ingin terletus.

Setiba di meja makan, mereka duduk.

" Adik, bubur tu untuk adik okk. Adik tak boleh makan yang tak lembut lagi. Angah tak kasi " ujar Naurah.

" Sayang oke ke makan pakai niqab ni? " ujar Adrian pada isterinya.

" Haah kak long. Selesa ke? " tegur Hadief.

" Em selesa " ujar Naurah sambil cuba menyelesakan niqabnya.

Adrian mengangguk. Dia tahu isterinya kurang selesa namun dia tak mahu memaksa.

" Hah Airil. Baca doa " arah Tengku Khalid.

My Precious GirlWhere stories live. Discover now