Maira

7.2K 243 15
                                    

Maira termenung sendiri. Dia menghela nafas apabila teringatkan arwah. 5 tahun, bukan sekejap tapi lama.

Aiden melangkah masuk dan melihat mamanya yang termenung sendiri itu.

" Mama? "

Maira tersentak lalu berpaling. Dia tersenyum.

" Rindu kakak ke? " tanya Aiden.

" Sapa je tak rindu anak sendiri. Mama yang bawa dia, mama yang lahirkan dia. Sedikit sebanyak mama sedih sangat " luah Maira.

Aiden memeluk mamanya itu. Dia tahu sekarang hanya tinggal dia sorang je tempat mamanya luahkan kasih sayang. Arwah Ain sudah lama pergi dan itu memberi kesan besar dalam hidup kita.

" Tapi kakak pergi bukan nak mama sedih. Kakak pergi sebab dah tiba giliran dia, ma. Kita kena redha. Aiden pun sedih bila hilang satu satunya kakak yang rapat dengan Aiden. Too hurt, ma. Tapi Aiden redha. " pujuk Aiden sambil mengusap bahu Maira.

Maira memandang anak lelakinya itu lalu tersenyum. Haih, dah besar dah anak aku yang sorang ni.

" Hahahah yelahh Aiden. Ni bila nak bawa bakal menantu mama ni? Lama dah mama tunggu. Nak juga rasa ada anak perempuan lagi " usik Maira. Aiden tersentak lalu memalingkan muka.

" Apa mama niii.. Aiden tak fikir lagi semua tu.. Aiden fikir mama dengan papa je sekarang.. Lagipun Aiden baru habis belajar, ma.. Tak kerja lagi dekat syarikat papa tu.. Relax ,ma.. One day, she will come.. " ujar Aiden.

Maira hanya mengangguk lalu memandang pemandangan dari balkoni itu. Tanpa mereka sedar, Izz memandang mereka di sebalik tangga. Dia tersenyum melihat cara Aiden memujuk isterinya itu.

" Ain, papa tahu Ain dah berjaya didik Aiden jadi orang yang dapat ganti tempat Ain. Mama will be happy. I promise you, dear. Tenang lah dekat sana ye. " ujar Izz perlahan.

Dia melangkah ke arah anak dan isterinya itu.

" Ehem "

Aiden dan Maira berpaling lalu tersenyum melihat Izz yang berada di belakang mereka.

" Cepatnya balik " ujar Maira sambil memeluk lengan Izz.

" Saja lunch dekat rumah. Dah masak? " tanya Izz sambil memandang Maira.

Maira mengangguk.

" Mama papa ni nak sweet pun agak agak lah. .Aiden dekat sini lagi kot " rungut Aiden. Habis bergula matanya melihat kemesraan ibu bapanya.

" Jealous lah tu. Kahwin sana. Hahaha papa tunggu calon ni " usik Izz sambil tergelak.

Aiden menjulingkan matanya. Lalu pergi sambil berkata.

" Taknakkkk dengarrrr pasal kahwinnnn "

Maira dan Izz tergelak melihat kerenah anak lelaki mereka yang sorang itu. Macam macam! Hahaha..

Mereka tahu sekarang ini hanya Aiden yang mereka punya. Dan justeru itu, Maira perlu melepaskan Ain pergi dengan tenang. Mana tahu satu hari akan ada keajaiban yang berlaku. Sesuatu yang bersinar yang akan mewarnai hari mereka.

Tamat

My Precious GirlWhere stories live. Discover now