Part 13

9.8K 293 5
                                    

Izz memandang ke arah Maira yang sedang warm up. Dia tak tahu kenapa dia seperti pernah melihat gadis itu. Kejap! Dia ni kan budak yang Uncle Khalid suruh aku jaga? Lahh patut macam pernah nampak. Hahaha

Team lelaki sudah habis game. Sekarang Maira berasa gementar kerna sekejap lagi game mereka melawan Firebolt. Ini akan menentukan sapa yang juara.

Pwitttt!

Bola terus dilambung. Aryna terus pass bola pada Tiara tapi malang pihak lawan dapat. Melissa terus menghalang mereka shoot bola tersebut. Apabila dia dapat menangkap bola itu, dia terus pass pada Maira dan Maira terus shoot.

" Yyeahhhhh! "

Bola masuk dan mata diberi. Permainan diteruskan sehingga tamat. Maira tak sangka Melissa bersikap baik selama game ini.

" Weehhhhh kita menangggg. Yyeahhh! " ujar Khairul

Yang lain hanya menggeleng kepala melihat kerenah Khairul.

" Abang Khai, stop it lah. Macam budak budak " ejek Maira

Khairul terus menjeling Maira. Maira tergelak melihat jelingan Khairul. Peace!

" Bro, tahniah. Aku dah agak dah kau menang " ujar Izz yang tiba tiba datang.

Hadief tersentak.

" Oh Izz. Terkejut aku. Thanks. Aku menang pun sebab teamwork weh. Hahaha kalau tak, naye je " balas Hadief

" Cehh konon lah hahaha k lah aku kena blah ni. Jumpa nanti " ujar Izz

Dia berjabat tangan dengan semua team F Squad. Pada perempuan dia hanya menundukkan kepala.

Maira hanya buat tak tahu sahaja kerna dia tidak ambil peduli langsung. Sara mengeluh melihat Maira. Kalau dia tahu Izz tu sape, mengamuk dia ni.

Malam itu Tengku Qaisara masak lauk pelbagai jenis. Maira yang jenguk ke dapur pelik melihat mamanya sibuk memasak.

" Ma, banyaknya masak. Buat apa? " tanya Maira

" Ohh kejap lagi kita ada tetamu, sayang. " jawab T.Qaisara

Maira hanya mengangguk.

Ting Tong!

" Hah tu mesti dia . Em Sara, tolong aunty prepare meja makan ye, dear " pinta T. Qaisara dengan lemah lembut

" Baik aunty. " Sara menyiapkan meja dengan segera. Mak Mah hanya melihat anak daranya itu bekerja.

" Jom Maira . Kita ke depan " ajak T. Qaisara

Maira hanya mengangguk.

Dari situ Maira sudah terdengar gelak ketawa papanya dan bros nya.

Setibanya di ruang tamu, Maira terkaku melihat tetamu yang hadir.

Izz juga berpaling.

" Kauuu!? " Maira terkejut apabila Izz berada di rumahnya

" Hish Sya. Apa ni jerit jerit? Duduk sini. Papa kenalkan tetamu ni " pinta T. Khalid

Maira bergerak lalu duduk di antara Airil dan Adam.

" Ni Izz Farhan. Your bodyguard. " ujar T. Khalid

Apa yang diperkatakan papanya membuatkan Maira terkejut.

" Him!? Seriously? Takk, sekarang ni kenapa dia? Takde perempuan ke? Pa, dia sebaya Sya taw. " rungut Maira

" Sementara Sya. Papa buat ni sebab Kak Firna outstation for a while. Bila Kak Firna balik, she will take over " ujar Ashraff

Maira hanya diam. Lalu dia naik ke bilik.

" Adik? " panggil Adrian

Maira hanya terus naik ke bilik.Apa semua ni, umi. Maira tak suka semua ni, mi. Tak selesa langsung. Malah Maira takut, takut akan jatuh hati. Esakan mula terdengar.

Adam tidak jadi untuk membuka pintu bilik adiknya apabila mendengar esakan adiknya. Kenapa dia nangis. Something she hide from us.

Esoknya, Maira terpaksa keluar bersama Izz.

" Hish cepatlah. " marah Maira

" Sabar lah! Kau yang lambat siap, dah tahu nak keluar tu, siap cepat. Hish " marah Izz

Maira hanya buat tidak dengar. Dia malas nak bercakap dengan mamat tonjang tu.  Izz pula memandu dengan hati yang membara. Dia punya tercegat lama tapi dia yang kena marah. Ingat dia akan diam. Memang tak ah.

Maira masuk ke dalam kedai baju itu. Pelbagai baju dia beli. Dan mangsa nya ialah Izz. Izz merungut apabila disuruh membawa segala beg tersebut.

" Balik now! Papa kau dah call " Izz berkata dengan dingin.

Maira tidak puas hati kerna acaranya diganggu. Dia berjalan laju meninggalkan Izz di belakang.

" Kau ni jalan laju laju apahal? Ingat ringan ke barang kau ni? " marah Izz

" Ingat aku hadap ke kau ni ikut aku je? " hambur Maira

Mereka bertentangan mata sehinggalah Izz mengalihkan pandangan.

" Jalan " dingin Izz

Maira yang malu terus berjalan. Memasing hanya diam ketika pulang.

Izz memandang Maira di sebelah. Aduhhh tidur lah pulak. Macam mana ni.

" Em Dief. Aku dah sampai rumah ni. Tolong turun jap. Aisya tidur ni. Takkan aku nak angkat. Hah okey " ujar Izz

Hadief menapak ke arah kereta Izz. Dilihatnya Maira sedang tidur nyenyak. Dia hanya tersenyum kecil sambil menggeleng kepala. Izz membawa segala barangan shopping tadi.

" Nasib lah kau bhaii dapat baby macam ni kena jaga. Hahahah " Hadief tergelak melihat barangan yang dibeli.

" Blah ah kau. Cepat ah angkat dia " marah Izz

Hadief tergelak lalu mencempung Maira ke dalam rumah.

Adrian yang turun terus terhenti di tangga apabila melihat Maira didukung oleh Hadief.

" Hah along! Tolong angkat sis jap. Aku nak tolong Izz. Banyak sangat budak ketot ni beli hahahah " ujar Hadief sambil tergelak

Adrian tergelak mendengar apa yang dikatakan oleh Hadief. Dia mengambil Maira lalu dibawa ke bilik adiknya.

" Hah alang!  Bukak pintu adik tu jap. " pinta Adrian apabila melihat Airil

Airil terus membuka pintu bilik adiknya apabila melihat Adrian membawa Maira.

Berhati hati Adrian meletakkan Maira. Dia mengusap kepala Maira lalu menanggalkan topi Maira. Biar adiknya selesa.

Hadief dan Izz yang ingin meletakkan barangan Maira terhenti apabila ditahan Adrian.

" Airil, kau pegi tolong Hadief masukkan barang dalam bilik adik. " arah Adrian

Izz terus mengangguk.

My Precious GirlWhere stories live. Discover now