Part 42

7.3K 242 9
                                    

Mereka menghantar Maira ke airport kerna flight Maira harini. Manakala twins minggu depan.

" Ingat dik! Ajak Hee Jung duduk dengan kau. Dah lee sesorang kau ni. Hishh " geram Hadiey.

Maira hanya membuat muka. Dia sudah lali dengar bebelan abangnya itu sejak dua hari lepas.

" Iye tahu. Sya dah bosan tahu tak dengar apa abang Diey bebel. Hish " rungut Maira.

Yang lain hanya tergelak melihat telatah Maira dan Hadiey. Hadiey hanya buat tidak tahu sahaja kerna dia amat merisaukan adiknya yang sorang ini.

" Oke lah. Got to go. Jaga diri taw semua. And you twins, kalau taknak balik pun takpe , saya akan jaga takhta dekat sana hahahahahaha " ujar Maira sambil berlari masuk.

Hadief dan Hadiey tercengang mendengar apa yang adiknya cakap itu.

" Dia tak bagi kita balik ke pe siakkkkkk?! "

" Serius budak ketot tu cakap macam tuuuuuu "

Jerit mereka berdua. Yang lain tergelak apabila Maira mengenakan abangnya.

Maira termenung sendiri di taman itu. Dia memikirkan apa yang terjadi sepanjang dia di Malaysia bersama Rayyan.

Flashback

Maira bersiap ala kadar sahaja kerna dia malas ingin beria sangat jumpa Rayyan tu.

Adam yang baru keluar bilik pelik melihat adiknya yang sudah siap ingin keluar itu.

" Pegi mana dik? " tanyanya .

" Keluar dengan Rayyan. Hahhh takyah buat muka macam tu. Orang kawan je dengan dia. " terang Maira.

Adam tersengih nakal.

" Ceh ceh selindung konon. Poyo lah kau dik. Dah jom turun " ajak Adam.

Mereka menuruni tangga dengan gelak ketawa. Tengku Khalid yang sedang berborak dengan Rayyan itu berpaling.

"  Hah tu anak dara sorang tu. Ingin ye Rayyan, jaga anak uncle baik baik. Balik before 8 " pesannya.

Maira menyalami papanya dan Adam. Lalu dia keluar bersama Rayyan.

Di dalam kereta, mereka berdua senyap sahaja..

" Weh kau nak jalan mana ni? " ujar Rayyan.

" Emm pavi? " tanya Maira.

Rayyan mengangguk sahaja.

" Kau ni takde gf ke? Lifeless je aku tengok " tanya Maira.

Rayyan tersenyum miris.

" Ada. Dulu lah. Tapi dah bekas dah pun. Dia ikut laki lain sebabnya aku ni focus sangat belajar. Dia tu pulak kaki shopping, kaki lepak. Dia tak minat sangat belajar ni. So dia bosan dia pegi dekat laki lain. Lagipun bukan aku tak tahu dia tu saja cover. Sebenarnya dia dah lama kot curang dengan aku. Aku ni je bodoh pegi sayang dia lagi. Betul lah cakap kau tu, aku ni memang lifeless je " terang Rayyan. Maira di sebelah terdiam.

" Sorry lah. Aku tak sangka pula. Chill lah. Better kau study je. Daripada fikir benda ni. Haih " ujar Maira.

" Hahahahaha kan! Aku pun dah okey dah. Maybe sebab jumpa kau kot " usik Rayyan.

Maira hanya menjeling Rayyan di sebelah. Lelaki itu tergelak kecil apabila melihat muka geram Maira.

" Dah sampai. Jom " ajak Rayyan.

Mereka melangkah masuk bersama. Mereka mengambil keputusan itu menonton wayang dahulu. Selepas itu baru makan.

" Macam mana siakk dia boleh lompat dari bangunan tinggi pakai kasut tumit je. Hahhahaahha dia letak gam gusi tu ke pe seh " gelak Maira.

" Hahahahah tapi cun kot makwe tu. " ujar Rayyan.

" Ahhh kau memang! Gatalll " perli Maira.

Rayyan hanya tergelak kecil. Dia happy apabila meluangkan masa bersama Maira.

" Wehhh pinangan tu aku tak ready lagi lah " ujar Maira tiba tiba.

" Hahaha aku tahu. Takpe. Ada jodoh tak ke mana pun. Kita kawan je dulu. Lagipun kau tengah master, aku pun. So kita chillek dulu. Banyak lagi masa. Pehh lusa kau dah balik sana ek. Kesian aku sorg " Rayyan membuat muka sayu.

" Hahha poyo. Kau cuti sem, datang lah sana. Aku bawak jalan. " ajak Maira.

" Sett ea? " teruja Rayyan.

Maira mengangguk mengiakan. Rayyan tersenyum lebar melihat anggukan Maira.

" Jom balik " ajak Maira.

Mereka melangkah pergi untuk pulang. Di dalam kereta,banyak yang dibincangkan bersama Rayyan. Dan tak dinafikan dia happy.

My Precious GirlUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum