Part 34

7.9K 268 9
                                    

Pintu wad terbuka. Melissa melangkah masuk bersama Rayqal. Dia menyalami kakak dan abangnya itu.

" Mel, boleh jaga Sya kejap? Alang nak bawa Kak Isha makan. " pinta Airil.

Melissa mengangguk. Isha bangun lalu Melissa duduk menggantinya. Selepas Isha dan Airil keluar, Melissa menggenggam tangan Maira. Dia tersenyum kecil.

" Sorry nek baru lawat kau. Aku trauma lagi masa tu. Tapi sekarang dah okey dah. Kau ni je belum. Bila nak bangun ni? Banyak aku nak cerita taw. Aku rindu nak lepak dengan kau dengan Sara. Nak tahu tak? Aiman dah official dengan Sara weh. Tapi dorang tunggu kau bangun baru rasmikan. So, cepat lah bangun. Aku pun nak tunggu kau bangun cepat. Aku kahwin lama lagi hahahahaha tapi rindu lah. Izz? Em dia okey cuma aku tahu dia rindu kau. Rayqal cakap banyak kali juga dia lawat kau. Tapi harini dia tak datang sebab dia ada game dekat Ausie. Kau ni entah bila nak bangun. Bosan lah weh dunia mimpi tu. Bangun lah. Kitaorang semua kat sini tunggu kau. Especially mama. Mama rindu kau even dia tak tunjuk tapi aku tahu. Nak tahu tak? Along dapat kembar weh masa scan haritu. Angah pula single baby je. Tapi kitaorang happy lah juga. Ada kau maybe lagi happy. Bangun ye Sya. Semua rindu kau. Kak Ryna lagi lah. Dia nak sangat kau balik sekolah. Bangun ye. Silver Knight dengan Glatic Girl semua nak kau ke sekolah. Cepat bangun lah ketot. Basketball team bosan takde kau. Junior miss you so much. " cerita Melissa sambil memandang Maira.

Rayqal yang mendengar hanya diam. Dia tahu tunangnya itu sedih namun gadis itu tabah.

" Bangun lah Sya. Izz rindu kau tahu tak. Time latihan basketball pun dia tak fokus. Selamat Hadief ada support dia. Kitaorang cuba alihkan perhatian dia tapi kau tahu lah sendiri. Impak dia besar Sya. Kau jatuh depan mata dia. So, please wake up. Stay strong. " Pinta Rayqal.

Rayqal dan Melissa meluangkan masa bersama sehingga Isha dan Airil masuk. Melissa memeluk erat Maira lalu meminta diri untuk pulang.

Di dalam kereta senyap sahaja.

" Qal, agak agak bila Sya nak sedar ek? " tanya Melissa datar

" Tak tahu. Kita doa je dia cepat sedar. Lagipun kita tak tahu kesan sampingan dia lagi kan " terang Rayqal. Melissa mengangguk.

Empat bulan kemudian, Maira masih dalam keadaan yang sama. Manakala Firna dan Naurah tengah sarat. Tinggal tunggu waktu sahaja. Pagi itu, Isha melawat Maira.

Isha mengeluh. Sampai bila Maira hendak tidur pun dia tidak tahu. Dia membersihkan badan Maira.

Airil's calling

Isha memandang pelik.

" Hello. Dah kenapa ni? " ujar Isha.

" Dekat hospital ea? Ni hah Kak Firna dengan Kak Naurah nak bersalin. Nanti kita jumpa kat sana " terang Airil. Isha tersenyum kecil mendengar kekecohan di sana.

" Okey. Bye " ujarnya.

" Haih nampaknya anak buah awak dah nak keluar dah Sya. Bukan main kalut lagi dorang hahah " ujar Isha sambil lap badan Maira. Dia ingin beredar namun kaku apabila merasakan satu tangan menggenggam tangannya.

Perlahan lahan dia berpusing. Air matanya mengalir apabila melihat Maira memandangnya pelik. Namun dia terkedu.

" Awak siapa? " tanya Maira.

Isha terkedu. Ini ke kesan sampingan tu? Sya hilang ingatan ke? Ya Allah. Aku perlu cari Ashraff. Ye sebab dia doktor Sya .

" Sabar kejap ye sayang. Akak panggil doktor. Kejap je " pinta Isha.

Maira mengangguk. Dia pelik siapa perempuan di hadapannya tadi. Dia malah tidak ingat apa namanya. Kepalanya sakit.

Isha berlari laju ke arah famili Maira itu. Airil pelik melihat tunangnya berlari sebegitu.

My Precious GirlWhere stories live. Discover now